Hahahaaaa..(ketawa jahat..! )
Hurm..aku ni suka gak kecoh-kecoh nih. Nak-nak lagi tentang Nabila. Dah 2 kali aku buat aduan tentang hal hospital nih. Tak puas hati!
Macam kejam gak la..tapi ini hak aku. Hak untuk bersuara. Apa..ingat suka-suka je nak marah orang..nak maki orang. Kalau asyik ditindas je..Takkan nak diamkan diri..
Tapi kawan-kawan jgn risau..ni bukan lah insiden yang buruk berlaku pada Nabila sekali lagi..Cuma Ibu Nabila ni je yang 'over act' sket nih..
Kisahnya, aku buat aduan tentang report Nabila yang bagi aku 'agak lambat' untuk disiapkan. Dan masa itu jugak, bila ditanya pada pihak Pediatrik, masing-masing tak tahu mana report itu pergi. Risau gak aku. Aku perlukan sangat report tu. Untuk satu hal yang aku rasa belum sesuai untuk diceritakan pada semua. Nantilah yek.. :)
Agak gusar dengan kata-kata pihak pediatrik, dan atas cadangan pakcik aku, aku terus membuat aduan. Dan tadi adalah sikit impaknya..Tapi yang kena adalah Incik Zul, sewaktu dia mengambil report tersebut pagi tadi.
Siap bertanya pada abg, nama isteri. Abg pada mulanya pelik..mengiyakan sahaja apabila kerani tersebut menyebut nama aku. Dan kemudian pegawainya keluar. Dan terus menyatakan prosedur penyediaan report itu di hospital.
Aku dapat rasakan perasaan abg ketika itu. Maafkan ibu, ayah. Ibu buat semua ini untuk kebaikan Nabila. Ibu takut Nabila terlepas peluang akibat kecuaian kita. Ibu takut kita menyesal sepanjang umur hidup kita. Maafkan ibu yek.
Bagi aku..mungkin juga aku ni agak gelojoh bila aku terus jugde mereka-mereka ni tak buat keje...Tak baik tau ibu Nabila. Pada staf berkenaan..maafkan saya..!
p/s : masih mencari-mencari istilah yang tertulis dalam report. Hurm..susah betul nak paham istilah2 hospital ni. Ada sapa-sapa nak tolong translate kan? Ke patut aku tulis balik apa yang dorang tulis dlm report Nabila dalam blog ni? Tak puas hati lagi.. Mana report EEG?
4 comments:
a'kum pn noina
insyaAllah saya boleh tolong translate, kalau nak email saya istilah2 tu ok-- hasma1611@hotmail.com
kisses to nabilah
p/s kekadang memang kena 'kejarkan' diorang ni buat keje :)
ina..tuliskan jer report tu yg mana ina tak faham.akak bleh tlg translatekan.nak e mel pn bleh...
idadr_maya@yahoo.com.my
ina .. post je lah kat blog, mana tau ada diantara kita nih yg dah biasa ngan medical terms nih sume ... but honestly, i might do da same thing as u did .. hehehe ;-))
Drwati, kak ieda dan asz: thanks yek tolong..nanti ina post kat blog..nanti comment la kat situ..
Post a Comment