Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

10 March 2010

Macamana nak jaga gigi ni?

Sebenarnya sudah lama aku berperang dengan perkara yang satu ini. Sedia maklum sejak dulu lagi, Nabila sememangnya agak sukar untuk membuka mulut. Baik makan atau apa sahaja yang di suap ke mulutnya. Dia akan 'mengunci' mulut itu serapat-rapatnya.

Dan sejak gigi Nabila tumbuh ketika dia berumur 6-7 bulan, aku seperti kekok untuk memasukkan jari ke mulutnya. Dengan tujuan untuk menggosok gigi. Ada juga yang menyatakan menggosok menggunakan kain yang basah. Ya..Aku sudah cuba melakukannya. Kadangkala berjaya. Kadangkala tidak.

Sehinggalah Nabila berusia 1 tahun 5 bulan. Aku cuba untuk mengajar Nabila menggosok gigi. Maksud aku bukanlah dengan cara memegang berus gigi. Yelah..keadaan Nabila begitu..agak sukar untuk mengajar dia memegang berus gigi seperti budak normal. Dan tugasku adalah memegang berus itu dan membantu Nabila untuk membersihkan giginya. Risau juga aku..jika tidak dijaga..pasti belum pun berganti gigi, sudah banyak yang rosak.

Keadaan Nabila? Usah cakaplah. Menangis dan meronta-ronta di dalam bilik air. Dan pandai menutup mulut sendiri. Susah benar. Namun ku cuba juga. Takkan nak biarkan! Betul tak?

Sebelum ini, aku hanya memberus tanpa ubat gigi. Dan baru-baru puas juga aku mencari ubat gigi yang boleh ditelan. Faham sahaja..Nabila mana boleh meludah. Dan pasti dia akan menelan apa yang ada di dalam mulutnya. Adakah selamat?

Soalan itu berlegar di kepala aku. Dan rasanya mungkin di luar sana ada jawapan untuk persoalan aku. Apa jenama yang sesuai untuk anak- anak? Apakah teknik yang betul untuk memberus? Terutama anak-anak CP.Pasti ramai juga yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk penjagaan gigi untuk anak CP.

Harapnya ada sesiapa yang boleh berikan info tentang perkara ini. :)

4 comments:

Sueriani Ali said...

Oh noina..
nampaknya kita mempunyai masalah yg sama. aina pun cukup2 payah nak gosok gigi. biasanya lepas makan, saya akan gosok dulu dengan kain basah, tp tuler gigi dia dah penuh. tadi pun dia dah gigit jari saya, sakit wooo. terjerit2 saya tadi. Last sekali saya akan gosok dengan berus gigi yg dibasahkan, tp tau jelah.. punyalah payah, sempat gosok gigi depan je. yg dalam2 tu sume tak sempat nak gosok sebab aina dah gigit berus gigi tu. skrg ni pun gigi aina dah kekuningan, dahlah kurang kalsium, susu pulak taknak minum. takut giginye mereput je.. susah hati betul, kan?

Asz said...

ina dearie ... i had da same problem ngan gigi ammar .. masa gigi dia baru tumbuh dulu lap pakai kain je tp maybe gigi dia jenis sensitif makanyer gigi ammar jadi buruk ... and so, as a mother saya jadik x puas ati... pegi beli berus gigi khas utk baby ... mula2 guna yg sarung kat jari tuh ... tp still buruk gak gigi ammar ... then few days after, pegi guardian beli ubat gigi codomo lion ... perisa strawberry lagi ... hehehe

yg penting, after a while guna toothpaste tuh gigi ammar looks much better .. tp jari nih dah byk kali bengkak akibat digigit oleh ammar ... dan oleh kerana x tertahan ngan bisa gigitan ammar, saya amik iniatif gi carik berus gigi ammar yg baru ... baru guna 4 hari tp saya rasa bagus coz dia boleh cover byk tmpat ... kalau pakai jari tu limited sket, lagi2 bila ammar tutup mulut or gigit jari saya ...

sorilah panjang sket komen kali nih ... just to share my experience wth u ... ;-))

gud luck!!

zealvia said...

dear...i dapat info ni dari this blog

http://anaziha.blogspot.com/2009/11/teknik-menggosok-gigi-untuk-kanak-kanak.html

mungkin boleh membantu.

afdni said...

cuba kodomo lion orange..cam best jek rasernyer..my dotter telan jek..ludah pon skali skala..tgk moodnyer..