Semalam, Nabila ada appointment dengan Occupational Therapy. Bersama Puan Rokiah. Pada mulanya tidur sepanjang jalan. Sampai saja..aku terus meniarapkan dia. Diam. Main-main pun respon sekejap je. Dan kemudian kembali diam.
Tiba saja Puan Rokiah dan mula memegang Nabila, Nabila menangis tanpa henti. Geram juga..sebab aku tahu..tangisan sedemikian rupa akan menyebakan Nabila langsung tak mahu bekerjasama dengan Puan Rokiah. Puas pujuk..namun tak berhenti jua.
Sudahnya, aku bagi susu. Diam. Dan selesai saja susu..cuba memancing Nabila untuk meneruskan sesi terapi. Gagal. Nabila merengek kecil. Rimas dengan keadaan yang semakin tak tentu arah, aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pulang. Sangat-sangat rugi. Puan Rokiah hanya tersenyum memandang kami. Geram sungguh rasa hati. Bukan suka nak memaksa..tapi aku fikirkan satu kerugian buat Nabila jika tak buat apa-apa. Hanya membazir masa dan membuang minyak untuk ke Sungai Buloh.
Masuk saja kereta..Nabila senyum.Aku rasa nak gigit je pipi dia..(boleh ke gitu?). Huhu.. Saja nak ambil hati. Huh..! Malam ni siaplah..!
Tapi malam tadi kami ada aktiviti lain. Sudahnya, pulang ke rumah dalam keadaan yang letih. Terapi Nabila? huhu..maafkan aku.. Tak dapat berlangsung dengan sempurna..kerana selepas mandi, aku terus 'tergolek terbaring' kat depan TV. Pengsan ! Penat amat-amat.
Nabila pula? Senyum sengih kesukaan..!
p/s : masih menunggu jawapan. Harap perkara baik saja.. :)
5 comments:
pandai ye nabila...keluar terapi dah tak ngais lak...
nabila saja nk pekenakn ibu dia ye.. nakal ank ibu tu.. hehe itu pn dah menunjukkn nabila punya reaksi dan kehendak pd sesuatu.. bgus.. bgus.. dia punya cara lain utk meluah & menyampaikn mksudnya.. ;op u go girl..
budak cam anak kita ni mmg tak suka gi OT, ina. Sofie pun cam tu gak tiap kali gi OT, pasti buat perangai. ni sofie dah lama tak pergi sebab nak tunggu lepas operation.kalau jumpa kak raw tu, kompom la nangis manjang....
samalah ngan aina, tiap kali pergi terapi siap ler melalak lalak kuar airmata hidung sume.. tapi bila keluar je dr bilik terapi, bukan main sengih lagi dia... hish, geram tul..
Same la dgn yusuf...selalu gi physio, melalakkkkk jer ...exercise nyer adela dlm 10 minit jer.....penat je drive jauh2 ke hsa.....
Post a Comment