Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 March 2011

Luahan hati si ibu & Bercerita tentang Nabila

Pagi tadi, saya ke PDK. Kali ini nampak meriah sedikit PDK KAMII. PDK telah dikunjungi oleh kakitangan PDK Sarawak. Dan mereka juga akan melawat PDK Selayang.
Sambil menunggu untuk masuk ke bilik Snoozelon, saya dan Nabila duduk di luar. Sambil menikmati pemandangan sekitar PDK. Kebetulan pula bekalan elektrik terputus. Maka kami ibu-ibu menanti di luar saja. Duduk di dalam pastinya panas!
Sambil berbual, ada seorang kakak ini, mengadu nasibnya kepadaku. Katanya dia telah ditipu oleh seseorang yang menjual barang-barang terapi. Kakak itu menempah standing frame untuk kegunaan anaknya. Namun, setelah duit diberi, si penjual itu hilang entah kemana. Kakak itu kehilangan RM 4000++. Sedih bukan. Sampai hati si penjual itu melakukan perkara sedemikian pada kakak itu. Sudahlah duit syarikat digunakan untuk membeli barang tersebut, barangnya langsung tidak kelihatan.
Malangnya lagi, kakak itu sendiri tidak mengenali sepenuhnya si penjual. Nama penuh dan alamat tempat tinggal juga tidak tahu. Hanya mengetahui bahawa si penjual sebagai supplier barang-barang di PDK. Alasan diberikan juga tidak munasabah. Kerana terguna duit yang telah kakak itu berikan, makanya barang itu tidak berkunjung tiba. Dan saya lihat wajah kakak itu buntu. Niat dihati mahu berikan terbaik pada si anak, tapi telah ditipu pula..Aduhai!!!
Sedih bila ada orang-orang yang tak berperikemanusiaan melakukan sebegini kepada keluarga orang yang kurang bernasib baik. Sudahlah nasib anak begitu, boleh pula ditipu orang. Tak patut betul. Saya mendengarnya juga geram. Bukan sedikit duit yang telah dikeluarkan. :( Nasib..Nasib..
Kadang-kadang sukar untuk lari dari masalah sebegini. Terhimpit dengan masalah kewangan, mahu berikan yang terbaik untuk sang anak, namun bila sudah jadi begini, rasanya gelap dunia seketika.
.........................................................................
Bercerita tentang Nabila, Alhamdulillah, anak itu semakin ceria. Seronok melihat wajahnya yang tersenyum manja bila saya dan keluarga memanggil namanya. Bak kata orang minah tergedik-gedik..hehe.. :)
Semalam kami ke hospital. Temujanji bersama OT. Pagi berada di sekolah, dan petang di hospital. Saya ingatkan Nabila akan meragam. Kerana letih sepanjang hari badannya 'bekerja' . Namun, bila saya sampai di sekolah semalam untuk mengambilnya, Nabila sedang bermain dengan rakan-rakan lain dan beberapa staf. Duduk sambil tubuhnya di geletek. Nampak dari pintu senyumnya meleret.. :)
Dalam hati..mood tengah baik..kalau tak ada saja yang tak kena!
Teringat pula kata-kata staf sekolah dia kelmarin. Mereka kata pemilik sekolah mahu Nabila berada di biliknya jika Nabila menangis. Dan anak daraku pandai!! Bila berada di dalam bilik Puan Elahe, dia diam. Agaknya sedap duduk kat air cond kot..hehe.. Kat rumah mak, selalunya bila panas-panas, mak akan masukkan Nabila ke dalam bilik dan di pasangnya air cond. Aduhai anak. Sudah pandai ye!!
Berbalik pada perihal di OT semalam, appointment Nabila akan dijarakkan. Menurut kata therapist Nabila, disebabkan dia ke sekolah, jadi aktiviti juga turut dilakukan setiap hari di sana. Dan pihak hospital hanya akan memantau perkembangan Nabila saja. Hurm..saya tak pasti itu adalah perkara yang terbaik untuk Nabila atau sebaliknya, namun saya juga tidak mengharapkan sangat apa-apa dari hospital.
Jika dulu, saya masih ingat lagi, saya terlalu mengharapkan pihak hospital melakukan segalanya untuk Nabila. Namun semakin lama, hati saya pudar bilamana saya melihat cara mereka. Saya tahu patient bertambah dan seharusnya saya tidak lagi perlu mengharapkan mereka untuk melakukan itu dan ini kepada Nabila.
Entahlah, bagaimanalah agaknya jika saya masih berterusan berfikiran begitu? Sudah pasti Nabila tidak seperti sekarang!
p/s : Saya ingin menunjukkan peningkatan Nabila dalam soal bab makan. Sempat tadi saya mengambil video Nabila sedang disuap oleh neneknya. Nampak berselera sekali..:) Alhamdulillah.. :) Nantilah saya masukkan video tu. Teringat saya, jika dulu susah benar untuk anak ini makan..kini rasanya Nabila tidak lagi seperti dulu..Alhamdulillah..

5 comments:

Nonie said...

Seronok baca entri Ina bercerita pasal Nabila.Oklah Nabila dah berselera untuk makan..moga ia berterusan.Untuk Nabila..makan banyak2 tau...nanti cepat besar dan bertambah sihat...ye cayang..Akak Humaira pulak sekarang ni bersemangat betul..nak naik tangga sendiri (tp kene pegang kang tumbang plak)..rajin wat exercise..dah suka dok bersila...Alhamdulillah..

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh..nabila dah makin ceria yer.Macam tulah good girl yang cantik.Makan pun makin berselera.Pasni mesti badan bertambah montok.Seronok sekali ibu ayu dengar perkembangan ini.
Nabila,minggu depan ajak ibu ngan ayah datang umah ibu ayu tau.Boleh makan kek.hihihi..

ieda said...

ibu...bersedia utk mendokong nabila yg akan menjadi lebih berat..hehe

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam ina,
seronok baca tentang nabila sekarang. nabila dah sekolah kat PDK, makin bijak dia. makan pun makin berselera... kiss buat nabila...muuuaaahhhh!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

oh ye ina,
akak juga pernah berharap mcm ina, berharap bahawa pihak hospital akan melakukan segalanya utk anak kita. tapi, harapan akak pudar bila akak tak boleh mengharapkan apa2 dari terapi di hospital.

kita perlu bertindak lebih dari itu buat anak kita, ina. jalan ina menghantar nabila ke sekolah satu jalan yg terbaik. akak nak hantar sofie ke PDK juga, tapi bila tgk keadaan PDK tempat akak, akak terpaksa lupakan PDK dahulu. akak terpaksa men'cikgu'kan diri akak utk Sofie.....
alhamdulillah juga ina, bantuan kak raw sedikit sebanyak membantu...

eh, terpanjang pulak! hehehe.....