Pernah terdetik di hati ini membayangkan andai Nabila pergi dari sisi saya. Ya Allah..entah kenapa saya berfikiran sedemikian. Namun, saya cuba tidak mahu memikirkan lebih lanjut.
Saya tahu..setiap manusia akan pergi mengadap-Nya. Namun kehilangan orang yang paling saya sayangi merupakan sesuatu perkara yang perit untuk ditelan.
Saya belum pernah kehilangan anak, namun saya pernah merasai kehilangan anak-anak sahabat rapat saya. Sungguh perit untuk ditelan. Air mata ini tak sudah menitis mengenangkan mereka. Dan melihat kekuatan dan ketabahan ibu bapa mereka yang berjuang sebelum anak itu pergi.
Sahabat saya, Ain telah kehilangan 3 anaknya. Setiap kali dikhabarkan anak-anaknya pergi, saya sayu. Hanya doa saya panjatkan kepadanya. Mahu Ain terus kuat dan tabah. Dan Alhamdulillah, hidupnya kembali ceria. Ditemani 2 orang cahaya mata kini. Lama sungguh tidak bertanya khabar. Barangkali sibuk menguruskan rumahtangga.
Sahabat kedua saya, Eawan. Kehilangan baby Aqil membuatkan hati saya luruh sekali lagi. Pabila dikhabarkan Aqil pergi setelah hampir seminggu berjuang di NICU, saya menangis. Ya Allah, saya pilu. Setiap hari saya mengikuti perkembangan Aqil. Dan akhirnya Aqil pergi jua.
Sahabat saya juga, Ayu. Juga telah kehilangan Alanna buat selama-lamanya. Entah kenapa saya jatuh cinta dengan Alanna. Pertama kali Ayu menyapa saya di chat room, membuatkan saya ingin terus berkawan dengannya. Dan pertemuan kami yang pertama berlangsung ketika hari lahir Nadime. Dan pertama kali itu juga saya melihat Alanna. Cantik. Secantik namanya. Dan hati ini terus berdoa agar Ayu dan Alanna terus diberi kekuatan. Dan pabila mengetahui Alanna ditahan ke hospital, saya bergegas ke sana. Dan pabila melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuhnya, saya rasa sakit. Dan pabila Ayu khabarkan pada saya yang Alanna telah pergi meninggalkan kami semua, saya menangis semahu-mahunya. Saya terpaku. Kerna saya baru saja melihat wajahnya. Baru sahaja meletakkan tangan Nabila pada Alanna untuk memberikan semangat Nabila kepada adiknya. Saya pilu...
Moga ahli-ahli syurga ini terus berada dalam ingatan ini....
Bila melihatkan Nabila, saya terbayang. Andai saya seperti Ain, Eawan dan Ayu. Apakah saya akan sekuat mereka? Bagaimanakah hari-hari yang bakal saya lalui tanpa Nabila. Subhanallah..Sudah jauh akal ini melangkah. Tak terbayang rasanya bila tiba saat kehilangan itu.
Moga Nabila terus dipinjamkan kepada saya. Dan andai Nabila pergi, saya rela. Kerna hidup di sana lebih membahagiakan dirinya andai di dunia ini penuh dengan caci dan nista terhadap dirinya.... :(
Al-fatihah pada insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita..Amin..
2 comments:
Salam Ina...tiap kali ada update saya jengah blog ina kerana saya follow blog ina..x bnyk blog yg saya follow kerana saya amat baru dlm dunia blog. n3 kali ni benar2 menyentuh perasaan saya..ye la..saper yg mahu kehilangan org2 yg kiter kasihi terutama anak...dia adalah segala2nya bagi kiter walau bagaimana keadaan dia sekalipun...cacat di mata org tetap sempurna di mata kiter. Moga ina terus kuat n tabah (apa lg yg boleh saya kata?) Saya sendiri perlu kuat (ina, ayu-alanna, ayu-ibu aisya adalah inspirasi saya) dlm menghadapi anak OKU yg hanya kurang pendengaran (walaupun anak saya x la sesusah menjaga nabila & aisya)tp kekurangannya yg sedikit itulah yg bisa merobek hati saya apabila org keliling memandang tanpa bicara kepada anak saya itu. Wslm
Ina..akak kalau boleh xnak fikirkan sume tu..x sanggup rasanya & x dapat nak bygkn bagaimana rasanya bila kehilangan insan yg tersayang...moga Allah sentiasa kuatkan semangat kita bila tiba saat itu....aaaamin
Post a Comment