Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

21 March 2011

No more hard stool? Eh..yeke..?Ni just solution jerkkk ok..!!

Hurm..Bila bercerita tentang cara Nabila makan, memang menyeronokkan. Namun bila disentuh bab membuang.. NABILA GAGAL!!

Sebenarnya, sedari Nabila bayi lagi, Nabila agak senang membuang. Namun pabila diperkenalkan dengan makanan pejal, dia mulai sukar untuk membuang. Sudahnya doktor memberikan ubat Lactul pada Nabila.

Namun bila sudah besar ni, macam-macam hal la pula bila nak makan. Agaknya sudah tahu rasa ubat tersebut, Nabila banyak membuangkan itu dari memakannya. Geram pun ada pada si kecil ini. Jika diberi, dibuangnya. Jika tak diberi, nanti poo poo keras pula.

Semalam saya melihat ubat yang Alisya gunakan. Ita sudah lama memberikan ubat itu pada Alisya. Lantas, saya memberikan juga pada Nabila. Dan saya mahu lihat kesannya nanti. Adakah serasi dengan Nabila atau sebaliknya.

Saya tak perasan pagi tadi Nabila sebenarnya sudah poo poo. Bila saya membuang pampersnya, hah..memang terkejut sangat-sangatlah. Namun, Nabila senyap. Tiada tangisan sewaktu membuang. Selalunya Nabila memang pantang kalau ada poo poo di punggungnya. Kali ini agaknya dia tidur, dan saya pula memang tak bau langsung poo poo nyer..hehe..

Apa ubatnya?

SKILAX. Hanya titikkan pada mulut si kecil. Nampak lebih mudah jika dibandingkan dengan memakan Lactul. Bila nampakkan keberkesanannya, maka saya mahu mencari produk ini. Lactul sudah tidak serasi untuk Nabila. Lactul sudah tidak memberi kesan kepadanya.

Begitulah kalau ada anak seperti Nabila. Memang tidak lari dengan masalah sembelitnya. Walhal Nabila minum air kosong berteguk-teguk..berbotol-botol..Buah pun makan, cumanya saya tak pasti di sekolah Nabila makan buah atau tidak. Hurm..Tak mengapalah, dari asyik keras dan sukar untuk dia meneran. Saya fobia bila melihat darah mengalir keluar dari punggungnya. Kesian Nabila.... :(

6 comments:

ieda said...

nabila akak pun problem membuang gak..dahla input banyak..hihi.tapi so far lactul still ok dgn dia.lgpun dia suka rasa lactul yg manis tu.
hopefully nabila ina continue to be ok dgn skilax.kesian kan tgk depa nangis masa nak membuang tu.

Nonie said...

sian Nabila...x dpt akak nak bayangkan...susah hati jugak kan bila anak-anak ada masalah sembelit...tentu perut Nabila rasa x selesa...tanyalah org yg pakar dlm hal ni yer Ina..:-)

Azma said...

ngeri dgr nabila uk uk sampai berdarah. syukurlah dah ada penyelesaian yg lebih baik. hopefully pas ni masalah ni tak berulang lagi...insyaAllah..

minn said...

Salam, just nk tanya how's ur nabila, ok ke makan skilax ni? my daughter pon slalu sembelit..sian dia..air+buah+sayur sume mkn.xtau apa punca..kesian dah few times guna enema.was browsing around n found ur post (walaupon dah setahun :))

anitaaunina said...

salam kak,

nk tanya kat mana yer boleh dapatkan skilax ni....sy betul2 memerlukan...
anak saya sembelit...
kesian dh tengok die diok menanggung..

anitaaunina said...

salam kak,

nk tanya kat mana yer boleh dapatkan skilax ni....sy betul2 memerlukan...
anak saya sembelit...
kesian dh tengok die diok menanggung..