Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

07 March 2011

Nabila bertinju?

Petang tadi, saya menerima panggilan dari sekolah Nabila. Berdebar juga hati bila ingin mengangkat telefon. Dalam hati berdetik. Tak pernah sekolah telefon pada jam ini. ( 5.15 petang) Dan setahu saya Nabila sudah pulang dari sekolahnya.

Di hujung talian saya mendengar suara Grace. Katanya, ada anak lain telah mencederakan Nabila. Saya terkejut. Bagaimana boleh jadi begitu? Katanya lagi, hanya luka seperti di cakar kelihatan di tubuh Nabila. Dan mereka telahpun menyapu ubat ke badan Nabila.

Lantas , saya terus menelefon mak. Dan bertanya luka yang dialami oleh Nabila. Walaupun tak berdarah, namun dapat dilihat kulit sedikit terkoyak. Dan saya tahu pastinya Nabila menangis sewaktu anak itu melakukannya.

Saya tidak menyalahkan anak itu. Saya tahu keadaan kanak-kanak di situ. Di marah pun tiada gunanya. Saya kesal kakitangan situ membenarkan anak itu bermain dengan Nabila. Kata Grace, Nabila kena sewaktu dia sedang nyenyak tidur.

Entahlah. Saya tak pasti tentang itu. Dan esok saya akan cuba mendapatkan jawapan. Walaupun nampak tidaklah memberi kesan yang besar, namun saya tetap risau kan keadaan Nabila. Anak kecil ini, manakan tahu untuk bercakap atau melawan sesiapa yag lebih besar darinya. Yang Nabila tahu hanyalah menangis bila dirasakan dirinya di ancam!

Saya juga tak ingin ianya terjadi pada anak-anak lain. Mak saya sangat bising bila mengetahui hal ini. Yelah, dibawah jagaannya, tak pernah sedikit calar pun di tubuh Nabila. Mengamuk sakan mak saya tadi. Dan saya, haya mendiamkan diri. Tak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya terpaku melihat luka-luka di tubuh Nabila.

Harapnya ia tidak akan terjadi lagi... :(


~hurm..rasanya kuku yang agak tajam menggores tubuh Nabila. Merahnya sudah kurang sedikit jika dibandingkan sewaktu mula-mula di lihat. Mujur saya ada membawa krim luka untuk Nabila.~

~di bahagian pinggang. Hurm..depan dan belakang kena? Macam kena belasah je adik nih..huhu..~

5 comments:

zatil said...

sedihnya...kesian adik..mesti nabila nangis masa kena..depan belakang pula tu..

erm....berat hati nak cakap..(*nangis*)

Min said...

kesian tengok nabila... kena bgtau pihak sekolah ni. mintak diorg lebih prihatin. moga tak berlaku lagi perkara mcm ni...

Anonymous said...

cian nabila...luka2 badan dia...aduhai knp la cikgu2 dia sgt careless...moga2 nabila cpt sembuh yer sayang...

Azrine Razak said...

mesti sakit ni..ya saya pon setuju dgn Ina, tanya la pihak pengurusan bagaimana bole terjadi. Dan pihak sekolah juga perlu lebih berhati2 supaya kejadian yg sama tidak berulang.

Bicara hati ibu aisya said...

Ya Allah..kesiannya anak ibu.
Ina, tanya pihak pengurusan sekolah tuh.Biar ni jadi pengajaran ada mereka supaya tak terjadi lagi lain kali.

~kiss n hug untuk nabila~