Jumaat lepas, kami ke Hospital Sungai Buloh. Nabila ada temujanji bersama Audiologi. Seawal pagi kami keluar rumah memandangkan saya dari Gombak, sudah pastinya jalan sesak di Kepong sana.
Dalam hati saya serasanya tiada gentar. Entah kenapa saya nampak tenang. Mungkin juga saya bakal mengetahui berita baik? Saya tidak mahu berfikiran bukan-bukan malah terus berfikiran positif. Saya tahu ada sinar untuk Nabila.
Pada awalnya ujian biasa saja dilakukan. Sebagai langkah untuk memastikan mereka tidak salah. Dan kemudian kami ke bilik lain pula untuk ujian yang kami tunggu-tunggu sebelum ini.
Ujian ABR.. iaitu Auditory Brainstem Response. Ujian ini dilakukan dari gegendang ke otak. Untuk mengetahui bunyi-bunyian tersebut sampai ke otak atau tidak. Mengapa pula saya lakukan ujian ini..?
Sebenarnya saya ingin memastikan bahawa pendengaran Nabila baik. Bukan setakat hanya di gegendang, malah sampai ke otak. Sewaktu bayi, Nabila tidak melakukan exam ini. Hanya pemeriksaan biasa saja. Saya juga kurang pasti Nabila boleh mendengar atau tidak sebelum ini. Ini kerana dia hanya mendiamkan diri pabila di panggil dan tidak memandang kami. Mungkin ini juga berkaitan dengan mata, namun kami perlukan kepastikan. Tak salah bukan?
Dan ujian ini memerlukan Nabila untuk tidur. Dan seperti biasa juga, Nabila sememangnya sukar untuk tidur sendiri, apatah lagi dia baru saja melelapkan matanya di dalam kereta tadi. Makanya, terpaksa kami memberikan unbat tidur kepadanya. Nak buat camner dek..Ibu terpaksa..sebab kamu meronta-ronta... :(
Dan keputusannya, saya dapat masa itu juga. Nampak pendengaran Nabila sangat baik. Maka saya perlu teruskan untuk sesi terapi pertuturannya.. :)
Lega..memang lega. Walaupun saya tahu nasib untuk mata Nabila belum lagi ketahui..namun saya lega kerana salah satu deria pentingnya berfungsi baik. Sekurang-kurangnya, saya akan cuba memberikan stimulasi untuk deria yang satu ini. Tak mengapalah dik, syukur Alhamdulillah, Allah memberikan pinjam pada kita satu anggota ini..Kita gunakan sebaik mungkin yek..
Sempat staf-staf praktikal masuk ke bilik dan melihat ujian yang sedang dilakukan. Ddan semuanya memuji si kecil ini. Waktu tidur pun comel kah? hehe.. Nabila sememangnya comel di mata mereka yang memandangnya. Saya terdengar perbualan mereka..sepertinya mereka tidak percaya Nabila Cerebral Palsy. Aduhai..
Dan sewaktu kami melangkah kaki keluar dari bilik tersebut, saya nampak mereka masih lagi memuji-muji Nabila dan mata mereka tidak lepas memandang kami bertiga sehingga kami keluar.. :)
Nabila dah discharge dari Audiologi, namun masih lagi ada rawatan susulan dari ENT iaitu terapi pertuturannya... :) Syukur.. :)
9 comments:
Syukur.. Ternyata selama ini Nabila mendengar suara ibunya! Semoga Allah memberkati usaha Puan yang tabah demi untuk seorang anak.. Allah memang merahmati Nabila dengan mengurniakan ibu seperti Puan..
alhamdulilah.....comel je tengok nabila tido
Alhamdulillah..syukur.. Smg ina dapat membantu nabila menggunakan kurniaan ini dgn sebaik mgkin..
p/s: Mmg gambar nabila masa tido tu comey sangat.. :)
Alhamdulillah...segala persoalan berkaitan pendengaran Nabila dah terjawab...moga segalanya berada dlm keadaan yg baik yer Ina:-]
alhamdulillah..syukur pada rahmat allah..yup!! nabila mmg comel..mama suka pic baru dia tgh tidur tuu
syukur alhamdulillah...
lya tumpang happy dgn pkembangan positif ni.. nabila mmg comey.. sgt2 comel... sbb nabila insan terpilih.. Dierikan kekuatan y luar biasa oleh allah swt ke ats si kecil ini.
senyum selalu :-)
Alhamdulillah...semoga semuanya terbaik buat Nabila....
Alhamdulillah.
Yup ibu, nabila sememangnya anak yang cantik.Tok abah aisya pun xhabis memujinya.Hihihik..
syukur akhamdulillah....
Post a Comment