Sepanjang hari berada di rumah. Sudah tentu membosankan buat si kecil ini. Namun apakan daya, si ayah sibuk nak gi kenduri kahwin kawan sekerja. Saya? Duduk diam-diam saja di rumah. Malas benar untuk ke kenduri. Cuaca yang panas bukanlah sesuatu yang baik untuk Nabila. Cukuplah minggu lepas kami menghadiri satu majlis perkahwinan kawan sekerja Abg juga. Penat ditambah dengan amukan Nabila yang menggila. Huh! Baik saja saya duduk diam-diam di rumah, dan lakukan stimulasi untuk Nabila.. :)
Sepanjang 3 hari saya ke Cherating, Nabila nampak baik bersama neneknya. Alhamdulillah. Mujur Nabila tak kisah jika ditinggalkan. Cuma kata mak, hari Jumaat (malam) Nabila tidur nyenyak bersama adik saya, Ain. Agaknya dia rindukan saya. Dia menyangkakan Ain adalah saya. Tubuh kami yang hampir serupa..hehe..
Dan hari ini, saya kembali melakukan rutin biasa ketika bercuti. Bermain dan melakukan beberapa aktiviti untuk Nabila. Habis bersepah mainan di ruang tamu.
~adoii..ni rumah ke hapa nih? Ni bukan budak kecik yang sepahkan..ni ibu dia yang sepahkan..hehehe~
Dalam banyak-banyak toys yang saya sepahkan kat gambar atas ni..ada satu toys yang sangat mencabar kesabaran saya untuk mengajar Nabila. Wooden Motor Skill Board (yang bulat-bulat warna warni atas board tu..) membuatkan saya perlu menanam lebih banyak kesabaran dalam mengajar motor halusnya.
Sebenarnya, Nabila memang memerlukan perhatian lebih dari segi motor halusnya. Nabila sendiri masih belum mampu untuk memegang sebarang benda. Hanya mampu untuk meraba-raba jika diberi sesuatu untuk dipegang. *semuanya bergantung pada matanya juga.. * :(
Jari-jemari halusnya agak sukar untuk saya bentukkan untuk memegang bulat-bulat kecil itu. Tapi kata orang, practice makes perfect! Makanya..berusahalah selagi mampu.. :)
Begitu juga dengan yang lain. Bertahun lamanya saya mengajar Nabila untuk duduk tanpa sokongan. Namun, Nabila masih lagi belum menguasainya. Cumanya jika dulu, Nabila langsung tidak tahu bagaimana untuk menggunakan tangan sebagai support. Namun kini, jika saya kata..
"Adik..Ibu nak pinjam tangan boleh..?"
..terus saja dia melembutkan tangannya untuk membolehkan saya membetulkan posisinya. :)
...................................................................................
Perjalanan anak ini jauh! Benar. Saya merasakan begitu lama sekali saya menjaganya seperti bayi. Mendidiknya untuk pandai dalam sesuatu perkara. Bagi saya, sememangnya Nabila banyak ketinggalan jauh. Namun, jauh disudut hati saya, saya tahu Nabila telah sedaya upaya mencuba. Bukan mudah untuk mengajar brain injured child !
Sabar dan terus sabar..Hanya itu sahaja kunci saya untuk Nabila... :)

4 comments:
sikit2 lama2 jadi bukit....kerja lebih hasil nyer banyakan...ibu jng putus asa ye, nabila cumil mesti boleh bedikari sendiri satu hari nanti...insyallah amin
betui betui..sikit2 lama2 jadibukit..pelan-pelan lama lama nanti nabila lajulah ibu. Penat nanti ibu nak kejar bila nabila laju..hehehe..bila nak mama dpt nak tunaikan promise mama kat nabila ni..nanti yer..kan mama dah janji, nabila tak nangis, mama belikan laptop huhuuu nanti leh chit chat dgn ibu, dgn mama sekali..ina, nanti akak call/msg ina yer..
sehari sikit pun takpe ina...janji buat.so dia tak lupa.
nabila ni saja ja merengek kot...nak manja2 dgn ibu.
keep being strong her ina... she is amazing day by day!
Post a Comment