Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 March 2011

Terima kasih kerana telah memberi peluang pada diri ini merasainya..

Semalam, kediaman kami dikunjungi sahabat lama. Sahabat sewaktu bersama-sama belajar di Shah Alam dulu.
Walaupun rumah kami berdekatan, namun jarang-jarang sekali dapat berjumpa dengan rakan ini. Masing-masing sibuk dan tujuan kedatangan mereka adalah untuk menjemput kami menghadiri majlis meraikan rumah baru mereka.
Sempat juga saya bermain dengan anak sahabat saya, Aisyah. Aisyah yang hanya muda setahun daripada Nabila, bermain bersama adiknya Darwish. Saya mengajak Aisyah bermain semua mainan Nabila dan sempat melayannya minum.
Sungguh saya teruja. Melihatnya minum, bermain, membuatkan hati saya berbunga-bunga. Dan rupanya rasa itu turut terkesan di dalam hati Abg.
Kata Abg, akhirnya mainan Nabila terusik juga. Nampak sedikit gaya anak-anak kecil bermain. Seronok. Memang seronok. Saya berkata pada sahabat saya,
"Seronoknya layan Aisyah..."
:)
Serius! Saya seronok sangat!
Mungkin saya sudah mula merindui melayan anak kecil. Dalam hati teruja untuk memberikan adik pada Nabila, namun mengenangkan kisah Nabila, saya kembali takut! Mungkin saya sendiri sebenarnya sudah tidak sabar, dan melihatkan orang di sekeliling saya yang mempunyai anak sihat membuatkan saya lebih teruja.
Jauh di sudut hati ini, saya berdoa agar kami di permudahkan jalan untuk bakal adik Nabila.

3 comments:

kak baya said...

ina, kak baya pun ada perasaan yang sama, takut nanti adik dzarif macam dzafri, ada tumor ... nauzubillah .. but kita manusia biasa kan, perkara mcm ni mesti bermain dalam fikiran .. tapi apa pun rezeki yang Allah beri, adalah amanat dan tanggungjawab yang harus kita tanggung dan lalui, susah mahupun senang ... take care dik

Fysa Ismail said...

moga nabila cepat2 dpt adik...

AIN NAZRI said...

insyaAllah kak.. mana tahu rezeki nabila nak ada adik.. bertambah2laa rezeki akak.. mungkin nabila pon seronok ada adik dan dia ada rasa nak improve lagi supaya dapat jaga adik dia.. kdg2 akal budak kecik nie di luar jangkaan kita kak.. insyaAllah semuanya Allah yang lebih mengetahuinya.