Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

10 March 2011

Saya tengah stress..ada siapa-siapa boleh tenangkan saya..?

Saya bosan!
Saya stress!
Saya penat!
Saya malas!
Saya Bosan..
Bila bosan..semuanya tak menjadi..Nak blogging pun malas. *padahal hari-hari update* . Boleh ke saya tutup saja blog ini? Atau saya private? Saya tulis untuk diri saya sendiri? huhu... :(
Saya bosan dengan kerja. Rasa mahu duduk rumah. Tapi kalau income masyuk..boleh je saya duduk rumah sampai lebam dengan Nabila..hehe..
Saya stress..
Saya tak dapat apa yang saya mahu semalam. Nabila diserang selsema semalam. Pagi sebelum saya menghantarnya ke sekolah, dia kelihatan baik sekali. Dan pulang, Nabila sudah terbersin-bersin. Dan hingus meleleh di hidungnya.
Malamnya, tidur kami dua beranak tidak lena. Ayah Nabila pula kerja shif malam. Maka saya seorang saja yang menjaga Nabila. Dan seperti biasalah, jika tidak dapat melelapkan mata, Nabila akan mengamuk sakan :(
Pagi tadi saya lewat ke PDK. Dan sudahnya sebaik tiba di PDK, cikgu Ayu tiada. Bercuti kerana maknya sakit.. :( Lagilah saya stress.. Satu aktiviti pun tak dapat di lakukan.. *Sure Nabila urut dada..lega tak perlu wat terapi..hehehe*
Saya penat..
Berlanjutan dari malam tadi, saya tak cukup tidur! Dan badan saya sakit kerana tidur di ruang tamu hanya beralaskan karpet ABC Nabila. Dan kesejukan kerana lupa untuk menutup air cond! Aduhai..
Saya malas..
Dan tengok keadaan rumah yang agak tunggang langgang kerana ayah dan Abg semalam sibuk melakukan 'upgrading' untuk tangga rumah kami, membuatkan saya bertambah malas untuk mengemas rumah. Ibu Nabila memang tengah malas sekarang ni!
Adoiyaiii..Apa nak jadi nih?!

7 comments:

Nonie said...

Ina...bulan tgh mengambang kot..tu yg segala peyakit stress dtg kot...hihihi...kejap jer tu...x pun pegilah window shopping ..kalau ader bajet tunggu ape lg..shopping ler:-)..mesti hilang stress tu nanti..k

ieda said...

ina...just nak share apa yg akak dapat dlm kelas motivasi.sebenarnya kita semua ni sama ja..mengadap masalah & stress yg sama.akak pun mcm tu juga..tp kalau org tgk mmg tak nampak.
kata motivator tu..yg membezakan kita hanyalah cara kita nak hadapi semua tu.
rumah akak pun selerak tunggang langgang (sb tu akak suka org mai rumah tak bgtau)......akak buat2 tak nampak ja.
akak stress sb tiap2 hari kena kerja......takpa.insyaAllah one day boleh goyang kaki kat rumah.
akak boring sb buat benda sama tiap2 hari......dah kerja macam tu..accept ja lah.
frust sb tak leh layan nabila as she wanted...at least dia dlm jagaan org yg sayang kat dia masa akak kerja.

basically...think positive.

lg satu pesan motivator tu..jgn guna ayat2 yg negative.eg..nabila jgn nangis hari ni tau..tukar kpd...nabila budak baik.main elok2..seronok2 ja hari ni tau.

akak perasan bila buat mcm ni kat nabila dia pun jadi elok.mcm pg td dia nyorok belakang ampaian tak mau mandi.rasa nak marah tapi akak tau kalau marah dia lagi tak mau bangun...dah la berat.tak larat nak angkat..so akak cakap ja.."mana nabila ni...nabila budak pandai..nabila budak comei..jomla mandi.."bila akak g kat dia pegang tgn terus ja bangun jalan elok2.

ina perasan tak bila ina ceramah elok2 kat nabila anak ina dia boleh diam & senyum mcm yg ina tulis kat entry sebelum ni..guna approach yg sama..meaning..be calm & use positive words..as if kita bodek anak2 ni.

uish..panjangnya...
good luck.

Bicara hati ibu aisya said...

Kak ieda..pinjam pesanan akak tu untuk saya jugak!Huhuhu..

Ina, sabar banyak2 yer.Kena terus kuat.Memang kalo ikutkan, bosan+stress+penat+malas giler nak g keje kan?tapi apa boleh buat..itu sahaja yang kita mampu untuk tambah pendapatan keluarga, tolong suami.Untuk keselesaan anak2.Xper, seperti yang kak ieda bagitahu..pasti suatu hari kita boleh duk goyang kaki.(Hihihi ker tunggu pencen hah?)ayu doakan semoga segalanya dipermudahkan buat ina.

psssttt..nabila, buat hal lagi yer?nabila kan budak baik, budak cantik.xmau kamok-kamok lagi yer sayang.Cian kat ibu nak g keje.meh ibu ayu hug n kiss nabila.ummmuah!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Yana: Bulan ngambang? hehe..dah lama tak bulan ngambang sebenarnya kak..ina pakai perancang..tapi tak tau lah klu2 bulan mmg bulan ngambang kan..hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak ieda: hehe..betul2 kata akak..saya sokong!! hurm..tulah..kdg2 luah kat blog rasa lega plak..hehe..tapi nampak sgt la ibu Nabila ni lemah kan.. huhu.. Thanks kak atas nasihat.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu: huhu..tulah..angin mood bergelora..susah nak jangka mood Nabila nih..hehe..

Min said...

thanks kak ieda... beguna sungguh tips tu... to ina: mmg mood ni kdg2 swing jugak... but keep up the good one...! Insya Allah, moga Allah tenangkan ina...