Fikiran saya agak berkecamuk sepanjang hari ini. Memikirkan soal Nabila yang tak sudah-sudah..
Entah kenapa saya mencari 3 orang ini. Jiey Mama Rayyan, Ayu Ibu Aisya dan Ita Ummi Alisya. Ketiga-tiganya saya cuba hubungi. Alhamdulillah, mendengar suara mereka membuatkan saya lega.
Meluah rasa hati tentang Nabila kepada mereka membuatkan saya rasa lebih lega. Dan inilah hasil kesimpulan yang saya dapat sepanjang saya berfikir tentang Nabila. Saya sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang. Entah kenapa hari ini saya tidak begitu senang untuk menghantar Nabila ke sekolah.
Bukan kerna sekolah Nabila yang tak bagus. Saya sendiri merasakan sepertinya Nabila tidak mendapat segalanya di situ. Entahlah... Agaknya saya terkenang apa yang pernah kakitangan disitu katakan pada Nabila.
Pabila Nabila mengamuk atau menangis, mereka tidak akan membuat sebarang aktiviti untuk Nabila. Dan saya rasa kesal apabila ianya diutarakan kepada saya. Kerna saya mempunyai harapan tinggi pada pusat tersebut. Saya menghantar Nabila kerna mahu dia mendapat yang terbaik. Namun pabila ianya berlainan daripada apa yang saya harapkan, saya rasa ianya seperti tidak berbaloi langsung.
Bukanlah saya ingin melepaskan segalanya kepada pihak sekolah. Saya juga berusaha sendiri di rumah. Namun, apa yang saya harapkan adalah Nabila dapat selebihnya di sekolah. Kerana masanya lebih banyak di sekolah berbanding di rumah.
Saya bersyukur kerana Nabila dapat peluang lebih jika dibandingkan dengan anak-anak lain yang seusia dan senasib dengannya. Namun, jika kalian berada di tempat saya juga, pastinya akan bertindak sama seperti saya. Mencari dan terus mencari.
Dan pabila mahu yang terbaik, pastinya duit juga perlu berkoyan-koyan. Puas saya meneliti website untuk mencari sekolah-sekolah lain, namum semuanya agak menghampakan. Seperti biasa, mahu anak berusia lebih 4 tahun. Ada yang mahu boleh berdikari, dan ada juga tempat-tempat yang 'tidak sesuai' untuk Nabila.
Bak kata Jiey, semuanya bergantung pada duit. Jika ada duit lebih, sudah pasti tempat tuju kami yang pertama adalah di WQ Park.. :) Itupun kalau kami tidak mempunyai masalah kewangan. Dan tadi muncul satu idea. Namun, ianya bukanlah idea yang praktikal untuk kami lakukan.
Apapun, saya masih berfikir-fikir untuk mencuba di tempat lain pula. Ada terfikir untuk menghantar nabila ke Pusat Spastik. Tapi saya tak pasti bagaimanakah kaedahnya.
Moga segalanya kembali tenang dan dipermudahkan....
p/s: 3 hari meninggalkan Nabila di rumah mak. Again? Ya , kursus yang tak sudah-sudah!
3 comments:
sometimes it is very frustrating bila memikirkan kemudahan2 utk anak2 istimewa ni di Malaysia....
Alhamdulillah....dgn adanyer mak Ina di sisi , dapat membantu Ina menjaga Nabila semasa ketiadaan Ina kan...itulah untungnya tinggal hampir dgn keluarga,bila time memerlukan mrk sentiasa ada.Mcm akak ni terpaksa tinggalkn anak2 dgn suami bila ada kursus..tu yang 1 hari berkali-kali call utk pastikan anak2 pergi sekolah & terurus segalanya...tp suami la sian..dia plak mcm x terurus...terpaksa ke hulu ke hilir uruskn anak2 sorang...:-)
Ina, saya nak syer sikit pasal Pusat Spastik..Tempat tu memang bagus. Saya pernah bw Ainie dulu..masa tu dia belum boleh maju kedepan. dan bila saya bw 4 sesi (4 mggu) Ainie dah mula nak wat sendiri. Sya wat kejap jer sbb tmpt sy keje tu bising bila saya bawa Ainie 2 kali smggu(PPUM & Spastic)..tu la diorg tak berada kat tmpt kita..sbb tu juga saya berhenti. tapi sblm dia terima, kita perlu diinterview dulu. Ina cuba la.. saya rasa Nabila sgt sesuai kat situ sbb ada sorang therapist kat situ mmg berpengalaman..
Post a Comment