07 August 2009

Percubaan kali kedua..


Ini bukanlah sebenarnya kali kedua aku memasukkan Nabila ke dalam walker. Sudah banyak kali namun aku tak sempat untuk merakam segala yang dilakukan oleh Nabila. Tapi ini memang kali kedua selepas percubaan pertama..(entry yang lepas)..tak dapat direalisasikan. Kelmarin, dek kerna tiada kerja, aku cuba mengambil gambar untuk dijadikan kenangan aku. Lihat sahaja telatah dia yang TIDAK mahu duduk di dalam walker. Mungkin sesetengah fikir bagus kiranya aku tidak mengajar Nabila duduk di dalam walker. Ada juga yang berfikir sebaliknya. Bagi aku hanya satu. Mempelbagaikan kaedah terapi untuknya. Tidak hanya berbaring sahaja di walker atau berbuai di dalam buaiannya. Atau duduk di kerusi 'Bumbo' nya..


Segalanya jelas. TIDAK MAHU dan KURANG SENANG dengan WALKER..Dan aku masih lagi mencari gadget yang sesuai unuk Nabila lagi.. :) Dan semalam ada seorang rakan dari sini. Dan dia mengesyorkan aku membeli ini....

Namanya Evenflo Smartstep ABC Exersaucer. Barang terpakai..baru je guna 6 bulan..dan harganya..huhu..sangat-sangat..huh..susah nak cakap..RM700++. hehe.. Nak beli kena pikir dulu, pasal dah nak puasa dan raya kan..banyak nak pakai duit..hurmm..


p/s : Masih lagi terpikir-pikir untuk membeli Jumperoo untuk Nabila. Nabila memang suka lompat-lompat..Tapi lihatkan keadaan dia masa di rumah Ita aritu..aku berfikir 2 kali untuk membelikannya..huhu..!

3 comments:

Liana said...

Noina... Mungkin dengan latihan yg kerab membolehkan Nabila duduk kat walker kot! Pasal Jumpero @ Evenflo Smartstep ABC Exersauce tu kan...rasanya cuba Noina cari di blog lain yg ada jual barang 2nd! Coz, ummi perna jumpa 1 blog tu dia jual dalam 300++. rasanya kalo 300++ tu dapat ler jimat sikit! Tp, terpulang ler... :)

LYaFRINA said...

askum... Harini sy bru terjumpa blog ni..
secara ikhlas hati sy btl2 tersentuh.. Sy berharap akak tabah mharungi dugaan Allah SWT. Sy turut mpunyai seorg ank yg sy hmpir khilangannya..N syukur alhamdulillah,,sy berjaya melahirkannya(doc suspek ank yg sy x sempurna n tulang belakang bengkok cz masalah sawan yg sy hadapi smasa mengandung smpai myebabkan sy koma).PERCAYALAH,,kuasa tuhan boleh merubah sgalanya. Sy percaya NABILA adalah satu anugerah yg sangat beharga utk dijaga..

Noina said...

Liana : yeke..wah..klu 300 tu dah kira murah sesangat la..tu ah..tgh dok survey yang 2nd hand punya..huhu..

Lyafrina : salam perkenalan..kita link yek.. :)
Setiap org diberi dugaan yang berbeza. Alhamdulillah.Iman masih teguh..dan sayang pada Nabila makin bertambah..mungkin berkat doa awak dan rakan2 yang alian..terima kasih sudi jenguk blog Nabila.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...