Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 August 2009

Fisioterapi..Pediatrik..dan besday abg..

TENTANG FISIOTERAPI.
Isnin lepas, aku ada appointment lagi dengan Puan Suhana. Nampak dia dah sarat benar..Lagi 2 minggu nak bersalin katanya.Mungkin Nabila sempat nak jumpa dia sekali lagi sebelum dia bersalin nanti.


Dan macam biasa juga..Nabila menangis sewaktu terapi. Kali ini segala aktiviti dilakukan oleh budak praktikal. Puan Suhana terpaksa attend 2 orang kanak-kanak lagi..yang agak sama agresif dengan Nabila..hehe..KUAT NANGIS.


*Nabila dan bola..Suka benar naik bola..huhu..exercise lain langsung tak nak buat..



DI KLINIK PEDIATRIK


Hari ini Nabila ada apointment dengan Pediatrik.Dan hari ini juga aku ambil cuti. Malas nak masuk office semula. Dan hari ini memang special untuk kami sekeluarga..

Perkara yang kami bincangkan bersama Dr. Faisal tadi, tentang keputusan EEG Nabila yang kami buat pada bulan 6 lepas. Seperti yang dijangka..keputusan masih lagi di HKL. Dan aku juga turut meminta pandangan doktor tentang 'speech therapy' untuk Nabila. Aku telah pun meminta pandangan pada Puan Sally, OCC Therapist nya..Puan Sally pada mulanya memberitahu yang kami perlu tingkatkan dari segi fokus Nabila terhadap keadaan sekeliling. Seperti ada yang tahu..Nabila masih lagi kurang fokus dalam melihat apa jua benda melalui pancainderanya. Namun Puan Sally memberi cadangan agar aku bertanya dahulu pada doktor di Pediatrik dahulu sebelum mebuat apa-apa keputusan.

Dan tadi Dr. Faisal bersedia untuk membantu dalam mengaturkan appointment dan referral letter pada Speech Therapist.



Dear Colleagues,

Reason For Referral : Swallowing Management

Comments : 13 months old. Known case of HIE developmental delay. Occasionally refuse feeding at times.Also sounded chesty and according to parents has lot of 'phlegm' in the throat. Starts to vocalise now.

Mulanya, kami berfikir masih terlalu awal untuk Nabila melakukan therapy ini. Memandangkan dia masih belum boleh fokus dengan sebarang apa jua benda. Namun Dr. Faisal tadi ada berkata..ia tidak semestinya untuk bercakap. Ia juga mengajar anak untuk menelan. Maka aku pun rasa tak patut aku biarkan. Tak mengapa..Bukan kena bayar pun. Ambil sahaja peluang yang ada untuk rawatan Nabila. Yang lain itu belakang kira.

Entahlah..apa yang kami lakukan ini betul atau tidak..aku pun masih lagi belum dapat pastikan apa yang akan terjadi pada Nabila nanti. Harap ia beri kesan yang positif buat Nabila.Dan appointmentnya dengan Klinik ENT (ear,nose & throat) akan berlangsung pada bulan puasa iaitu 9.9.2009

Dan tadi ada sorang makcik kat klinik pediatrik. Rajin menegur aku. Aku sedang menunggu surat dari Dr.Faisal dan abg pula ke Farmasi untuk mengambil vitamin Nabila. Dan mulalah sesi berbual..

Mulanya makcik tu puji-puji Nabila comel. Aku senyum jelah..Dan lepas tu tanya Nabila sakit apa.Seperti biasa jawapan aku, Nabila lemas dalam perut. Dan rupanya cucu dia pun ada kes juga. Anak dia demam ketika mengandung dan ketika cucunya berusia 3 bulan, diserang sawan yang agak teruk. Namun makcik tu mengatakan cucunya boleh meniarap. Alhamdulillah..Kira cucunya bernasib baik. Dan tadi aku sempat melihat cucunya yang sedang tidur di dalam stroller..lena tidurnya. Dan selesai ku terima surat dari nurse, terus aku beredar untuk ke Farmasi..mencari Abg.

Selesai urusan di ENT, kami pun pulang. Cuma abg tak berpuas hati dengan layanan nurse di kaunter klinik ENT tu. Katanya kurang mesra. :(





BESDAY ABG.

Hari ini memang istimewa buat kami sekeluarga. Hari ini merupakan Ulangtahun kelahiran abg yang ke 27. Namun sedih rasanya. Mulanya selesai urusan di hospital..kami bercadang untuk keluar makan. Tak jauh pun. Hanya di OU. Namun..disebabkan Nabila tadi tak nak minum susu..dan pagi tadi masih lagi belum 'breakfast' aku membatalkan hasrat untuk makan di luar. Dan sekarang ni kes H1n1 makin teruk..dan aku rasa tak patut untuk aku mebawa Nabila berjalan-jalan sekarang ini.Kasihan abg..Tiada apa pun yang istimewa sempena hari lahirnya. Ralat pulak rasanya. Mungkin nanti sahaja aku fikirkan kemana kami akan celebrate nanti. Sori yek abg..Hadiah pun tak dapat nak beli..Kureng bajet sket..pasal baru jer renew roadtax dan lesen kete aku.huhu..


APAPUN..IBU UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR.MOGA ABG DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.DAN HARAP KASIH SAYANG ABG KEPADA IBU DAN NABILA TETAP UTUH.TABAHKAN HATI..KUATKAN IMAN..KITA PASTI DAPAT LALUINYA BERSAMA..ABG TETAP SUAMI DAN AYAH YANG TERBAIK BUAT IBU DAN NABILA..!


sayang sangat kamu berdua...!


14 comments:

Rofaizal Jaafar said...

Selamat Hari Jadi buat Abe Zul.. Moga panjang umur murah rezeki hendaknye..

Kadang2 tu segan gak nak nyembang2 dgn semua sbb rasanye aku sorang jer lelaki dlm blog ni.. Tp tak pe kot..Niat aku nak tambah kenalan dan belajar tentang penjagaan anak2 istimewa kita ni..

Harap2 tak de yg salah sangka erk..

leadleedeea said...

Nabila mmg adorable..comel sangat time dia naik bola tuuu..hehehee~!!!

ummuabdullahsyaakir said...

Salam ina,dh lama tak mnjengah ke sini,harp ina,huby n nabila comel siht n ceria selalu.

Emm dah mcm ank dra Nabila ni,badn dia pn nmpk sikt naik.Klu tu yg Nabila suka main n tak meragam,biarkn je dia buat fisio tu ina...lama2 nnt dia jemu blh ina kenalkn yg lain pulak.

Utk hubby Ina,Selamt Hari lahir..moga dipnjgkn umur,dimurhkn rezeki n mudah semua urusan.

Take care dear^_^

Yasmin Nabilah.. said...

faizal : buat pe nak segan..ni kan untuk anak jugak..hurm..bukan ko sorang jerk lelaki la..cuba ko tgk kat dlm list member aku nih..kat bahagian kawan-kawan Nabila...ada sorang lelaki lagi..Farid namanya..Bapa kepada Sarra..kembar Nabila..ko link la ke dia..banyak leh tau pasal anak-anak istimewa :)

lead : hehe..control cun je tu lead..takde maknenyer..asyik nak naik bola jer..huhu..

ummuabdullahsyaakir : anak dara..hehe..ada nampak sket la..sejak 2 menjak nih..susu pun dah banyak minum..tak mcm dulu..tapi berat still tak naik..huhu..betul..naik bola tu pu sebenarnya sampingan je..sebab masa sebelum tuh..dia nangis..pasal masa sampai kat gym..dia tido..baru kena kejut..huhu..

Unknown said...

sm0ge an. s0mi noina pjg um0 n murah rezki..
nabila makin bes0 makin comeL.. sm0ge dia sihat selalu, perkembangan mcm bb yg sihat tu biar lmbat xpe asal dia sihat n moge dia dpt buat semua yg budak2 lain bleh buat.. besalah budak p0mpuan mmg cengeng.. same cam miera gak..
hmm pasal tabung TAWAS tu ia utk bb yg lahir d selangor.lahir kat negri lain p0n bleh asalkan ibu ayah asal selangor @ ibu ayah yg lahir d KL sblm tahun feb 1974.b0rang bleh d dapati d
Projek TAWAS
Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55103498 / 03-55103499

Liana Manjaku said...

Selamat ulang tahun buat suami yer...noina... Nabila semakin comel ler sekarang... Ummi rasakan memang sebua budak2 suka dengan bola kot! hehehe... Anak ummi pun, kalo jumpa bole itu jer lah pemainan dia! :)

Abi Alisya said...

Sukela abi tengok nabila pakai baju purple tu, nomel jek! Hihi! Sepit tak tinggal!

Kem salam sama itu Enchek Zul. Cakap ngan dia bila mau bela ikan. Leh bagik hadiah ikan.

Ummi Alisya said...

selamat hari lahir utk ayah nabila...

utk nabila, selamat maju ye sayang.. ummi suke sgt tgk die pakai baju purple tuh, comel lah...
dengan sepit rambutnyer..hehe! nabila suke naik bola ehh...same lah awak nih dgn sarra...bola bola bola..yg lain pasti nanes!

Rinna said...

Wahh dah nampak perbezaan Nabila skrg..cam dah besar..dah..dia..

Untuk Zul, Selamat Hari Lahir yang ke 27 tahun. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..lagi yer.. dan sihat2 selalu..

Yasmin Nabilah.. said...

mamamiera : hehe..sgt cukup infonyer.. :) thanks yek..nanti ina ckp ngan abg..klu salah sorang tak leh ke.maksud ina ina lahir KL, zul lahir kat Perak.klu yang tu camner yek..?

Liana : tu ah..agaknyer kot..hehe..janji dia exercise kan..bola tu pun salah satu terapi gak..heheh..

Farid : hehe..bela ikan..kena bela umah dulu..baru boleh..hohoho!Ala sepit Ummi bagi..mesti kena pakai..baru comey!

Ita : hehe..kata bola best kan..klu tolak tulang sampai demam demam.. :)Ummi, doc pun ckp smlm..nak gi hospital pun kena cantik2..masalahnya baju tu je yang tebal..yang lain semua nipis2..aircond kat pediatrik tu mmg sejuk giler..

mama uzma said...

salam kenal...

iena ada sebuah taska...
ayah iena pernah bekerja ngan Dato' Nur Laily di NURY...penah dgr tak...??dato' ni mmg pakar kanak2 iztimewa...jadi iena tahu serna skit ttg program dia...

Yang bola tu mmg elok klu buat hari2..dia membantu hilangkan rasa gayat anak..iena mmg buat kat taska untuk aktiviti senaman anak2...
kita mmg leh nampak dan rasa klu anak tu gayat ke tak masa kita lakukan senaman tu...hihi...

LYaFRINA said...

he..he..he... Ina akak....Umur lya 24.. xpela kak ina,, ini sume ujian Allah...Sabar aje.. Lya pun ada masalah sawan teruk..Lya percaya Nabila pasti akan sembuh.Tp kt org sekeliling kna byk bg skongan & dorongan.Lya pun pernah koma,lumpuh,n mcm2 lg... Utk memulakan smula mmg payah..mmg terlalu susah.. Akak jaga lah nabila jgn sapai sawan jd k pringkat y serius..
Lya berdoa smoga Nabila pulih suatu hari nanti n mampu berdikari sendiri.. Lya pun harap satu hari nanti boleh jumpa Nabila.

Yasmin Nabilah.. said...

Mama Uzma : ina kenal dato' Laily. Dia pengasas Nury kan..hurmm..ina penah survey dulu.Cdg nak bawak Nabila ke situ..tapi tak berapa nak mampu..kos dia mahal..terpaksa cari alternatif lain..
Yang bola tu since Nabila start fisio umur dia 4 bulan..dia dah naik bola tu. Cuma skerang ni dah jarang naik sebab sibuk buat terapi lain.. :)


Lya : nak jumpe..boleh apa salahnya.. :)Lya tinggal kat mane..Ina dok kat Rawang..tapi jarang-jarang balik rawang..balik ujung minggu je..slalu dok umah mak kat gombak setia :)
Insyaallah..harap2nya sawan dia akan pulih..dan tak serang teruk.. :)

LYaFRINA said...

Alamak....jauh 2.... Lya duk Kemaman, Terengganu.. Biasa time cuti2 slalu gk g Kl,,cz abg2 n mok2 sedara ada duk kt sana... Aritu lya ada gak g kat Rawang,,urusan kerja kat company MTU..