Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 August 2009

Nak Balik ke Tak Nak...?

Tadi aku YM dengan Kak Eli dan Zura..Kak Eli ni kawan aku masa kami sama-sama kerja di KTM dulu. Zura ni pula Mama Habib. Saja menghilangkan rasa bosan sebab tension dengan internet kat office.. Nak masukkan data-data pun terbantut dek kerna line yang sangat-sangat lembab..

Dan tadi aku meminta pandangan pada kedua kawan aku itu tentang pulang ke Rawang. Mungkin ada yang dah tahu..aku sekarang ini duduk bersama mak aku di Gombak. Dan Abg pula keseorangan di Rawang. Aku memikirkan jika aku berada di rumah mak, tidak lah aku berkejar-kejar di waktu pagi untuk menghantar Nabila ke rumah mak dan ke tempat kerja.

Mungkin ada yang pelik..tapi itulah cara hidup aku yang hampir masuk ke satu tahun ini..Setahun yang lalu..aku pernah menghantar Nabila ke Taska. Dek kerana nak sangat balik ke Rawang, maka aku telah membiarkan Nabila tanpa penjagaan yang sepatutnya oleh pengasuh di Taska tersebut. Dan akhirnya aku juga yang merana. Nak menghantar Nabila..dengan linangan air mata..Dan pulang ke rumah bagai terbang rasanya kancil aku..Ingin segera mengambil Nabila dari pengasuhnya. Begitulah aku setiap hari di bulan puasa tahun lepas. Dan rasanya tak sanggup untuk meninggalkan Nabila pada orang yang kita sendiri tak pasti bagaimana dia menjaga anak kita. Nak berhenti kerja.. memang aku pernah fikirkannya..Namun memikirkan belanja yang semakin meningkat dan kasihan melihat abg yang menanggungnya seorang diri..aku gagahkan juga. Dan pula aku baru dapat kerja tetap..Maka untuk soal berhenti ini..patut aku ketepikan dahulu..

Dan apa yang telah dikatakan oleh Zura dan Kak Eli ada benarnya. Aku memang sudah patut pulang ke Rawang. Semalam aku dan abg meluah rasa.Menitis air mata kami bila mengenangkan apa yang berlaku dan aku mengatakan keinginan aku untuk balik semula ke Rawang. Tetapi aku rasa terhalang. Adakah sebab Nabila masih lagi aku rasa seperti anak kecil..seperti bayi yang aku rasa kasihan jika naik ke kereta dalam jam 5 pagi? Dan Kak Eli menyarankan aku memikirkan tentang Abg pula kali ini. Dia sendiri punya pengalaman membawa Adam, anak lelakinya, menaiki kereta dari KL ke Serdang tanpa memasukkan ke dalam car seat. Dia memberi semangat pada aku. Jika dia boleh buat..aku juga boleh buat!

Dan rasanya akan aku fikirkan nanti. Rasa ingin pulang ke Rawang membuak-buak..Memanglah ini rumah mak, tapi rasanya lain jika kita dah berumah tangga. Rumah mak bukan lagi rumah kita. Dan kasihan pada suami makin menebal. Bagaimanakah makan minumnya di bulan puasa nanti? Sempatkah aku untuk pulang ke rumah? Atau aku laksanakan sahaja selepas raya nanti..?

Bantulah aku, suluhkan jalan untuk aku wahai kawan-kawan..Patutkah aku tinggal bersama mak..atau kembali ke Rawang bersama Abg?


p/s : tadi baru je dapat surat panggilan temuduga lagi. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Gred yang sama..cuma bidang tugas mungkin berlainan..Nak pegi ke idak ni?

7 comments:

A.I said...

Noina, bulan pose ni jalan dari gombak ke rawang mmg sesak tau! org berebut2 nak balik. Kalau laki kau tggl kat gombak skali tak boleh ke? hanya utk bulan pose ni je. weekend balik la rawang. tp lps raya nnt kau menetap trus kt rawang. camne?

Rofaizal Jaafar said...

Aku stuju cam Ai cakap tu.. Rs nyer utk bulan pose ni ok kot.. Sebab time berbuka ramei2 meriah sikit.. Ala pujuk la si Hilmi tu..

ibuayu said...

akak ni orang melaka tak tahulah macamana gombak ke rawang tu..Ina buatlah keputusan sebaiknya..cubalah gi interview tu..dapat tak dapat lain cerita.Good luck

Ummi Alisya said...

hmmm..pasti ade jalan penyelesaian nya nanti..ita pun pernah lalui bende yang sama. berulang demi sarra. ada kala tinggalkan abg jugak..tapi lama2, ade jalan yang Allah buka utk kita...syukur!

LYaFRINA said...

Lya xtau suasana kt rawang mcmmana musim puasa ni..Tp kalu spti yrofaizal n ai katekan 2,, better duk gombak dulu utk bln puasa ni.. N ajak abg skali... Lps raya trus menetap kat rawang.. Lg pun,, tempat istri disisi suaminya.. mmg tersepit perasaan kt sbg seorg istri n ibu...Antara anak n suami,,sbb itu smua t'jawab kita.. Mmg begitulah nasib kt sbg WANITA,,sentiasa berada d persimpangan.. Atau,, cuba cari rmh kat area rawang... Mmg la kalu lya ada tmpat akak pun lya xpcaya org lain jaga mlainkan fmily kt sndiri..Ank lya pun mak mentua y jaga..Takut nk lpas kat tangan org lain.Utk interview 2,, pgi la cuba..manatau lbih baik.. sy pun nk kije gov,, tp x dpt2 g..tension...Ok...Kiss me Nabila....

Azrine Razak said...

Herm..susah gak yek..Maybe bule try cadangan Ai n Rofaizal. Murah rezeki Noi ye..dapt interview lg. Rin ni sampai sekrg xde interview gomen even exam SPA pas pon dh expired.

idura said...

ermmm... r
asanya kalo awak berulang time bulan posa ni takot terkejar2 nanti.
So, saya rasa kedua2 cadangan di atas relevan..
setuju sgt...
mintak cik abang dok kat gombak...
biar dia berulang alik takpe...
coz dia tak perlu bawak nabilah kan....
papepun, berbincang leklok k..