Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 October 2010

Pengorbanan si ibu tetapi si anak yang terkorban...

Memikirkan pengorbanan yang telah ku lakukan, rasanya masih kecil jika dibandingkan apa yang Nabila korbankan untuk dirinya bagi untuk terus hidup di bumi Allah ini.

Mengapa pula ku katakan begitu?

Lihat saja sewaktu aku melahirkan Nabila dulu. Susah payah untuk mengeluarkannya melalui cara normal, akhirnya membawa kepada siri pembedahan bagi mengeluarkan si kecil ini. Kadangkala timbul rasa sedih di hati dan tak menyangka bahawa aku telahpun melahirkan Nabila namun gagal menyelamatkannya dari lemas.

Aku sendiri gagal menyelamatkan anakku...!!!

Bila mengenangkan nasib dirinya, aku sendiri tak dapat membayangkan apakah yang akan berlaku pada Nabila 10 atau 20 tahun akan datang. Adakah Nabila sudah berjalan dan pandai menguruskan diri ketika itu? Atau hanya terlantar meraih simpati pada ibunya. Aku tak dapat membayangkan semua itu.

Kelmarin, kata mak, dia termimpikan Nabila berjalan. Katanya nampak seperti berada di realiti. Nabila bangun dan berlari keluar rumah. Dan mak, mengejarnya ke sana dan kemari. Dan mak ternampak Abg sedang tertawa melihat Nabila yang sudah mendapat kaki ketika itu.

Bukan sekali dua kami sekeluarga mimpikan perkara ini. Malah sudah banyak kali. Mak mertua aku juga pernah mimpikan perkara yang sama. Aku? Lagilah banyak..entah berapa kali..aku tak pasti. Yang pasti, aku teruja dan bahagia sangat ketika itu. Mungkin hati ini terlalu inginkan Nabila berjalan, sampai termimpi-mimpi.

Pengorbanan yang aku lakukan sepanjang sebulan ini aku rasakan tidak mencukupi. Malah aku mahu lebih dari itu. Mahu Nabila dapat lebih dari yang harapkan. Namun, aku hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan.

'Terkorbannya' Nabila sewaktu dilahirkan membawa impak yang besar dalam hidup kami bertiga. Dahulunya, aku tidak ambil pusing tentang penyakit-penyakit atau keadaan sekeliling, namun kehadiran Nabila banyak merubah hidup ini. Tak sia-sia sebenarnya Nabila mengorbankan diri semata-mata untuk mengubah hidup ibunya. Ya..mungkin kalian tak mengerti maksudku. Aku dahulu seorang yang baran. Malah amarahku menakutkan orang. Namun kehadiran Nabila banyak merubah sikapku supaya lebih bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya. Dan yang paling penting menjadikan aku seorang yang lebih kuat berusaha. Berusaha memulihkan si anak, seorang Cerebral Palsy.

Aku juga tahu besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan si anak. Melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberikan pelajaran yang secukupnya buat anak sememangnya tanggungjawab seoarang ibu. Namun aku dapat rasakan pengorbanan si anak istimewa yang merelakan tubuhnya menjadi ujikaji doktor, di uli setiap hari bagi memastikan dia terus mendapat rawatan yang berterusan.

Andai ku boleh menggantikan tubuh badan ini untuknya, sudah lama aku lakukan. Aku sanggup lakukan semua ini bagi memastikan dirinya sentiasa ceria dan sepatutnya dia sedang bergembira di taman permainan dan bukannya hidup semasa kecil ini dipenuhi dengan temujanji doktor . Namun..itu hanya impian..Dan tak pasti bilakah akan tercapainya impian itu..

6 comments:

Nurul said...

salam. Semoga kalian terus tabah dan nabila akan treus sihat serta kuat. teringat membaca di surat khabar, tentang seorang anak yang juga cerebral palsy. Tahun ini mengambil UPSR dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Harap Nabila juga begitu yer sayang...

Dunia Daddy said...

salaam- saya bloghopping... Semoga terus tabah dan sicomel akan terus sihat seperti sicomel2 yang lain....Amin.....

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

ingatlah..Allah menguji mereka yg kuat dan mereka yg disayangi..bersabarlah..moga2 ade sinar utk anda dimasa depan..amin..

Yasmin Nabilah.. said...

Nurul : terima kasih atas doa nurul..InsyaAllah.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

dunia daddy: salam..terima kasih sudi singgah blog Nabila.. :) InsyaAllah..Amin..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Ain : terima kasih..InsyaAllah..pastinya akan terus tabah untuk nabila..:)