Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 October 2010

Segalanya berakhir hari ini...

Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti separuh gaji. Sebulan lamanya berada di rumah..rutin harian tak jauh bezanya dengan di pejabat..bezanya di pejabat mengulit bersama komputer..tetapi di rumah, mengulit bersama Nabila.. :)

Apa yang Nabila dapat sepanjang sebulan ini?

Sudah ku katakan..aku tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku dalam sebulan ini. Kerana aku tahu anak seperti Nabila perlu sentiasa di rangsang dan diberi perhatian lebih dalam segala hal. Untuk sebulan ini memang tidak cukup untukku. Namun aku tetap berpuas hati. Kerna aku dapat melaksanakan segalanya dengan baik.

Dan keputusan untuk bekerja semula telah pun diambil. Kasihan melihat sang suami yang bertungkus lumus mencari rezeki seorang diri menguatkan lagi pendirian ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada kerajaan. Namun hatiku berat. Berat sekali kerana terpaksa melepaskan Nabila kali ini. Aku tahu..Nabila sudah 'sedap' berada di rumah. Tidak kelam kabut dinihari ke sekolah. Enak tidur di katilnya sehingga matahari tinggi.

Sepanjang berada di rumah, Nabila begitu ceria sekali. Tampak dia begitu sihat dan gembira bermain. Hanya kadangkala bosan dan merengek mahu mengajak ibunya membawa kereta untuk berjalan-jalan. Mujur juga lah aku boleh membawa kereta. Andai tidak..mati kutu asyik berada di rumah saja.. :)

Si anak ini semakin bising mulutnya. Tak habis-habis berkata-kata..namun bila berada di rumah orang tak pula bising mulutnya. Seakan tahu pula di mana dia berada.

Cuma semalam, Nabila menunjukkan tanda-tanda kurang sihat. Di mulai dengan bersin dan diikuti selsema di waktu malam. Mungkin juga penat sepanjang hari kerana berbalut 'mumia' oleh Kak Raw. Malam tadi tidur ku tidak lena, asyik melihat Nabila di dalam buai. Kadangkala bangun kerna tak selesa hidung tersumbat.

Apapun, aku tetap berpuas hati kerna dapat menghabiskan masa sebulan bersama Nabila. Andai diberi pilihan..sudah lama aku bersama Nabila. Menjaganya setiap hari. Aku pun takdelah stress setiap hari terkejar sana sini membawa Nabila untuk terapi dan sekolah. Penat tau..serius..!! Sampai cik Abg pun naik kesian tgk aku terkejar-kejar dengan appointment Nabila.

Dan esok akan bermula rutin seperti biasa...Alahai..membayangkan kesesakan pagi-pagi di KL esok..pastinya membosankan..huhu....

5 comments:

Min said...

semoga nabila cepat sembuh... dan ina diberikan kekuatan untuk terus bertugas kembali...

LYaFRINA said...

lya faham sgt perasaan noina.. sbb itu juga y lya rasai.. lya pon tpaksa bekerja demi mcari rezeki.. demi ank.. sbb kesian kat fain sorang2 btungkus lumus mcari rezeki.. itulah tugas kita sbg istri membantu suami kt..

dan pastinya nabila akan faham dgn kputusan noina.. dan ALLAH lebih mgetahuinya..

byk2 bsabar yer...

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga di beri lebih kekuatan.Semoga nabila sentiasa sihat ye.

ieda said...

sekejap saja masa berlalu kan ina...bila anak dah terbiasa kita ada di rumah mmg susah nak berpisah.tapi zaman sekarang ni semuanya nak guna duit...moga2 dlm hati anak2 kecil ini, mereka dapat memahaminya.

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Min:Amin..InsyaAllah kak..:)