Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

26 October 2010

Dilema...

Aduhai anakku...
Mengeluh bukanlah penyelesaian..Namun kadangkala lelah bila memikirkan perihal si kecil ini. Mahu lakukan yang terbaik buatnya namun kadangkala ada sahaja halangan..
Tadi, seperti biasa, aku menghantar Nabila ke sekolah. Dan kulihat keadaan Nabila baik-baik sahaja. Begitu juga semalam. Tiada masalah ketika berada di sekolah, tetapi hari ini....
Hurm..entahlah..aku mendapat panggilan telefon dari salah seorang kakitangan sekolahnya. Katanya Nabila menangis tak henti-henti. Susu sudah diminum..makan sudah diberi, entah kenapa tiba-tiba menangis. Kata mereka Nabila 'membuang' sedikit saja tadi. Barangkali sakit perut.
Bergegas dari dari pejabat ke Ampang melihatkan keadaan Nabila. Sewaktu sampai, Nabila sedang berbuai di bilik gym. Dan seorang kakitangan sedang menemaninya. Matanya merah seperti baru lepas menangis. Kata kakitangan itu, Nabila sudah berhenti menangis. Aduhai anakku...Ibu ingatkan kamu sakit...
Mungkin juga tak selesa dengan perutnya. Lantas, aku membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah mak. Dan sebelum itu, aku menyuruh therapist melakukan sedikit terapi untuknya. Supaya tidak rugi datang tanpa sebarang terapi dari sekolah.
Menangis usah cerita. Tak henti-henti. Aku sempat berbual dengan kakitangan di situ. Kata mereka, Nabila sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Head control sudah pandai sedikit jika dibandingkan ketika mula-mula masuk dulu. Ya, aku akui.. Nabila sudah pandai sedikit tentang itu. Cuma kadangkala tampak masih belum kuat sepenuhnya.
Mereka semahunya meminta aku menghantar Nabila setiap hari di sana. Ya, aku tahu tentang itu. Namun, apakan daya. Bukannya di sekolah saja Nabila terpaksa hadiri. PDK juga dia harus hadir. Begitu juga dengan temujanji di hospital. Hampir setiap minggu pasti ada sesi terapi di hospital. Dan pabila adanya temujanji dan kelas di PDK, aku terpaksa pontengkan Nabila dari sekolah. Aku tahu, tak guna memaksa..kerna latihan-latihan di tempat lain juga akan memenatkannya.
Sememangnya aku mahu Nabila ke sekolah setiap hari.Seminggu hanya 4 hari saja Nabila akan bersekolah. Hari khamis merupakan hari Nabila ke PDK. Mengharapkan hari-hari lain untuknya ke sekolah. Aduh..sangat-sangat pening..!!
Dan mereka menggesa aku melakukan terapi di rumah. Ya, aku lakukannya andai Nabila tidak tidur lagi ketika sampai di rumah. Andai di dalam kereta sudah tidur sehingga ke pagi, takkan pula aku mengejutkannya untuk melakukan aktiviti di waktu malam. Kadangkala aku kasihan melihatnya. Contohnya semalam. Sebaik saja naik kereta untuk pulang, Nabila sudah tertidur di car seatnya. Sehingga sudah Nabila tak bangun-bangun..sehinggalah pagi tadi, aku mengejutkannya untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah. Mungkin keletihan sepanjang hari di sekolah membuatkannya dia nyenyak tidur sepanjang malam tadi.
Entahlah..berat benar rasanya untuk anak sekecil ini melaluinya. Aku sememangnya mahu dia hadir dalam setiap sesi terapi yang telah di tetapkan. Kerna pabila pulang ke rumah, Nabila jarang punya kesempatan untuk bermain dan melakukan aktiviti yang sama seperti di sekolah. Sayangnya kurasakan pabila setiap sesi tidak dapat dihadiri atau tidak dilaksanakan sepenuhnya.. :(

8 comments:

DeLLa said...

ina..penat lelah ni akan berbayar satu hari nnti..percayalah

Azma said...

memang rasa rugi kan bila tak dapat hadiri mana2 sesi terapi yg dah diset utk anak kita. Tapi tak pe la ina. Dah byk input yg ina buat/beri utk nabila. Kita buat setakat yg termampu dek kita & juga ank kita kay!

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah, nabila xapa2.igtkan kenapa tadi.Sabar ye ina..penat mmg penat.Itu ayu akui sangat2.
btl kata Della tuh. "Insyaallah penat lelah ina pasti akan berbayar satu hari nnti". Nabila dahpun tunjukkan sedikit kan? :) - Head control sudah pandai sedikit jika dibandingkan ketika mula-mula masuk dulu.
Nabila sayang..cepat2 belajar ye.xmau nangis2.Tunjukkan perkembangan yang positif utk ibumu.Kasihan ibumu sayang.Ummuahh utk nabila.Doa ibu ayu selalu utk nabila.

ieda said...

padatnya jadual nabila...moga nabila dapat cope & sentiasa ceria.

Sueriani Ali said...

Kesian nabila, mungkin dia tak puas tido kot. Sabar ye ina. Kat PDK tu diaorg ajar buat apa eik?

LYaFRINA said...

sedih baca ni..
harap noina terus tabah yer..
apa2 pun lya nampak noina dah lakukan y terbaik buat nabila... insyallah.. semuanya akn bjalan lncar...

dan d sidut lain, jadual utk nabila mmg cukup padat.. tp xpela utk kebaikan dia kan.. just buat setakat y termampu saja.

Mommy Lyna said...

Pepatah Melayu mengatakan:

susah2 dahulu, senang2 kemudian.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Suratul Insyirah 5-6;

Sesungguhmya slepas kesusahan itu ada kemudahan

Maka sesungguhnya slpas kesusahan itu ada kemudahan

Anonymous said...

salam kak sy x tahu anak akak sakit apa...
saja just baca blog kwn...
nmpk blog nie sy clik je...
jd sy x tahu sebenarnya anak akak sakit apa...
akak dh try cuba urut x anak akak...
sy ada kenal sorang makcik yg pndi urut baby or bdk2 yg sakit.....
kdg anak sy demam or batuk atau ada kahak sy bw urut kt makcik tu...
makcik tu tggl kt segambut....
makcik nie pernah urut sorang bdk umur dlm lbh kurang 3thn...
bdk tu kecil sgt bdn dia...
x boleh jln...
alhamdullilah dgn kuasa tuhan bdk tu urut ngan makcik tu byk kali bdk tu dh leh jln sikit2...
saja just kongsi info ngan akak...
mana tau anak boleh pulih sikit2 bila bw urut ngan makcik tu...
x salah kte just mencuba...
klu akak nk no tel makcik tu akak leh bg email akak kt sy....
nti sy bg no tepon makcik tu...
nie email sy siti.qaireen@gmail.com