Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 October 2010

Wah.. enak sungguh berkata-kata!!

Sedari semalam, hati ini panas bila mendapat tahu tentang blogger yang memperlekeh-lekehkan orang lain demi kepentingan menaikkan 'rating' di dalam blog nyer..

Apa kejadahnya nak buat begitu..?

Bagi saya..setiap orang berhak menulis apa sahaja. Cerita sedih..cerita gembira..tentang anak..tentang keluarga..tentang saudara-mara..rakan-rakan..siapa saja..asalkan ada batas-batasnya.

Dan blog ini juga terhasil pabila hati ini tidak keruan memikirkan tentang si anak. Maka ayat-ayat dikarang bagi meluahkan isi hati ini dan juga hanya untuk tatapan si anak tatkala dewasa kelak.

Mengapa pula harus dibangkitkan berapa ramai followers atau berapa ramai yang datang menyinggah di sini?

Sedikit pun tak pernah terlintas dihati untuk mencari glamour. Dan tidak sedikitpun saya menjemput semua untuk membaca blog ini. Yelah..cerita anak istimewa..siapalah yang nak baca..Cerita anak tak boleh jalan..cerita anak air liur meleleh..cerita anak yang hidupnya ibarat sayur saja..! Semua tentang Nabila yang belum pandai apa-apa.

Andai diberi pilihan..saya juga tidak mahu menceritakan perihal Nabila di sini. Untuk apa saya bazirkan masa dengan hanya menulis catatan tentang Nabila untuk tatapan umum. Namun, bak kata Put, dengan blog ini juga saya berjumpa ramai sahabat yang senasib dengan diri ini. Yang punya anak seperti Nabila. Namun kehadiran blog ini dan juga blog rakan-rakan senasib yang lain mengundang perspektif negatif di luar sana.

Adakah kalian faham perasaan kami yang punya anak istimewa? Blog ini merupakan terapi buat saya. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Sepertinya kami mencurahkan isi hati ke dalam diari kami.

Kami juga tidak mahu kalian semua menangis kerna nasib kami tersurat begini. Yang kami mahukan hanyalah sokongan. Bukan umpatan dan kejian. Sayang andai anak-anak kami dapat membaca coretan dan luahan orang yang suka menghina anak-anak kami. Pastinya mereka sedih bila orang mengata macam-macam tentang dirinya dan juga ibunya yang membesarkannya.

Fahamilah..saya bukan meminta simpati. Ini hanyalah ruangan luahan hati seorang ibu yang mahu anaknya terus berjuang untuk hidupnya....

18 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ina...

kakcik sering singgah di sini untuk mengikuti perkembangan Nabila. Cuma kakci tidak meninggalkan komen sebab kakcik tak tahu apa nak dikatakan.

Tentang mereka yang tidak berpuas hati itu, biarkanlah sahaja. Tidak akan menjadi kudis pun, kan? Ada manusia memang begitu - selalu sahaja tidak berpuas hati dengan orang lain.

Tidak semua juga manusia yang ada 'penyakit' dalam hati mereka. Yang penting, kita tahu siapa kita.

EvisuKyme said...

itu org yg berakal tapi letaknye dilutut...isk..isk...

Anonymous said...

nak komen pasal header atas tu..

cantik gambar nabila :)

Unknown said...

yong,
terus kan menulis.. sbb bila membaca nukilanan yong ni, menjadi inspirasi utk semua ibu2, termasuk kakyong.. x kira ibu2 tu anak istimewa @ tidak, hanya ketabahan dan keazaman yg mbezakannya..

usah kesah lah hal org yg giler rating tu...

terus kan menulis...

http://www.kakyong.com/

Mamanurin said...

ina,

aduyai!!! sabar yer dear..biasalah itu adat dunia, jangan putus asa, luahkan aje yang terbuku dihati supaya hati dan perasaan tak terbeban demi anak kecil bernama NABILA..uhhhh cantiknya nabila!! pinjam jap nabila bawak balik umah mamannurin boleh tak?

nuni said...

salam ziarah,

hai awak...kiter 1st time baca blog ni tgk link kat blog kak Pnut..terus buat link kat blog kiter jugak..heran juga yer kenapa ada orang suka nak cari pasal ,sakitkan hati orang..patutnya menambahkan silaturahim dalam blog2 yang dilewati..sabar yer..teruskan perjuangan..chaiyok!chaiyok!

Rosie Posie said...

Nampaknya 'orang' itu dah buat entry berbaur memohon kemaafan..haha~ takpela ibu nabila.. hidup ni pinjaman...kita tak uji..kita tak merasa...

pegang satu je ibu and mummy,

blog kita.. ape de hal kita nak tulis pasal anak kita, pasal kita makan biskut kering ke..pasal kita minom air kelapa ke..dari sekecik2 perkara..sehingga ke besar2 hal.. itu ruang kita.. kalo rasa tak suka jgn baca.. bukan kita paksa..btul?

Buat ibu nabila and mummy alanna yg indirectly banyak bagi pengajaran kat kami ibu2 yg blum diduga..anda role model!! dan kami pengikut membaca blog anda dengan ikhlas and utk kami kongsi suka duka perjalanan hidup yg mungkin kami takkan lalui.. tapi jadi pengajaran yang saaangaaatt besar buat kami...

teruskan je berblog...! bolayan je dorang2 tu..

we sapot u..

[hikhik... teremosi jugak =)) ummi adelia nak say hi kat nabila! muahhhhhh!]

Bicara hati ibu aisya said...

Ina..pedulikan jer lah 'org giler' yang xde perasaan camtuh.Diorg xpernah rasa apa yang kita rasa so diorg xkan PAHAM dan xcuba utk MEMAHAMI.bila dah kena atas batang hidung sendiri baru diorg tahu.Mungkin diorg lebih teruk menangis dari kita kan?

p/s: ina, tulah antara kata2 yang ayu terima dari 'seseorg' yg ayu cerita pada ina time kita jmpa aritu...yang buat ayu terhenti menulis blog.sakit+sedih+bengang+marah semua ada.xper,ALLAH ada.Dialah Yang Maha Mengetahui.

Azma said...

Sabar ye ina..biarkan mereka berkata2.. betul kata ina, bila jumpa kawan senasib, kita jadi lebih besemangat. Rasa ada tempat utk mengadu dan mencurah rasa.. Teruskan menulis. masih ada individu di luar sana menghargainya..

Salina@IbuAqil said...

Ibu Nabilah..
Pedulik apa kata owang..
Sebab depa mmg senang bercakap je..
Asalkan kita sndiri tau tujuan asal kita..
Pedulik kan apa kata owang..
Kalo diowang x suka boleh blah jgn singgah..
Kalo diowang suka diowang akan dtg walaupun sekadar jadi SILENT READER..
Apa saja yg diowang anggap ttg nabilah itu masalah diowang..
Sebab hanya ibu Nabilah saja yg tau macam mana bertuahnya bila dikurniakan seorang yg bernama NABILAH ZULHILMI..
Dan ibuAqil tumpang gembira diberi peluang utk mengenali anak kecil sekuat nabilah, ibu bapa setabah kalian..
Ina jarang nak komen.. Tp bukan maksud ina tak pernah amik tau kisah nabilah..
Ina suka baca apa saja cite nabilah..
Walau apapun progress dia..
Ina tetap nak tau..
Terima kasih pada ibu Nabilah sbb bg peluang kami untuk brsama2 dalam DUNIA NABILAh..
Walaupun sekadar dalam ALAMAYA..

zira said...

org yg merasai saja yg memahami..bukan tidak redha dgn taqdir..bukan menyesali nasib..cuma luahan dr hati yg sedih, menginginkan yg terbaik buat insan tercinta, berkongsi rasa..tak salah..sekurang2nya mengurangkan beban di jiwa..menangis..bukan tanda lemah..tapi anugerah Alllah untuk menghilangkan sebak di hati..sebab kita cuma insan biasa yg punyai segala kelemahan...moga Allah terus berikan kekuatan pada insan2 yg di ujiNya..

zira said...

org yg merasai saja yg memahami..bukan tidak redha dgn taqdir..bukan menyesali nasib..cuma luahan dr hati yg sedih, menginginkan yg terbaik buat insan tercinta, berkongsi rasa..tak salah..sekurang2nya mengurangkan beban di jiwa..menangis..bukan tanda lemah..tapi anugerah Alllah untuk menghilangkan sebak di hati..sebab kita cuma insan biasa yg punyai segala kelemahan...moga Allah terus berikan kekuatan pada insan2 yg di ujiNya..

Sue.Aleen said...

usah dilayan kata² negatif orang, Ina. learn to turn adversity into something positive. tak kiralah dari sikap manusia atau pun dari keadaan² yang menghimpit kita. stay focus!

A.I said...

Lorr...ada gak org yg sengal camtu ye? sabar la na. jgn dilayan org bengong gitu! agaknya dia takde life sendiri kot. tu yg dengki tu..x baik tau. isk..

Anonymous said...

salam ina,
hanya org yg ada anak istimewa mcm kita je yg memahami. usah biarkan kata2 org lain mematahkan semangat kita...ini ingatan utk akak juga. akak pun baru dikurniakan anak istimewa 3 bulan lepas...dgn membaca entry2 sebegini...kurang2 dpt berkongsi rase dgn yg senasib. mase peringkat awal, akak spt hilang arah, rase down sgt2..tp blog ina, mommy lyna (ibu fahry) dan lain2 byk memberi semangat. org yg takde anak istimewa, walaupun mereka sentiasa memberi semangat dan sokongan, tp mereka tak akan benar2 paham perasaan kite. iya, benar...kita bukannya tidak mensyukuri rezeki ini, tp sebagai ibu dan manusia biasa yg lemah...kesedihan tetap ada. Sedangkan rasul juga menangisi kematian anaknya ibrahim, apatah lagi kita. melalui blog sajelah kite boleh luahkan segala2nya...harap ina dan ibu2 yg terpilih seperti kita ini diberikan kekuatan dan kesabaran utk menjaga dan membesarkan amanah Allah ini dgn sebaik mungkin..amin.

MommaNazrin said...

pdulikkn dgn org2 yg cmtu..diaorg xrsa phit maung sush payh mnjaga ank spt nabila..ini blog kte,,suke hti kte nk tlis ape pn ttng ape pn..pape pn saba ye..

Mommy Razim said...

No worries tuhan itu adil!!
What comes round goes round

Anonymous said...

Ermm..pedulikan sajer manusia itu...
Teruskan shj menulis blog ini....
terima kasih akak kerana sudi berkongsi pengalaman berharga ini dengan kami...semua itu mjadik pengajaran y sgt baik utk kami..dan utk akak, ini salah satu cara utk kurangkan sedeh dan sebak dihati...
byk2 bsabar kak..