Sejak Isnin..ramai yang bertanya khabar tentang Nabila...
Ada yang bertanya..
"Kenapa cuti lama ina?"
"Lama tak nampak.Pegi mana?"
"Anak macamana? Dah ok?"
?????????????????????????????????????????????????????
Huhu..Kadangkala soalan ini sebenarnya tidaklah sesusah mana untukku menjawabnya..Namun kadangkala..jawapan itu tersekat di kerongkong. Tak terkeluar jawapan itu. Hanya jawapanku...
"Oklah.."
"Bolehlah.."
"owh..jaga anak..tak sihat.."
Dan senyum pasti terukir walaupun hati ini sayu..
Soalan-soalan di atas bukanlah bermakna aku tidak suka tatkala orang bertanyakan tentang keadaan Nabila. Aku suka bila ada yang cuba memahami Nabila. Cuba memahami kesakitan dirinya. Dan cuba menyelami hati aku sebagai ibu. Namun kadangkala aku tewas dengan perasaan sendiri. Sedih bila terkenangkan Nabila namun bercerita kadangkala membuatkan hati ini lega. Lega kerana meluahkan perasaan..
Bagiku..cuti sebulan ini tidaklah merubah Nabila menjadi anak normal. Dan tidak juga menjadikan Nabila lebih teruk keadaannya. Di samping menjaganya, aku membuang rasa ralat di hati ini kerana tidak dapat bersama menjaganya sepanjang hari selama 2 tahun ini.
Sungguh! Semahunya hati ini mahu menebus setiap detik bila aku tidak bersama Nabila. Namun..apakan daya..aku tak mampu untuk berbuat demikian. Cuma ini saja yang mampu ibu buat untuk kamu sayangku...
Fahamilah..anak ini sudah melalui banyak fasa. Kesakitan sedari lahir tidak putus-putus kunjung tiba. Mahu doa yang baik-baik saja dari kalian untuk anak ini. Tidak lebih dari itu. Andai ada yang tak mengerti..tak mengapa. Aku faham. Kerna bukan semua ada anak seperti Nabila. Dan mungkin juga ada yang tak pernah tahu apa itu CEREBRAL PALSY..
Kuceritakan tentang Cerebral Palsy agar mereka di sana tahu apa penyakit itu. Agar kalian memahami anak ini. Agar kalian dapat menyelami hati anak ini yang sememangnya sama seperti anak normal. Cuma keadaan anak ini yang menampakkan perbezaan ketara antara anak ini dan anak normal. Hatinya, kemahuannya..semuanya sama..sama seperti anak normal.Yang mahukan belaian dan kasih sayang dari seorang yang bergelar IBU.....
3 comments:
Salam Ina,
Tak mau cedih-cedih, nanti nabila tau ibu cedih, lagi dia sedih..insyallah, nabila kan anak yang baik, dia pasti berusaha dan akan terus berusaha untuk ibu dgn ayah dia, cuma dia perlukan sokongan, lambat atau cepat kan kuasa Allah..moga nabila terus sihat dan makin byk perkembangan yang positif..muahhhhhhhhhhh
Salam Mama Yasmin...
hm.. mungkin dari hari ni ..jawapan terbaik..
Alhamdulillah... ok.
setiap kata kata ..mama ada lah doa..walau hanya perkataan OK di hujung ayat... dengan izin Allah.. insyaAllah..OK semua nya.. kan mama yasmin.. be strong....
Insyaallah..nabila blh.biarlah perkembangannya perlahan2 pun asalkan semakin meningkat daripada xde langsung.ramai ibu2 yang mendoakan nabila.so, ina xmau sedih2 yer.
Post a Comment