Sudah 2 entry aku tangguh untuk di publish kan. Entah kenapa, sepertinya tiada apa yang ingin ku ceritakan tentang puteri kesayanganku. Padahal banyak saja perkara yang berlaku 2-3 hari ini. Tapi jari ini hanya kaku di hadapan komputer.
Untuk permulaan, terima kasih atas nasihat dan sokongan rakan-rakan yang banyak memberikan pandangan tentang luahan hati ini mengenai perihal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam. Banyak pro dan kontra sehinggakan diri ini bingung memikirkan yang mana betul dan mana yang salah. Mungkin jika kalian di tempat ini, pastinya bingung seperti aku bukan. Hati sayangkan kerja..tetapi sayangkan anak melebihi segalanya. Aku juga masih lagi belum membuat sebarang keputusan untuk berhenti atau tidak.
Ada beberapa sebab lagi yang tidak aku utarakan di dalam blog. Demi menjaga nama baik semua.. biarlah ianya berada di dalam hati ini. Gusar, gelisah,sedih bercampur baur.. Namun, aku masih lagi berfikiran waras dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Mungkin juga andai satu hari, aku terpaksa lakukannya demi Nabila, akan ku lakukan. Hanya demi anak ini..
Tinggalkan kisah kerja.. aku mahu bercerita tentang Nabila.
Alhamdulillah..sekali lagi rezeki Nabila murah kerana ada insan yang sanggup membantu aku mencari tukang urut. Jiran di sini sememangnya baik-baik belaka. Mungkin kasih atau mungkin simpati pada Nabila, aku tak pasti. Namun..sedikit sebanyak membantu aku dalam usaha mencari perubatan lain untuk Nabila.
Dan semalam, Aku bertemu dengan kak Yusnita. Mempunyai ilmu dalam bidang perubatan alternatif. Dan Alhamdulillah..hari pertama dan kedua tadi berjalan lancar..dan hanya menunggu hari ketiga untuk melengkapkan sesi rawatan.
Aku dibekalkan minyak zaitun yang telah dibacakan doa,air untuk mandi dan minum serta madu untuk Nabila.Dan kemudian aku ada membeli CD dari kak Yusnita..CD ayat2-ayat Al-Quran yang perlu dipasang.Bukan tak mahu mencari sendiri tetapi aku rasa lebih mudah jika kak Yusnita yang mencarikannya. Mudah dan hanya dia saja yang tahu kesesuaian untuk rawatannya.
Dan moga ada perubahan pada Nabila nanti. InsyaAllah..moga apa yang diusahakan untuk anak ini akan berhasil..Amin.
Dan tadi sewaktu Nabila sedang leka bermain, aku datang dekat kepadanya. Sepertinya tahu kehadiran ibu, Nabila tersenyum. Namun matanya masih kearah lain. Aku cuba dudukkannya dan meletakkan mainan di tapak tangannya. Dan masih lagi belum menguasai skill memegang..aku hanya diam dan memandang tapak tangannya. Hanya sekejap masa yang diambil untuk memegang..dan tak lama kemudian, dia melepaskan semula mainan itu. Sedikit hampa namun bila terfikir yang aku tidak seharusnya berperasaan begitu, terus aku mencapai mainan itu semula dan meletakkannya semula di tapak tangan.Dan aku lakukannya berkali-kali sehingga hatiku puas.
Dan rasanya seperti Nabila mahu mengajakku bermain, aku main aktiviti kegemarannya. GELETEK..!! Memang pantang badannya di geletek. Mengekek Nabila ketawa. Sungguh hatiku gembira. Seperti Nabila bukannya anak cerebral palsy. Nampak seperti anak normal yang sedang bermain dengan ibunya. Dan sepertinya Nabila nampak apa yang ku lakukan kepadanya. Semakin galak tawa riangnya..semakin hatiku berbunga riang. Bukan kali pertama Nabila ketawa sedemikian rupa, sudah banyak kali, tetapi kali ini membawa kesan yang mendalam di lubuk hati ini. Dan mulutnya tak henti-henti berkata "aaaaauuuuuuu..uuuuuhhhhh" . Aku tahu Nabila mahu berkata kepadaku.."Ibu... geli..."
Entahlah..naluri ibu kuat menyatakan anak ini sedang berkata-kata..Dan mungkin dalam bahasanya sendiri. Tak mengapa..akan terus cuba dan cuba lagi untuk Nabila..
7 comments:
Semoga ina tidak akan pernah rasa putus asa. Kuatkan semangat. Anak kita tahu sama ada ibunya bersemangat membesarkannya ataupun putus harap terhadapnya.. InsyaAllah, usaha ina akan dipermudahkan, diperkenankan olehNya..
semoga ketenangan dan kekuatan sentiasa menjadi milik ina dan nabila... kak min doakan dari jauh. ibu adalah pakar terapi terbaik anak2... kerana kita tahu apa yg mereka inginkan... betul tak ina? ;)
ina,
bagi akak, ina sgt kuat semangat...bersemangat waja utk melihat terus sihat. kita punya firasat yg sama ttg anak kita. selagi terdaya, ina buatlah yg terbaik utk nabila...mcm akak ni, kdg2 mcm tak terdaya nak buat sehabis baik utk sofie. anak2 lain juga perlukan akak, ke akak ni yg tak kuat. tak tahulah...
ina kuat!pasti boleh!
ps:baju nabilah sebijik mcm aisyah punya..hehe
Sdh sgt tak dapat jumpa ina hari tu...tapi akak betul2 sebok...maaf yer...InsyaAllah bulan 12 ni akak akan ke bangi lagi...hajat di hati nak ke PUSRATU...kita g sama-sama nak...
Dan mulutnya tak henti-henti berkata "aaaaauuuuuuu..uuuuuhhhhh" . Aku tahu Nabila mahu berkata kepadaku.."Ibu... geli..."
~....dan si ibu ini juga tahu...si permata hati ini ingin berkata "Ibu...Nabilah sayangkan ibu..."
meski si ibu telah pun tahu...kerana hati telah terlebih dahulu berbicara..kasih telah terlebih dahulu tertumpah...kasih sayang yang tidak bertepi...sayang yang berpanjangan sehingga ke syurga...
Wallahu'alam...
Go nabila go!!! ajak ibu main lawan-lawan pulak ekekekee..jgn putus asa ina, ramai yang mendoakan nabila dan keluarga ina
Post a Comment