Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bersama Nabila di rumah. Dan selepas ini rutin harian akan berjalan seperti biasa. Sibuk dan kelam kabut..!!
Jumaat lepas, Nabila ada appointment lagi dengan fisioterapi. Dan seperti biasa juga..Nabila pasti akan menangis ketika diletakkan di standing frame. Sayu pula aku melihat air matanya yang mengalir meraih simpati. Selalunya aku seperti keras hati dan hanya memujuknya. Namun kali ini sepertinya aku tewas!
Kadangkala aku kasihan melihat anak ini. Sedari kecil sudah berjuang. Berlainan dengan kehidupan ku sewaktu kecil. Di waktu sebaya Nabila, ceria bermain bersama adik dan kawan-kawan. Sedangkan Nabila, lahir saja sudah dipenuhi dengan cabaran.
Dan kutahu juga, dugaan Nabila sedikit jika dibandingkan dengan rakan-rakan senasib dengannya yang sering keluar masuk hospital. Aku bersyukur..walaupun perkembangan Nabila lambat, hanya pernah sekali dia dimasukkan ke hospital. Itupun hanya kes yang kecil. Bila mengenangkan anak-anak lain yang lebih berat dugaannya, menjadikan aku lebih insaf dan lebih bersyukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah..sepanjang sebulan aku menjaga Nabila, tidak sehari pun dia demam. Mungkin kerna dirinya yang terjaga siang dan malam, makan yang cukup dan tidur yang nyenyak menyebabkan kesihatannya baik sepanjang sebulan ini. Atau mungkin juga Nabila jarang terdedah dengan keadaan di luar kerana hanya berada di rumah..dan kadangkala keluar untuk temujanji di hospital.
Apapun..percutian ini bakal berakhir hanya tinggal 6 hari lagi. Dan rasanya berat untukku melangkah untuk bekerja semula. Namun, rezeki tetap harus dicari. Dan pastinya selepas ini aku tak dapat lagi nak manfaatkan masa bersama Nabila seperti ketika ini.. :(
4 comments:
Askum ina..ina dah buat keptsan ker? Apa pun kptsan ina..akak sokong....
Sure nabila akan rindu saat2 sebulan bersama ibunya.xper ina, ina dah cuba yg terbaik dan ina dah gunakan semua peluang yang ada itu utk kebaikan nabila.nabila pasti tahu semua itu.Insyaallah..
xmau sedih2 ye.nnti nabilah lg sedih.
Go..go chaiyok sahabatku.hihihi..
kak nanie: terpaksa bekerja..ramai yang memberi kata untuk saya terus bekerja. Dan saya tiada pilihan kak..:(
ayue: hurm..mungkin jugak..dah sedap dok umah sebulan..tiba2 nanti kena sekolah..mau menjerit gak dia nih..risaunya..huhu..
Post a Comment