Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

25 October 2010

Kehendak si Ayah....

Tadi aku pulang lewat. Sengaja aku rehatkan badan sebelum pulang ke Rawang. Jam menunjukkan angka 9 malam. Terasa malas untuk bangun, dan tiba-tiba ayah aku berkata..

"Balik ke? Tak payah balik la..dah malam dah ni..kesian kat Nabila.."

" Mana ada baju keje sok.."

" Napa tak tinggalkan sehelai kat umah ni..tak yah susah nak balik malam-malam ke sana.."

" Malas la ayah..Ayong dah siap gosok baju untuk seminggu.."

" Yelah..tinggalkan jela sepasang. Manalah tau nak tido sini ke.."

Huhu.... Tak boleh nak cakap apa bila ayah dah kata gitu. Dan last sekali aku kata..

" Bukan la yah..takpelah..dulu dah setahun lebih ayong dok sini..dah tak larat dah nak dok sini lagi. Sian kat Kanging (adik perempuan aku) . Dia nak tido gak kat bilik tu..."

Bukan mahu melawan. Tapi itulah hakikatnya. Sudah setahun lebih aku duduk bersama mak dan ayah. Rasanya tak sanggup nak susahkan mereka lagi. Adikku pun mahu tidur di bilik kami. Bilik yang pernah kami kongsi bersama suatu ketika dulu. Namun keadaan rumah yang sempit membuatkan aku berfikir untuk terus pindah ke Rawang. Kasihan melihat adik..Biarlah aku berulang alik..Ku tahu ia jauh. Biarlah penat badan ini..asalkan dapat berada di rumah sendiri.

Bukan tak selesa. Aku sangat sukakan rumah mak. Namun..pabila sudah berkahwin, aku terasa lain. Mungkin kerna sudah menjadi isteri..dan seeloknya aku berada di sisi Abg. Bukan di sisi mak dan ayah lagi.

Sebenarnya sudah berkali-kali mak mengajak aku untuk kembali ke rumah mak, dan pulang ke Rawang bila hujung minggu. Namun kasihan pula melihat Abg. Dulu sewaktu kami duduk berasingan, Abg sepertinya tak terurus. Rumah juga tidak dikemas. Sepertinya tiada mood untuk pulang ke rumah. Yelah, orang lain pulang ke rumah ada anak bini yang menyambut di rumah. Ini tidak..hanya keseorangan. Pernah juga Abg bercerita yang dia seperti orang bisu ketika di rumah. Yelah..takkan nak bercakap sorang-sorang. Nanti kata gila pulak...!!

Aku tak pasti ayah terasa dengan apa yang aku katakan tadi, namun aku tiada pilihan. Adakah ayah sedih dan rasa masih tak dapat menerima hakikat bahawa anak daranya sudah berkahwin atau kerana dia tak sanggup melihat cucunya berulang alik setiap hari dari Rawang ke KL?

Aku tahu, sayangnya ayah pada Nabila. Juga sayangnya dia padaku. Dia semahu-mahunya anak-anaknya bahagia, tidak susah seperti keadaannya mula-mula kahwin bersama mak dahulu. Aku masih teringat, Ayah memberikan deposit kereta kancil sewaktu aku mula-mula mendapat pekerjaan. Dia tak mahu aku susah payah ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam. Mahu aku senang ke mana-mana dengan kenderaan yang dibelinya.

Kerna itu aku selesa untuk mengadu masalah dengan ayah berbanding dengan mak. Mak akan membebel terlebih dahulu..sedangkan ayah, dengan nada lembut akan cuba membantu aku menyelesaikan masalah. Namun kehendaknya kali ini sepertinya tidak dapat ku tunaikan. Entahlah..Bukan tak suka, tapi aku mahu berdikari. Aku mahu rasa kesusahan itu sendiri. Aku mahu rasa susahnya membesarkan Nabila. Membawa ke sekolah setiap hari, membawa ke hospital dan menguruskan segala hal-hal rumah ini sendiri. Sudah cukup aku berehat dari menjadi isteri kepada Abg. Kini rasanya sudah tiba masanya aku tidak meninggalkan Abg lagi seorang diri di rumah kami...

3 comments:

produk ococ said...

hmm insyaallah atuk nabila redha agar anaknya jadi isteri solehah

Bicara hati ibu aisya said...

;) itulah kasih sayang seorang ayah. ina, ayu pun lebih rapat ngan abah.nak apa2 senang mintak ngan abah.mak garang sikit.hihihi..
btl tu ina, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya tp kadang2 keadaan memaksa kita utk berjauhan kan?Itulah pengorbanan yang terpaksa dibuat. Apa2 pun ayu doakan semoga segalanya dipermudahkan untuk ina, nabila dan family.

Anonymous said...

pada hati seorang bapa...
tiada yang mudah dibaca...tiada jua yang mudah ditafsir...

meski adakalanya sepertinya punya ruang untuk memahami...tetapi yang ketemu lebih banyak persoalan daripada jawapan...

buat seorang bapa...dalam menerima masa dan keadaan telah berubah...tapi tidak pada perhatian...tidak jua pada kebimbangannya....

meskipun demikian...kerana hati seorang bapa jua milik-Nya...kepada Pemilik segala hati...diri memohon...semoga hati seorang bapa itu bisa memahami...bahawa anak itu mewarisi tiap didikannya...anak itu jua tidak pernah melupai tiap kasih sayangnya...dan oleh kerana semua itu...maka anak itu turut mendambakan syurga buatnya...buat keluarganya...dalam menuju keredhaan-Nya...

Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...