Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 March 2010

Minyak Oh Minyak..

Tadi aku ke HSB lagi. Apointment dengan Klinik ENT. Apa lagi klu bukan Speech Therapy. Masih lagi seperti biasa. Tiada perkara yang menarik untuk dibincangkan bersama Puan Anida.

Cuma minggu ni..Nabila bermain dengan mainan. Dan aku menceritakan tentang kisah yang terjadi pada aku ketika di dietetik tempohari pada Puan Anida. Dan dia hanya menggelengkan kepala. Kesal juga katanya. Yelah..selalunya tak pernah jadi kejadian sebegitu pada orang lain. Tapi entah kenapa terjadi pulak pada aku. Hurm..malas nak pikir hal lepas.

Dan Nabila pula..Nampak baik ketika sepanjang terapi berlangsung. Dan Tak banyak mengamuk. Cuma di akhir sesi..sudah menunjukkan perangai ala-ala bosan gitu. Hurm..Nasib baik tak lama..Ambil time slip..dan kaki terus melangkah keluar dari bilik no. 6.

Cuma mahu bertanya..andai sesiapa tahu tentang minyak yang ditambah dalam makanan anak. Tujuan untuk menambah berat badan. Ada di jual di farmasi tak? Aku bukanlah terdesak untuk membeli minyak itu..cuma kalau ada di djual di farmasi..ingin juga aku cuba. Manalah tau..boleh pulak berat Nabila naik.. :)

Baru balik dari HSB..Dah mandi..dah makan..buat muka pulak..babap kang Nabila ni..!

P/s : Lama betul tak balik Ipoh.. Opah Nabila mesti rindu kat Nabila punya.. Maaf yek mak.. Kami belum ada kesempatan nak balik. Abg asyik keje je..

10 comments:

ieda said...

salam..akak tak pasti ttg minyak tu.tp nak mudah ina boleh guna planta jer..campur dgn nasi.

Yasmin Nabilah.. said...

owh..tu pun salah satu cara gak kak..ina slalu gak guna..hehe..Thanks kak.. :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina, akak tahu minyak apa yg ina maksudkan. MCT oil. Minyak ni mmg berfungsi untuk menambahkan berat badan. ina boleh dapatkan kat farmasi.tapi, tak semua farmasi ada jual. biasa akak beli kat satu farmasi di Sg. Buloh, namanya, kalau tak silap akak Farmasi Alychem. kat farmasi aras 1 HSB pun ada jual. akak pernah beli kat situ. harga, rm26, mcm tu la....satu lagi, ada tak doc suruh ina bagi carborie pada nabila. campurkan dalam susu atau makanan nabila. carborie pun salah satu sumber utk tingkatkan berat badan.dulu, sofie guna dua2 tu sekali...skrg dah tak guna, sebab sofie reject susu yg campur dgn MCT oil dan carborie.

Mayyonnizz said...

haah ina..

kakak mayo pun ckp gaul dgn planta/butter jer..
nasik pun bau harum..ala2 nasik minyak gitu..

Jiey^Mien said...

Salam Ina,

Ian ada minyak tu.. Paed dia bg dah lama dah.. Stock utk brapa bulan ntah.. Byk gile botol yg tak bukak2 lagi.. Expiry date pun lambat lagi, 2011. Tak habis2 lg coz Jiey bukannya rajin sangat nk taruk.. Kalo abis pun, Jiey leh amik free je kat spital.. :P

Takyah beli la Ina, nnt Jiey bagi jer yang Ian punya.. Nama minyak tu MCT Oil.. Jiey bg free je haa.. Weekend ni nnt ker.. Okeh?

Jiey penah buat entry pasal minyak tu.. 2nd May 2009 kot entry tu..

Ni serba sedikit info:

Valens Enersos MCT Oil perlu diambil 2ml untuk 6 kali sehari. Ia memberikan kalori tambahan untuk membantu tumbesaran dan meningkatkan berat badan. Medium-chain triglycerides (MCT) mengandungi lemak yang hampir sama yang terdapat di dalam susu ibu. When it is metabolised in the body, it behaves rather more like a carbohydrate than a fat.
.
MCT's are more easily and rapidly digested than other types of fats. Sumber lemak yang sihat, adalah kritikal bagi pertumbuhan otak dan sumber tenaga yang penting.

AKUOKU said...

minyak sapi pun bagus itu dr di serdang yg suggest, tapi kalau utk tenaga bagi polycose namanya... utk usus bagi setiap hari satu sudu minyak zaitun atau minyak kelapa dara.. itu aje yg akak bagi a&a. tapi polycose tu dah tak bagi.. sbb ganti jus kismis..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina,
sofie biasa gunakan Valens Enersos MCT Oil, sama yg macam Jiey^Mien katakan. kalau admit wad, mmg sofie selalu dapat free. tapi, kalau kita dah discharge, biasanya hospital tak boleh bagi free. tak tahu la pulak kalau akak tak layak dpt free.

Sueriani Ali said...

MCT Oil tu ada bau dan rasa tak? aina payah sikit klu ada rasa lain je terus dia taknak..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: takde pulak doc suh amik carborie. Ina gi Ditetik aituh pun konon2 nak tanya pendapat dorang la.Entah la kak..Nak try la yang MCT oil tuh..

ayu : hurm..tu ah..Tapi rasanya tak semua la letak planta /butter kan..sebab klu sup..nak tambah gak ke? rasa lain macam jerk..huhu..

Jiey : yeke..alhamdulillah..hehe..rezeki..rezeki.. :) thanks jiey.. :)

A&A : betul gak cakap akak yek..minyak sapi :) Polycose ? 1st time dgr.. ada jual kat farmasi ke kak.. Hurm..klu ada leh la cuba gak.. :) Thanks kak..share info ni.. :)

Kak Fiza; takkan la sg. buloh kedekut sgt. Takdelah, benda tu kan penting untuk anak kan.. hurm.. tak patut tul..huhu..

Kak Sue : hurm..tak sure lah ka..mungkin ada sesapa leh tolong jawabkan soalan Kak Sue..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

nak jawab soalan kak sue...
MCT Oil tu tak de rasa apa2, bau pun tak de...cuma bila kita campur dalam susu anak, susu tu agak berminyak sikit. eloknya campurkan dalam bubur ke....