Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

09 March 2010

Si banyak akal!

Hurm..Sangat-sangat banyak akalnya.. Ada saja yang dibuat untuk menarik perhatian si Ibu!

Sapa lagi kalau bukan Nabila. 2 - 3 hari ni ada saja 'peel' yang dia buat. Sebenarnya nak keluar. Tak nak dok kat umah..Memerap. Huhu.. Dan plak tu..asyik menangis. Aku kena mengadap muka tuan puteri ni setiap masa. Entah kenapa aku pun tak faham.

Mulalah terfikir..Mungkin si Atuknya memanjakannya ketika menjaga Nabila keseorangan. Asyik mahu berbuai dan merengek. Huh! Sudahnya satu keje rumah pun tak boleh nak buat. Masak pun! Langsung tak boleh nak ke dapur. Macamana nih?!

Sabtu itu..mood agak baik di rumah orang. Hurm..nasib baik. Kalu tak..mau balik cepat lah kami.

Tetapi Ahad saja..seperti mahu memberontak. Saja diteran suaranya. Merengek dan menangis. Asyik mahu duduk di dalam buai dan tidur. Risau gak aku.! Namun..takde pulak terfikir untuk menelefon mak di rumah.

Dan petang Isnin..mak menelefon aku. Tak sempat berjumpa ketika mengambil Nabila pulang. Kata mak..Nabila masih lagi merengek pagi itu. Dan sudahnya dilihatnya mulut Nabila. RUPANYA NAK TUMBUH GIGI GERAHAM LAGI! Huh..sangat-sangat mencabar keimanan mak pagi isnin tu. Jari mak digigit Nabila kerna mak sibuk nak lihat gigi yang bakal tumbuh..Adui.!

Malamnya..senyum-senyum pada aku. Minta diajak main. Huh..ada aja perangainya. Nampak je tak pandai apa..tapi pandai meluah ekspresi muka tu. Sambil memanggil aku..Bunyinya.. "UUUUUUUU"..tu je yang Nabila tahu..

Memikirkan perkara itu..aku dapat rasakan Nabila punya respon yang baik..baik dari segi "TIDAK SUKA" atau "GEMBIRA" ..nampak sudah pandai memainkan watak-watak itu. Mungkin ada saja yang tak tahu keadaan Nabila dulu. Ya..agak teruk. Sehingga sukar mengerti perasan dia ketika itu. Entah menangis atau suka..Nabila tetap punya perasaan satu.."MENANGIS". Itu saja yang dia tahu. Sedih bukan..?

Sekarang gelak ketawa..mengekek..buat aku rasa lega. Sekurang-kurangnya Nabila tahu perasaan gembira. Itu sudah cukup buat aku rasa bahagia sekali tatkala melihat senyuman dibibirnya.. SUNGGUH! AKU SANGAT BAHAGIA..


p/s : Masih merancang-rancang untuk celebrate besday Nabila bulan depan. Mahu jemput semua sebab tahun lepas tak dapat nak jemput rakan-rakan bloggers. Hurm..kena tunggu kalau-kalau ada rezeki lebih..sebab nak simpan duit untuk bercuti bersama MySuperkidsClub nanti..Yeay!

7 comments:

LYaFRINA said...

waaa... mnis skali senyuman nabila...

zikachiCOOL said...

ouh2... gambar itu sangat comel. sang puteri tersenyum (=^.^=)

salina said...

Alhamdulillah.. Perkembangan terbaik buat nabilah.. Semoga segalanya dipermudahkan.. u go gurl.. salam cuyunk utk nabilah..

suriaamanda said...

Salam Akak..sejuk hati lisa tgok nabilah senyum macam tu..cantik sangat2.akak bertuah terpilih untuk menjadi ibu nabilah..saya doakan nabilah cepat sembuh dan boleh menjadi anak yang baik..

ratna said...

manisnya senyuman dia.. geram tgk..

Yasmin Nabilah.. said...

LyaFrina: yeah..senyuman manis skali untuk tatapan semua..

zikachicool: hehe..tu ah..tak jemu mata memandang.. :)

Salina: Segalanya dip[ermudahkan..Amin.. :) Salam cuyunk gak wat aunty Salina..

Lisa : mmg sejuk sgt..Nabila mmg suka tersenyum tersengih cam gitu. kalu marah..bila tgk dia senyum..terus je sejuk ati nih.. :)

ratna : hehe..ina pun geram tgk dia.. :)

azrine said...

cumilnye senyuman Nabila itu.. :)