Entah kenapa hati saya agak berat untuk ke hospital pagi tadi. Walaupun ada awalnya saya begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terkini tentang mata Nabila.
Saya cuba menguatkan semangat. Berfikir positif. Namun, pabila optometrist menyatakan ini..
"Perkembangan matanya masih lagi di peringkat umur 3-4 bulan. Seperti yang puan katakan, kemungkinan anak puan hanya nampak pada cahaya. Dan bukan pada objek. Seperti bayi. Hanya nampak objek di hadapannya saja. Dan perkembangan ini akan seiring dengan perkembangan lain seperti meniarap, merangkak dan sebagainya ".
"Puan teruskan stimulasi seperti bermain torchlight pada matanya. Gerakkan seperti ini, dan juga puan belilah tikar yang macam petak-petak tu untuk memudahkan anak puan berpusing"
Serius saya katakan, saya termangu-mangu pabila dia menyatakan perkara itu kepada saya. Dan serasa saya, hati sepertinya hancur berkecai.. Dan kaki saya lemah untuk berdiri.
Sedari dulu, saya cuba meyakinkan diri bahawa Nabila sebenarnya boleh nampak apa di sekelilingnya. Walaupun saya tahu, matanya tidak fokus dengan apa yang dipandang, namun gerak hati ini yakin, Nabila nampak! Cuma saya tidak menyangka, begitu jauh jaraknya Nabila ketinggalan.
Saya benci microcephaly! Saya sedih melihatkan kepala Nabila yang kecil. Tumbesaran tidak seperti anak berusia 3 tahun. Dari itu, manalah boleh otak Nabila akan berkembang mengikut umurnya. Dan kerana itu Nabila tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Ya, Allah..saya hanyut dibuai perasaan! Saya geram. Saya sedih. Saya pilu. Saya mahu semuanya berubah! Dan saya mahu Nabila yang lebih baik!
Astagfirullahalazim...Entahlah. Saya kesal! Kerana tidak bersungguh sedari dulu. Saya lalai. Saya yang jadikan Nabila microcephaly. Saya yang bersalah! Nabila..Maafkan ibu!!!!!
Dan tadi, saya berjumpa dengan sepasang suami isteri ini. Dari jauh mereka hanya merenung Nabila. Dan mahu bertegur sapa dengan kami. Dan saya seperti biasa. Tidak memandang. Kerana fikiran saya sedang berkecamuk!
Akhirnya si suami datang. Dan menyapa saya dan Abg. Rupanya mereka berdua senasib dengan saya...
"Dik, anak ni microcephaly ek.."
Kami mengangguk dan tersenyum. Dan kata mereka, mereka juga mempunyai anak yang sama seperti Nabila. MICROCEPHALY. Dan apa yang saya kesalkan adalah anak itu telah pergi meninggalkan ibu dan ayah ketika berusia 6 tahun. Dan anak itu begitu mudah sekali menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hanya ketika tidur!
Mereka melihat saja Nabila. Dan saya nampak wajah kerinduan mereka pada anak yang satu itu. Mereka kata Nabila persis anaknya. Dari segi perilaku dan juga wajah mereka.
Abg sempat melihat gambar arwah. Dan mengiakan bahawa wajah Nabila dan arwah hampir serupa. Dan saya bersama si ibu berbual dan saling bertukar pendapat. Saya melihat dengan mata saya sendiri kekuatan si ibu. Yang begitu berusaha melindungi si anak.
Katanya, dia pernah bergaduh gara-gara orang mengata anaknya. Dan saya fahami hatinya. Kerna saya juga pernah melaluinya. Sebak. Memang sebak. Saya hampir menitiskan air mata. namun saya tahan. Saya tahu si ibu itu seorang yang kuat semangatnya! Malu saja jika saya menangis di hadapannya.
Apapun, hari ini saya rasakan kelam. Saya cuba menghiburkan hati dengan bermain dengan Nabila, namun tadi tak semena-mena saya menangis. Saya tak mampu menahan air mata ini. Saya peluk Nabila. Cuba memujuk hati yang lara.
Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
28 February 2011
25 February 2011
Kalau saya dapat 1 juta....
Saya terdengar dalam radio tentang program terbaru TV3. Sejuta Impian! Katanya program itu menawarkan wang bagi mereka yang mempunyai impian yang boleh membangun dan membantu masyarakat sekeliling.
Ya! Saya punya impian yang sudah sekian lama saya ingin kecapi. Dan rasanya ianya pasti akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya mereka yang memerlukan.
Saya ingin membina sebuah pusat terapi dan daycare bagi anak-anak istimewa. Di Malaysia, begitu sukar untuk dapat pusat-pusat sebegitu. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang beragama islam.
Bukanlah persoalan agama yang saya ingin utarakan, namun jumlah pusat-pusat ini boleh dibilang dengan jari. Jika ada pun seperti PDK. Namun ianya bukanlah seperti daycare yang saya inginkan. Ramai saja ibu bapa yang punya anak istimewa tidak dapat memasukkan anak mereka ke PDK. Atas alasan, anak tak cukup umur! Atau anak tidak pandai berdikari. :(
Dan sebenarnya ia juga sangat penting lebih-lebih lagi untuk ibu bapa mereka yang bekerja. Sepanjang hari berada di pusat jagaan dan ditambah bersama terapi-terapi yang sepatutnya mereka jalani, sebenarnya ia sudah cukup untuk anak-anak ini mengisi masa mereka.
Namun, saya tahu sebenarnya banyak tempat-tempat yang masih boleh menerima anak-anak istimewa ini. Cumanya maklumat begitu sukar didapati, dan kadangkala yuran yang agak mahal bakal membebankan keluarga. Saya turut merasa tempiasnya bila Nabila bersekolah. Yuran yang agak membebankan, namun, saya terpaksa memejam mata demi kebaikan Nabila.
Saya tahu, ramai ibu bapa di luar sana yang senasib dengan saya, mahu yang terbaik untuk anak mereka. Bersekolah dan mendapat pendidikan khas. Bukan untuk mendapat gred A dalam setiap bidang, tetapi mahu anak-anak ini mampu untuk berdikari sendiri pabila kita menutup mata kelak. Saya juga mahu Nabila pandai mengurus diri, tak kisahlah dia bekerja di mana-mana untuk mencari rezeki halal.
Itupun kalaulah saya dapat 1 juta..... :)
Andai ibu dapat memberi mata ini untukmu....
Kebelakangan ini saya sering berfikir. Tentang penglihatan Nabila. Bagi saya, ianya sangat penting untuk si kecil ini untuk terus maju. Pelbagai tanggapan negatif muncul dibenak saya. Saya cuba tepis, namun kadangkala gagal!
Andai mata cantik itu boleh melihat keindahan alam, alangkah indahnya.
Andai mata cantik itu boleh melihat wajah kami berdua, alangkah bahagianya.
Andai mata cantik itu dapat digunakan sebaik-baiknya untuk perkembangannya, alangkah baiknya.
Saya sayu pabila terserempak dengan orang buta melintas jalan. Atau orang buta sedang berjalan perlahan di kaki lima. Dan jangan tak tahu, setiap kali cerita Hani (TV3 setiap selasa 9.00 malam) saya akan menangis melihatkan pelakon yang bernama Ummu Hani sedang melakonkan watak sebagai orang buta. Saya sedih. Dan ketika itulah saya ternampak Nabila.
Saya sering berfikir, andai Allah meminjamkan penglihatan yang baik untuk Nabila, sudah pasti dirinya berkeadaan lebih baik lagi. Malah mungkin juga perkembangannya kini boleh dibanggakan.
Andai diberi pilihan, mahu saja saya berikan mata ini kepadanya. Saya sudah puas melihat dunia ini. Saya mahu Nabila menikmatinya pula. Namun apakan daya saya...
Saya berdoa dan terus berdoa untuk deria yang satu ini. Mohon agar anak ini diberi peluang untuk melihat. Dan mahu anak ini terus berjuang. Untuk dirinya......
p/s: saya takut untuk ke HSB Isnin ini. Setelah sekian lama menunggu..Nabila akan diperiksa sekali lagi oleh optometrist. Harapnya segalanya baik dan lancar..Tiada berita yang membimbangkan saya dan Abg..Amin..
Andai mata cantik itu boleh melihat keindahan alam, alangkah indahnya.
Andai mata cantik itu boleh melihat wajah kami berdua, alangkah bahagianya.
Andai mata cantik itu dapat digunakan sebaik-baiknya untuk perkembangannya, alangkah baiknya.
Saya sayu pabila terserempak dengan orang buta melintas jalan. Atau orang buta sedang berjalan perlahan di kaki lima. Dan jangan tak tahu, setiap kali cerita Hani (TV3 setiap selasa 9.00 malam) saya akan menangis melihatkan pelakon yang bernama Ummu Hani sedang melakonkan watak sebagai orang buta. Saya sedih. Dan ketika itulah saya ternampak Nabila.
Saya sering berfikir, andai Allah meminjamkan penglihatan yang baik untuk Nabila, sudah pasti dirinya berkeadaan lebih baik lagi. Malah mungkin juga perkembangannya kini boleh dibanggakan.
Andai diberi pilihan, mahu saja saya berikan mata ini kepadanya. Saya sudah puas melihat dunia ini. Saya mahu Nabila menikmatinya pula. Namun apakan daya saya...
Saya berdoa dan terus berdoa untuk deria yang satu ini. Mohon agar anak ini diberi peluang untuk melihat. Dan mahu anak ini terus berjuang. Untuk dirinya......
~Mata yang sangat cantik~
24 February 2011
Nabila berubah?
Seminggu sudah saya memerhatikan Nabila. Serius. Saya nampak Nabila berbeza. Sangat berbeza jika dibandingkan minggu lepas.
Siri tangisan Nabila juga telah berakhir sejak Ahad lepas. Saya sudah jarang mendengar tangisan Nabila. Eh..bukan jarang, tapi langsung tak dengar. Adakah Nabila sudah bosan untuk menangis?
Yang ada hanya senyuman terukir diwajahnya. Bangun tidur senyum, pandang ibu senyum, minum susu senyum, makan nasi senyum. Segala-galanya senyum!!
Bukanlah tidak bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada Nabila. Saya sangat-sangat gembira dengan kelakuannya ini. Alhamdulillah. Namun, hati ini tertanya-tanya. Adakah Nabila sedang menuju ke arah kematangan? Saya tahu ramai yang pernah berkata kepada saya, " Mungkin sampai satu tahap nanti, Nabila tidak akan menangis seperti sekarang ini..."
Jika benar, Alhamdulillah. Nampak benar anak dara saya sudah dewasa. Jika dulu tangisannya mengundang gundah gulana kepada saya dan Abg, kini saya rasakan Nabila begitu senang untuk menjaganya.
Saya berkata pada mak.. " Mak perasan tak adik macam dulu balik..masa dia baby dulu. Jarang menangis, tak banyak ragam.."
Mak bersetuju dengan saya. Mungkin adik sedang mengalami fasa perubahan dalam dirinya. Mungkin adik menangis kerana mahu besar. Ya, mungkin juga..!!
Selang sebulan setengah lagi hari lahirnya akan tiba. Dan saya dapat rasakan anak ini mahu meneroka lebih dari apa yang dia dapat sebelum ini. InsyaAllah..Ibu akan cuba usahakan. Ibu akan pimpin tangan adik dan kita berjalan bersama-sama. Susah senang kita lalui ye sayang.. InsyaAllah...

~Moga keceriaan kekal diwajah anak ini..Amin..~
23 February 2011
Kemahuan mengatasi segalanya..
Saya sebenarnya agak kepenatan sepanjang hari. Namun, saya cuba mencoret sesuatu di dalam ini kerana mahu meluahkan rasa hati dan kepenatan saya di dalam entry ini.
Bukan mahu merungut, namun kadangkala saya seperti robot. Dan berkejaran ke sana kemari. Andai letih, saya set kembali minda saya untuk meneruskan setiap apa yang saya mahukan pada Nabila.
Agak melampaukah saya ? Mahu segala permintaan hati ini tertunai? Bukankah itu satu kebaikan? Adakah ianya akan mengganggu emosi dan kesihatan saya pula?
Sebetulnya saya ke HSB tadi. Nabila ada appointment bersama ENT dan Audiologi. Saya malas untuk menceritakan tentang keadaan saya di situ, kerana segalanya berjalan dengan baik. Arghh..mungkin entry-entry seterusnya saya ceritakan tentang kata-kata doktor mengenai keadaan Nabila. Namun usah risau.Segalanya baik-baik saja!
Saya sebenarnya memerhatikan seorang anak kecil yang sedang terkedek-kedek berjalan di sepanjang ruang di dalam klinik. Comel. Dan serasa saya, anak itu baru saja 'mendapat kaki'.
Lantas, melihatkan keadaan tersebut, saya berdirikan Nabila. Mujur juga saya memakaikan 'special shoes' Nabila hari ini. Entah kenapa, saya mahu Nabila memakainya pagi tadi.
Saya sandarkan Nabila di dinding. Pada awalnya Abg marah kerana mengangkat Nabila. Katanya biarlah anak di dalam stroller. Budak tengah diam. Buat apa diusik-usik!
Nabila yang sedang bermain, saya angkat. Saya memangkunya, dan kemudian saya berdirikannya. Nabila tersenyum. Dan saat itu, saya membayangkan Nabila bertatih, berjalan di ruang klinik. Alangkah bahagianya nikmat itu.
Nabila masih lagi berdiri, dan saya masih lagi mengelamun. Entah kenapa hati saya sayu. Saya sedih. Saya mahu Nabila berjalan tapi...
Saya cuba pujuk hati. Ya, saya harus berusaha ke arah itu. Dan saya mahu Nabila dapat menunaikan kemahuan saya.
Melampaukah saya?
Entahlah, kadang-kadang terasa badan ini sangat penat. Penat memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk Nabila setiap hari supaya Nabila tidak tertinggal sedikitpun untuk dirinya. Namun saya harus akui kekurangan Nabila. Bukan saya sedih dengan kekurangannya, saya kesal kerana saya tidak dapat menutup kekurangan Nabila itu.
Duhai hati..mengapa hati ini berdetik begitu. Sedangkan saya tahu tahap Nabila. Saya tak patut memaksa dirinya dan juga diri saya. Saya harus menerima seadanya.
Saya tak mahu berbohong mengatakan saya tidak sedih bila melihat anak sebaya Nabila yang sihat berjalan ke sana kemari di hadapan saya. Saya cuba menyembunyikan rasa gelodak hati, namun kadangkala saya tak berjaya. Dan pastinya air mata ini tumpah bila mengingatkan nasib si anak. Dan kemudian itu, saya terus mencapai Nabila, dan terus melakukan apa saja aktiviti untuknya. Seperti saya cuba untuk menutup kembali rasa kecewa saya dengan membantu Nabila untuk terus maju ke hadapan.
Maafkan ibu sayang. Kadangkala ibu tewas dengan perasaan ibu sendiri. Kadangkala ibu berasa seperti ibu menyakitimu dengan semua aktiviti ini. Maafkan ibu sayang.....

22 February 2011
Kasut & Splint...
Hari ini saya bekerja separuh hari. Nabila ada appointment dengan OT, Puan Diana. Dan semalam lagi saya sudah merencanakan sesuatu untuk Nabila.
Cadangnya mahu menghantar Nabila ke sekolah, namun dek jalan sesak dan tak sempat Nabila untuk ke sekolah, saya berpatah balik. Saya menghantar Nabila ke rumah mak. Dan sebenarnya ia lebih memudahkan saya untuk mengambil Nabila jam 2 nanti.
Di pejabat saya terus berfikir-fikir dengan rancangan saya.
Apa dia?
Saya mahu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mahu menyinggah kedai ini....
Untuk membuat ini..
2 tahun lepas, saya ada menempah kasut ini. Bukan tak muat..tapi rasa tak sesuai untuk Nabila bertali. Dan sekolahnya mahu saya memakai kasut ini untuk Nabila.
Dan alamat kedai di atas adalah kedai terbaik yang telah di syorkan oleh physiotherapist Nabila terdahulu, iaitu Puan Suhana. Dan saya sangat berpuas hati dengan hasil buatan kedai ini. Sangat kemas. Dan kali ini saya ingin menempah lagi. Menggunakan strap. Lebih mudah. Silap saya juga dulu. Ianya bertali. Patutnya, saya pilih strap saja.
Kasut lama?
Saya bertanya andai kasut lama boleh di ubah suai atau tidak. Dan kata aunty kedai tu, boleh. Besok mahu menjengah ke sana lagi. Lupa pula nak pesan supaya menambah arc pada tapak kasut.
Dan tadi,Nabila mendapat splint baru. Mujur juga Puan Diana mahu membuatlkan splint untuk Nabila. Seperti yang saya cerita pada entry lepas-lepas, Nabila menangis sewaktu dipakaikan splint. Dan hari ini, Alhamdulillah. Sedikit pun tak merengek.
Hurm..kali ini nak betul-betul guna. Sebab saya nampak kaki Nabila sudah mengeras semula. huhu..

~Splint baru.Tapi nampak mcm tak kemas mcm Puan Sallay buat dulu..huhu..~
~hish apa ibu nih..asik amik gambar jerk..~
21 February 2011
Nabila saya sudah kembali..!! Alhamdulillah... :)
Ya, balik saja dari pejabat, saya nampak Nabila sedang duduk di dalam Bumbo. Dan bila saya memanggil namanya di muka pintu, dia memandang tepat ke arah saya.Wah!! Anak ibu dah ok dah.. :) Pagi tadi cukup buat ibu risau!
Bermain dengannya membuatkan hati saya lega. Saya nampak Nabila senyum, dan apabila digeletek, dia ketawa. Ya Allah.. Nabila dah kembali.. :) Saya sangat rindukan tawanya!
Dan dirinya sangat baik. Tiada lagi tangisan. Dan senyuman menghiasi bibirnya. Tak sabar untuk pulang ke rumah. Kerana saya telah membelikan sesuatu untuknya semalam. Dan semalam tak sempat untuk bermain. Nabila tidur awal .
Sampai saja, saya terus membuka flash card yang baru saya beli semalam. Dan saya nampak Nabila memandang ke arah flash card tu sambil tersenyum. Aduhai anak! Adakah kamu sudah memahaminya.. ?
Alhamdulillah..Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan Nabila :)
Bermain dengannya membuatkan hati saya lega. Saya nampak Nabila senyum, dan apabila digeletek, dia ketawa. Ya Allah.. Nabila dah kembali.. :) Saya sangat rindukan tawanya!
Dan dirinya sangat baik. Tiada lagi tangisan. Dan senyuman menghiasi bibirnya. Tak sabar untuk pulang ke rumah. Kerana saya telah membelikan sesuatu untuknya semalam. Dan semalam tak sempat untuk bermain. Nabila tidur awal .
Sampai saja, saya terus membuka flash card yang baru saya beli semalam. Dan saya nampak Nabila memandang ke arah flash card tu sambil tersenyum. Aduhai anak! Adakah kamu sudah memahaminya.. ?
~Antara flash card yang saya beli dan buat sendiri..hurm..tak banyak koleksinya..~
Dan sempat saya melakukan pelbagai aktiviti dengan Nabila. Serius..mood Nabila sangat baik sekali. Saya banyak melakukan rangsangan motor halusnya..
~Nabila kena banyak praktis main ni..Chain linkers~
Saya dapat tahu dari blog rakan-rakan, membeli barang-barang ini di Summit USJ. Semalam, selepas kami ke KLCC, kami terus ke Subang Jaya. Pada awalnya kami makan terlebih dahulu di MacD. Nabila mengamuk sakan di sana. Lantas, kami makan selaju yang boleh (sampai saya bisik kat Abg, kata kami makan dah macam ular..main telan tak kunyah..hehe..)
Jumpa saja kedai, saya melangkah masuk, Nabila terus diam. Dan saya mencari permainan yang sesuai untuk Nabila. Hurm..kedai yang agak bagus..dan saya seperti rambang mata. Cuma saya harus pilih mengikut kesesuian Nabila. Cuma 2 permainan terpaksa menunggu stok lain. Sudah habis!
~Chain linkers dengan puzzle je saya beli. Tambah dengan flash card. Puzzle tu sebenarnya nak beli yang lain. Nak beli yang jenis shape punya..tapi dah habis. Hurm..jadi beli jelah yang ni..hehe.Yang kayu kayan tu bukan ek..tu beli dah lama dah..~
Abg tanya, saya ada janji dengan Nabila nak beli barang mainan dia ke? Sampai tak kasi chance ayah dan ibu nak makan dulu. Menangis dalam Mall .Tapi bila sampai kedai, terus-terus diam kat kedai tuh!
Saya kata tak..tapi tak taulah kalau Nabila tahu niat hati saya..
Hehe.....
Nampak tadi, Nabila bermain atas bola, seronok bukan main lagi. Siap angkat-angkat kepala lagi. Selalu kalau nak main..mesti saja mulutnya bising. Ni entah apa hanginnya..baik sangat..!! Saya pun tak nak lepaskan peluang ni. Lama benar Nabila berehat. Kali ni nak pulun Nabila habis-habisan.. :)
~saya yang dah baik..~
Risau!!
Tengah dalam mood risau kat Nabila.... :(
Pagi tadi, saya menyiapkan Nabila mandi untuk ke sekolah. Pagi yang sangat tenang. Tidak kelam kabut dan segalanya berjalan dengan baik. Selesai menggosok dan memasak air panas untuk mandian Nabila, saya terus mengejutkan anak dara itu.
Nabila yang agak malas untuk bangun, perlahan-lahan dia membuka mata. Dan saya memberikannya susu untuk diminum sebelum mandi. Nabila tak menangis langsung dan saya jangkakan mood nya baik-baik saja hari ini. Alhamdulillah.
Namun, selesai mandi dan memakai baju, saya meletakkannya di atas katil dan giliran saya untuk bersiap pula. Sambil bersiap, saya menjeling ke arah Nabila yang sedang senyap berbaring di atas katil. Dan tiba-tiba mata Nabila kelihatan terjengil (buntang bulat matanya) dan kedua-tangannya di depangkan. Nampak lain benar wajah Nabila ketika itu.
Saya cuba mengejutkannya. Dan matanya kembali ke asal. Dan kemudian Nabila seperti sukar untuk menelan air liurnya. Nabila kena sawankah? Hati saya berdetik bila melihatkan keadaannya begitu.
Dan di dalam perjalanan ke sekolah, Nabila senyap berada di dalam car seatnya. Cuma kadangkala saya terdengar Nabila seakan tersedak air liur dan sukar untuk menelan air liurnya kembali. Dan kepalanya dan badannya nampak tersentak-sentak. Hati saya mulai risau.
"Nabila dah buat hal balik nih..."
Lantas saya mencapai telefon. Dan cuba merekod apa yang saya lihat. Ianya untuk rujukan doktor. Saya tidak pasti sama ada ianya sawan atau tidak. Kejadian itu tidaklah lama, hanya 2-3 saat, namun ianya berulang kali.
Saya tak dapat nak attach video dalam blog ini kerana di pejabat saya, blog telah di block oleh pihak Teknologi Maklumat. Saya hanya menulis catatan ini melalui email sahaja dan di publish kan terus ke dalam blog.
Saya sempat memberitahu pihak sekolah tentang perkara itu. Mahu mereka memantau keadaan Nabila, dan andai nampak lebih ketara, mahu mereka menghubungi saya. Saya tidak dapat membawa Nabila ke hospital terus kerana masih berada dalam kursus lagi.
Dalam hati terus berdoa, agar ianya bukanlah sawan. Dan mahu anak itu baik-baik sahaja di sekolah..
20 February 2011
Perlu bayar sebelum mendapatkan 'sesuatu'...?
Ini bukanlah bayar apa pun. Memanglah kalau kita inginkan sesuatu, perlu dibayar. Mana ada benda percuma di dunia sekarang ini..
Semalam, sampai saja di rumah, Nabila mula menunjukkan aksinya. Pada awalnya, saya cuba memujuknya untuk tidur. Saya fikir dia letih kerana sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana menangis.
Namun sangkaan saya meleset. Rupanya Nabila menangis kerana mahu saya baringkan dia di atas ruang bermain. Dan Nabila mula menunjukkan sesuatu kepada saya.
Memang tak sangka. Nabila sebenarnya sudah lama cuba untuk mengangkat punggung dan cuba mengesot. Tapi entah kenapa kali ini menjadi pula skill nya itu. Saya tahu gerak hati saya kuat mengatakan sejak kebelakangan ini, Nabila tak sihat, menangis sepanjang masa kerana ingin pandai sesuatu.Sungguh besar cabaran si kecil ini untuk mendapatkannya.
YA, NABILA HARUS BAYAR UNTUK DAPATKAN SKILL INI..!!
Pernah ianya terjadi suatu ketika dulu. Menangis sehingga saya panik dan membawanya ke hospital. Ketika itu hanya selang beberapa hari untuk semua umat Islam berpuasa.
Dan pada bulan puasa tersebut, Nabila telah pun mendapat satu skill barunya iatu meniarap. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Dan kali ini ianya terjadi lagi. Alhamdulillah..
Pagi tadi, Nabila menangis lagi. Dan sedari jam 6 pagi, saya cuba memujuknya. Namun entah kenapa masih gagal. Dan jam 8 pagi, Nabila melakukan ini pula setelah puas saya memujuknya supaya diam.
Bukan mudah perjalanan si kecil ini. Banyak rintangan dan seharusnya saya harus terus berdoa agar perjalanannya dipermudahkan.. Amin...

19 February 2011
Perjalanan yang penuh dengan tangisan!!
Maaf kerana kesekian kalinya, sejak kebelakangan ini, entry berkisar tentang Nabila menangis. Sudah tentu semua yang membaca bosan dengan entry Nabila dengan 'perasaan syahdunya'. Huhu....
Sudah dua hari tangisan Nabila berkumandang di pagi hari. Entah kenapa pagi-pagi sudah syahdu! Bukannya nak dihantar ke sekolah pun. Hanya ke rumah nenek pagi tadi.
Serius saya katakan, andai kalian di tempat saya, sudah tentu stress di waktu pagi. Dengan keadaan jalan yang sesak, perjalanan yang jauh..(hampir makan masa 2 1/2 jam ke pejabat) dan tangisan si anak membuatkan saya hampir separuh gila di dalam kereta.
Jika dulu, Nabila begitu suka untuk menaiki kereta. Pagi-pagi dia sudah tahu waktu untuk saya ke pejabat. Senyap berada di dalam car seat nya! Sangat baik di dalam kereta. Dan pandai bermain sendiri. Kadangkala saya terdengar Nabila mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu..
"buuuu...aaaaa...woooo.."
Kadangkala saya menyanyi. Hehe.. memang kelakar la dalam kereta sempat lagi nak berkaraoke..Tapi yang dengar hanya saya dan Nabila sahajakan. Tak kisahlah bunyinya sumbang mambang. Janji hati ni lepas stress menghadap jalan sesak di Kuala Lumpur ini. Dan bagusnya adalah, Nabila juga turut membunyikan suara sewaktu saya menyanyi. Sangat comel!!
Namun kini, saya amat rindukan suasana begitu. Rasanya sudah lama kami berdua melakukan perkara demikian. Semenjak saya pulang dari Sabah dan Sarawak tempohari. Dan sukar benar untuk melihat si kecil ini tersenyum!
Dalam hati terus berdoa..Berikan senyuman Nabila kepada saya. Saya amat merinduinya...!!

18 February 2011
Bila rasa hati sudah menjangkaui tahap maksimum..
Entah kenapa Nabila masih lagi meragam. Sedari semalam, kata mak mungkin juga kakinya sakit. Saya sendiri buntu. Dan hanya menunggu kesan-kesan ubat sahaja merawati kaki Nabila. Dan pagi tadi sebenarnya bengkak kaki itu telah pun susut. Namun, Nabila agak sukar tidur malam tadi. Sekejap-sekejap bangun. Dan merengek.
Sedih melihatkan keadan Nabila. Baru sahaja baik dari aksi 'kamok-mengamok' , sudah ditimpa musibah lain pula. Salah saya juga. Tak menjaganya dengan baik. Timbul rasa bersalah pada Nabila. Maafkan ibu ya sayang..!!
Sepanjang jalan tadi, Nabila menangis. Dan kesabaran saya sudah di tahap maksimum. Puas memujuk namun Nabila masih menangis. Dan sudahnya, saya mengalunkan zikir-zikir buatnya. Nada suara makin sayu dan dalam hati berdoa agar Allah permudahkan jalan saya. Dan tanpa saya sedar, air mata ini mengalir.
Saya sedih! Teramat sedih! Semahunya saya tak nak anak ini menangis lagi. Andai saya tahu apa yang Nabila fikirkan, dan apa yang dia rasai, alangkah bagusnya.
Sepanjang jalan air mata ini mengalir. Dan Nabila juga tahu saya sedang bersedih. Dan dia juga turut sama menangis bersama saya!
Nabila, andai ibu tahu apa yang tersirat dalam hatimu akan ibu cuba tunaikan apa saja kemahuanmu. Andai ibu tahu kamu sakit, Ibu rela menjadi galang gantinya..Biarlah ibu yang merasai semuanya asalkan Nabila mampu untuk tersenyum semula pada ibu. Maafkan ibu sayang!
p/s: Nabila dah pulang ke rumah mak tadi. Mujur rakan pejabat saya mahu mengambil Nabila di sekolah. Saya tak dapat nak keluar mengambil Nabila kerana sedang berkursus.. Terima kasih Myra..
17 February 2011
Bengkak!!
Semalam, saya bersama Ayu Ibu Aisya ke Hospital Putrajaya. Melawat Idris yang sudah berhari-hari di sana. Maafkan Ina Put! Lewat melawat Idris. Ada saja hal yang menghalang untuk melihat si handsome Idris.
Pada awalnya, saya ingin ke sana sendirian. Dan sememangnya saya tawakal saja kerna tak tahu selok belok jalan ke Putrajaya. Bukan tak pernah pergi, cuma saya pastinya akan tersesat berpusing di sekitar Putrajaya!
Dan lantas teringat Ayu. Terus saja mendail telefon dan rupanya saya langkah kaki kanan. Ayu juga mahu melawat Idris petang itu. Kami berjanji temu di Stesen Kuala Lumpur. Ayu memandu sendiri, begitu juga dengan saya.
Sampai saja, kami lihat Put tiada di sisi Idris. Hanya bibik dan Idris yang sedang nyenyak tidur. Salah kami juga datang tak menelefon Put terlebih dahulu. Dan terus kami melihat Idris. Dan kami berbual-bual kosong bersama bibik.
Melihatkan keadaan Idris, hati saya sayu. Kesan cucukan di sana-sini membangkitkan rasa marah saya kepada nurse di situ. Apakan daya Idris untuk menghalang mereka dari terus menyakiti dirinya.. :(
Dan jam 7, kami berangkat pulang. Dan saya terus saja bergegas pulang ke rumah mak kerana sudah pasti Nabila menanti saya di rumah!
Sampai saja, saya lihat kaki Nabila bengkak. Sangat menakutkan dan kata mak, Nabila tak pula menangis. Dan terus saya mengemas beg Nabila dan membawanya pulang. Dalam perjalanan saya terus menelefon Abg untuk membawanya ke klinik.
Saya menceritakan perihal kakitangan sekolahnya yang menelefon untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Kata Nabila, Nabila sihat-sihat saja di sekolah sepanjang hari Isnin lepas. Tangisan yang di ceritakan dalam telefon hanyalah tangisan biasa saja.
Saya bertanya kepada mak sebelum balik, andai mak terlihatkan kesan kakinya yang luka itu. Kata mak, kaki Nabila baik-baik saja. Tiada luka!
Pelik! Dan saya teringatkan kejadian malam sewaktu ayah Nabila pulang ke rumah. Katanya saya sedang tidur manakala dia nampak Nabila mencelikkan matanya. Tersedar barangkali sewaktu ayahnya membuka pintu bilik. Dan ayahnya membawa Nabila ke bawah. Dan diletakkanya di dalam buai 'ikan' Nabila.
Tiba-tiba saya tersedar pabila terdengar jeritan Nabila. Dan saya terus melihat katil Nabila. Kosong. Manakah Nabila?
Saya berlari ke bawah dan mendapati Nabila sedang berbuai dan ayahnya terlena di sebelahnya. Ya Allah, nasib baik tak jatuh. Dan saya lihat Nabila menangis. Terus saja saya mendukungnya dan meletakkannya di dalam buai tidurnya. Dan tangisan Nabila berhenti di situ.
Dan pagi itulah saya perasan kaki Nabila sudah luka :(
Saya dan Abg berbual sebelum masuk ke dalam bilik doktor. Bertanyakan pada Abg, apakah sebenarnya yang berlaku sepanjang saya tidur malam Isnin itu? Kata Abg, mungkin Nabila terkena skru di buai 'ikan'nya. Dan dia sendiri tidak sedar apa yang berlaku sepanjang malam itu. Bayangkan saja..dari pukul 12-3 pagi Nabila bebuai..sudah tentu mungkin ada perkara yang berlaku padanya.
Dan kata doktor, kemungkinan perkara yang sama yang kami bualkan tadi terjadi pada Nabila. Mungkin Nabila terkena skru yang karat dan menyebabkan kuman sudah masuk ke dalam kakinya dan terus membengkak :(
p/s: Harap-harapnya tiada halangan untuk 23 hb ini. Nabila ada appoinment dengan ENT dan Audio, tapi dengar-dengar macam saya kena pergi Cherating pada hari yang sama. Alahai...susahnya...!!!!
16 February 2011
Sememangnya bukan mudah perjalanan ini.. !!
Saya menerima beberapa mesej dari beberapa rakan senasib yang ingin berkenalan dan ingin mengetahui lanjut tentang rawatan yang telah Nabila jalani sepanjang anak ini dilahirkan. Saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang arif tentang bab-bab rawatan Nabila. Cuma saya banyak bertanya kepada rakan-rakan lain melalui penulisan di blog atau bertanya sendiri kepada doktor dan therapist Nabila.
Sebenarnya dahulu, saya sendiri terkapai-kapai mencari jalan sendiri untuk Nabila. Hampir setiap hari saya melayari internet semata-mata mencari maklumat mengenai Cerebral Palsy. Dan cuba mencari rakan-rakan senasib dan berkongsi pendapat tentang Nabila. Dan orang pertama yang saya jumpa adalah Ita Ummi Alisya.
Ita membaca luahan hati di dalam blog picisan saya ini dan lantas menulis email kepada saya untuk berkenalan. Dan hati ini melonjak-lonjak mahu mengetahui tentang diri wanita ini dan mencari wajah Alisya yang dikatakan sama persis Nabila sewaktu kecil. Dan ya, saya akui..Nabila dan Alisya sememangnya seperti kembar! Wajah yang hampir serupa dan semahunya hati ini mahu berjumpa dengan sahabat ini.
Dan dari situ semakin ramai rakan-rakan yang mula menyapa di dalam blog. Semuanya senasib seperti saya. Mempunyai anak kecil istimewa. Dan hati ini mula rasa kuat. Hati ini berkata.. "Saya bukan keseorangan..!"
Perjalanan bersama Nabila saya kongsi di dalam blog ini. Segalanya saya ceritakan tentang Nabila. Dari apa yang saya buat di rumah, tentang rawatan sehinggalah segala yang berkaitan tentang Nabila saya kongsikan. Niat dihati cuma satu. Mahu mereka di luar sana mengetahui perjalanan hidup si kecil ini sebagai anak istimewa serta berkongsi maklumat apa yang saya tahu tentang anak istimewa ini.
Ya, saya akui sememangnya sukar membesarkan anak ini. Pelbagai dugaan dan cabaran harus saya tempuh demi keselesaan anak ini. Berhabis ribuan ringgit untuk si anak demi kesihatannya. Pelbagai cara di cuba dilakukan untuk rawatannya. Berhasil atau tidak? Itu belakang kira!
Jika dulu, saya memang hanya memandang enteng hal perihal anak istimewa. Ambil tahu tapi tidak mendalam. Di keliling saya di penuhi dengan anak istimewa sebelum Nabila di lahirkan. Cumanya saya tidak menyangka saya terpilih di antara ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak istimewa. Sukar mempercayainya namun, lama-kelamaan sudah menerima hakikat keadaan Nabila.
Ramai yang bertanya, bagaimana kehidupan Nabila sehari-hari? Sukarkah menjaganya? Bagaimanakah caranya untuk saya menghadapi dugaan ini?
Ia bukanlah semudah ABC. Bak kata orang, Allah takkan memberikan ujian itu kepada hambaNya andai hambaNya tidak mampu untuk melaluinya. Saya bukanlah mengatakan saya kuat, namun jika kalian di tempat saya pun, pastinya kalian akan melakukan sama seperti yang saya lakukan pada Nabila.
Hidup saya segala-galanya untuk Nabila. Tak tergambar rasa kasih ini kepada si kecil itu. Kehadirannya banyak menyedarkan saya dan suami. Sungguh hati ini merasai hebatnya penangan si kecil ini dirinya hadir dalam hidup kami berdua. Sesekali bila di renung wajah mulus anak ini, hati ini terdetik. Semahunya saya menyelami hati kecil Nabila. Mahu tahu segala rahsianya....
Moga diri ini akan terus melangkah jauh demi anak itu. Dan mahu terus memberikan yang terbaik buat Nabila tersayang..InsyaAllah..
15 February 2011
Buku Active Baby, Healthy Brain
Sewaktu berjalan-jalan di KLCC..kami singgah sebentar di kedai buku Kinokuniya. Rasanya lama betul tak mencari buku-buku untuk Nabila. Saja menambah ilmu pengetahuan. Lama juga kami di rak 'Family & Relationship' . Membelek satu persatu buku di situ.
Sebenarnya ada beberapa judul buku yang menjadi pilihan hati. Namun bajet yang tak berapa nak ada (almaklum saja tengah bulan..) jadi kami memilih buku ini..
Sebenarnya, kadangkala aku buntu untuk aktiviti Nabila di rumah. Sekurang-kurangnya ada buku bolehlah dijadikan panduan untuk aku melakukan aktiviti bersama Nabila. :)
Sebenarnya ada beberapa judul buku yang menjadi pilihan hati. Namun bajet yang tak berapa nak ada (almaklum saja tengah bulan..) jadi kami memilih buku ini..
Semalam sempat membaca dan baru mentelaah sehingga page ke 53. Buku yang agak bagus sebenarnya untuk anak-anak tak kira sama ada anak-anak tipikal atau istimewa..Aktiviti dalam buku ini boleh dilakukan sehingga anak berusia 5 tahun !
Sarat dengan jenis-jenis exercise dan aktiviti untuk memaksimumkan perkembangan otak anak.
Turut di muatkan gambar ilustrasi untuk memudahkan kita memahami setiap aktiviti yang dilakukan..

Kenapa kaki ni dik..?
Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pagi tadi sewaktu memandikan Nabila. Serius!! Saya terkejut sangat-sangat.
Semalam memang tak perasan kaki Nabila jadi begini. Kerana memakai seluar tidur dan tak nampak di bahagian luka tersebut. Dan petang semalam pun, mak yang memandikan Nabila selepas dia pulang dari sekolah. Pulang saja dari rumah, Nabila tertidur di dalam kereta. Dan saya angkat Nabila terus letakkannya di dalam bilik tidur kami.
Dan saya mengagak sesuatu. Semalam sewaktu di pejabat, sekolahnya menelefon saya. Dan memberitahu Nabila menangis lagi di sana. Saya bertanya andai mahu mengambil Nabila ke sekolah atau tidak. Mereka kata tak perlu cuma mahu memberitahu saya tentang perihal Nabila di sekolah. Saya dah mulai tension. Dan hati ini sepertinya berdegup kencang. Apakah yang berlaku pada Nabila? Setahu saya, Nabila dah ok. Dah tak menangis seperti minggu lepas.
huhu...ibu tau mesti pedih kan adik..sakitnya...!! Perit la ibu tengok kaki tu... :(
Berubah!
~Ni sticky post...Kalau nak baca entry baru yang lain..sila scroll ke bawah ek..~
Officially..Nama blog ini sudah berubah dari ..
"Buat Anakku Yasmin Nabilah"
kepada
"Kasihku buat Nabila"
Tiada apa yang berubah sangat pun..cuma mahu perubahan nama je..Nama Nabila tetap ada pada nama blog kan.. :)
Rupanya tahun ini merupakan tahun ke 3 saya menulis di sini. Dan segala perjalanan bersama anak ini telah saya tulis di sini. Bila di baca semula, rupanya kami telah jauh melangkah. Tak sangka, dulunya Nabila penuh dengan wayar yang berselirat..kini anak ini terus membesar di hadapan saya.
Terima kasih atas sokongan dan doa kalian pada blog ini. Tak terucap dek kata-kata kerana terharu dengan kata-kata semangat dan doa yang telah kalian berikan pada kami sekeluarga.
~Terima kasih semua~

14 February 2011
Akhirnya berhenti juga!
Alhamdulillah..beberapa hari kami 'berperang sesama sendiri'. Akhirnya Nabila berhenti juga..
Berhenti apa?
Apa lagi..Menangis lah!!!
Huhu..Sedih memang sedih bila melihat sang anak merintih sayu. Mujur mak dan ayah mertua datang ke rumah Sabtu lepas. Opah Nabila dah susah hati bila menelefon Abg, katanya Nabila menangis tak henti-henti.
Dan Sabtu, saya memujuk Nabila...
" Dik, adik janganlah menangis. Ok, Ibu promise..esok ibu bawak adik gi KLCC ek. Kita jalan-jalan kat sana.."
Tapi pujukan itu sedikit pun tak memberikan ketenangan buat Nabila. Dan saya makin runsing. Dan tiba-tiba saya teringatkan kak Yusnita..
Pada mereka yang ingat, Kak Yusnita merupakan salah seorang pengamal perubatan Darusyifa. Dan Kak Yusnita banyak membantu saya dalam bab-bab hal Nabila selain Kak Raw. Mujur juga Kak Yusnita takde hal malam sabtu itu. Terus saja dia membalas mesej, katanya akan datang selepas waktu Maghrib.
Dan harapan saya, mahu Kak Yusnita membantu dalam hal Nabila kali ini. Dan soalan pertama yang keluar dari mulutnya sesudah memegang Nabila..
" Dia ada jatuh ke?"
Entahlah..saya tak pasti. Sepanjang menjaganya, tak pernah pula Nabila jatuh. Tak tahu pula kalau-kalau keadaan Nabila di sekolah.Huhu...
Dan kata kak Yusnita lagi, dia mahu Nabila memotong rambut. Takut panas katanya. Saya baru saja menyimpan hasrat untuk memanjangkan rambut Nabila. Dan ayah Nabila menyampuk. Takut Nabila seperti dirinya. Tak boleh berambut panjang sedikit. Akan sakit kepala jika membela rambut panjang..
Aduhai...andai benar..tak berpeluang la ibu nak merasa mengikat rambut Nabila cantik-cantik. Kalau nak lepas gian pun ibu kenalah beli patung Barbie kalau nak main sikat-sikat rambut..huhu...
Dan sesudah kedua ibu dan ayah mertua saya pulang, terus kami ke kedai gunting rambut. Sesi pemotongan di mulakan. Dan Nabila seolah-olah mengerti rambutnya bakal digunting. meronta-ronta mahu melepaskan diri..Adoiii adik!!!
Selesai menggunting, Nabila saya bawa pulang ke rumah mak. Mandikan dan berehat sebentar sementara menantikan cuaca redup untuk ke KLCC. Dan cadangan kami adalah untuk menaiki train ke sana...
Wow, lama betul tak naik train . Putra LRT pun dah lain. Huhu...
Nabila senyap ketika berada di dalam train. Agaknya pelik..rasanya selalu dia akan menaiki kereta, dan kali ini mukanya sedikit berkerut. Saya dapat rasakan Nabila cuba mengecam bunyi bising keretapi tersebut.. Matanya meliar melihat orang-orang asing di sekelilingnya.. :)
Dan rasanya hajat Nabila sudah sampai untuk ke KLCC..Dan aku mahu mood Nabila kembali seperti dulu. Senyum dan ketawa bila bermain dengannya.
p/s: Tadi kat sekolah, ada org call..kata Nabila menangis lagi..Mak aii..pening la ibu dik..susah hati Nabila masih lagi menangis bila dipujuk berulang kali oleh staff. Hari Sabtu lepas..mak, ayah dan adik-adik menjerit kesukaan melihat Nabila angkat punggung dan tangannya mengesot ke hadapan sebanyak 3 kali.. Seronok bila lihat Nabila cuba menunjukkan perubahan untuk dirinya. Alhamdulillah..Dan malam tadi sempat tgk Nabila senyum tadi. Yeah..Nabila sudah kembali.

12 February 2011
11 February 2011
Ibu cengeng hari ini!!!
Ini status di FB hari ini...
"Kesabaran diuji lagi hari ini..Sabar..sabar dan terus sabar..."
Benar! Kesabaran ini diuji lagi. Dan agaknya entah berapa kali saya menangis. Melihatkan perilaku Nabila sangat menguji kesabaran ini.
Entah serba tak kena pada hari ini. Pada awalnya saya menyiapkan Nabila untuk ke sesi fisioterapinya. Temujanji pada jam 8.30 pagi. Dan semahunya saya tidak mahu lewat pada temujanji kali ini. Sudah menyiapkan Nabila, mahu menggosok baju kurung pula, Nabila dah mula buat hal. Menangis tak henti-henti. Dalam buai pun tak mahu tidur. Padahal saya tahu matanya memang mengantuk sangat ketika itu.
Puas memujuk dan sudahnya saya mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat hari ini. Sebab tiada siapa di rumah mak dan kalau ditinggalkan di sekolah sudah pasti haru biru lagi. Jangkaan saya tepat. Rupanya Nabila masih lagi mahu menguji saya.
Dan saya memanggil nama Nabila..di telinga kanan dan telinga kiri. Telinga kanan, cepat saja dia berpaling ke kanan.Dan memandang tepat ke arah saya. Saya cuba sebelah kiri pula. Agak lambat namun kepalanya berpusing dan menjeling ke arah saya. Dan saya nampak anak matanya tepat memandang ke arah saya. Tidak juling dan tidak merata-rata bebola matanya. Sangat tepat!!..Dan ketika itu air mata ini tumpah lagi..syahdu bila melihat momen tadi. Jarang benar dia memandang tepat ke arah mata ini..
Benarlah, hari ini rasanya saya memang banyak menangis hari ini..entahlah..hal anak..memang sayu!!
p/s: Moga esok Nabila kembali tersenyum semula..Amin.

~tangisan ini..~
Saya dudukkan Nabila..dan bermain dengannya. Saya nyanyi lagu "Tepuk amai-amai" . Nampak muka dah mula nak senyum..tapi senyuman tak selebar selalu. Mungkin masih marah lagi..Entah berapa kali hati ini 'panas' melihatkan Nabila yang merengek. Bagai setan merasuki jiwa, hinggap juga se'das' dua tangan ini ke punggung Nabila. Menjerit sakit anak itu..dan kemudian, saya menangis sama bila Nabila menunjukkan rasa sakitnya. Merajuk. Ya Allah...apa yang dah saya buat!!!!
Kesabaran di tahap puncak..dan kasihan abg. Beberapa kali saya mengejutkannya supaya membantu untuk memujuk Nabila. Serius..kalau tak, rasanya mungkin kesabaran akan terbang melayang nanti...
Abg cuba memujuk. Dan saya berkata pada Abg supaya mengikuti langkah yang telah dikatakan oleh Kak Ieda, mama Nabila. Hampir berjaya, namun rontaan Nabila mulai kuat kembali. Dan saya terus membawa Nabila keluar dari rumah. Cuba berbuai di luar rumah..dan tiba-tiba kata Abg, mahu mengajak saya membeli makanan di luar. Ya, saya tak sempat untuk melakukan sebarang kerja rumah hari ini. Rumah tunggang langgang dek kerana cuba memujuk Nabila sepanjang hari.
Kami singgah sebentar di kedai ikan..dan membeli ikan baru untuk akurium kami. Dan Nabila senyap ketika berada di dalam kedai ikan. Dan pabila kaki ini melangkah keluar dari kedai..Nabila mula menangis semula.
Selesai di kedai ikan, kami terus pulang dan Abg memulakan operasi membersihkan akurium..sementara saya, memandikan Nabila. Sewaktu Abg sibuk mencuci akurium di luar, datang jiran yang menegur Abg. Katanya dia terdengar suara Nabila menangis sepanjang hari. Dan suara Nabila sayu saja kedengaran di rumahnya. Aduhai...!!!
Dan sewaktu entry ini di taip, saya lihat mood Nabila mulai baik. Sedang menonton TV dan bermain seorang diri. dan sempat mengambil gambar ini..
Kesabaran di tahap puncak..dan kasihan abg. Beberapa kali saya mengejutkannya supaya membantu untuk memujuk Nabila. Serius..kalau tak, rasanya mungkin kesabaran akan terbang melayang nanti...
Abg cuba memujuk. Dan saya berkata pada Abg supaya mengikuti langkah yang telah dikatakan oleh Kak Ieda, mama Nabila. Hampir berjaya, namun rontaan Nabila mulai kuat kembali. Dan saya terus membawa Nabila keluar dari rumah. Cuba berbuai di luar rumah..dan tiba-tiba kata Abg, mahu mengajak saya membeli makanan di luar. Ya, saya tak sempat untuk melakukan sebarang kerja rumah hari ini. Rumah tunggang langgang dek kerana cuba memujuk Nabila sepanjang hari.
Kami singgah sebentar di kedai ikan..dan membeli ikan baru untuk akurium kami. Dan Nabila senyap ketika berada di dalam kedai ikan. Dan pabila kaki ini melangkah keluar dari kedai..Nabila mula menangis semula.
Selesai di kedai ikan, kami terus pulang dan Abg memulakan operasi membersihkan akurium..sementara saya, memandikan Nabila. Sewaktu Abg sibuk mencuci akurium di luar, datang jiran yang menegur Abg. Katanya dia terdengar suara Nabila menangis sepanjang hari. Dan suara Nabila sayu saja kedengaran di rumahnya. Aduhai...!!!
Dan sewaktu entry ini di taip, saya lihat mood Nabila mulai baik. Sedang menonton TV dan bermain seorang diri. dan sempat mengambil gambar ini..
Dan saya memanggil nama Nabila..di telinga kanan dan telinga kiri. Telinga kanan, cepat saja dia berpaling ke kanan.Dan memandang tepat ke arah saya. Saya cuba sebelah kiri pula. Agak lambat namun kepalanya berpusing dan menjeling ke arah saya. Dan saya nampak anak matanya tepat memandang ke arah saya. Tidak juling dan tidak merata-rata bebola matanya. Sangat tepat!!..Dan ketika itu air mata ini tumpah lagi..syahdu bila melihat momen tadi. Jarang benar dia memandang tepat ke arah mata ini..
Benarlah, hari ini rasanya saya memang banyak menangis hari ini..entahlah..hal anak..memang sayu!!
p/s: Moga esok Nabila kembali tersenyum semula..Amin.
kenapa adik..kenapa...?
Adik...
sepanjang hari tangisan adik bergema...
segenap sudut dan ruang..
dan sepanjang hari juga ibu berduka..
melihatkan dirimu yang sering menangis..
kenapa adik..kenapa...?
Adik..
Salah ibukah adik jadi begini?..
Adik dah tak nak main dengan ibu lagi ke..?
mana senyuman adik...?
Ibu rindu senyuman adik...
kenapa adik..kenapa...?
Adik..
Ibu buntu..
Semahunya ibu tak mahu melihat titisan air matamu..
Semahunya ibu ingin hentikan tangisanmu..
Dan semahunya ibu ingin gantikannya dengan tawa senyumanmu..
Ibu rindu..
kenapa adik..kenapa...?
Adik..
Puas ibu mencari salah dan silap ibu..
Namun masih belum ketemu..
dan ibu terus berdoa kepada Tuhan..
Agar permudahkan jalan untuk ibu..
hadapi semua dugaan ini..
Ibu tahu itu bukan salah adik..
cuma ibu nak tahu..

Ya Allah..aku rindukan senyuman anakku...
10 February 2011
Perihal Nabila & Pediatrik Sungai Buloh...
Entry lepas, saya ada menceritakan tentang temujanji kami bersama doktor pediatrik. Dan sememangnya saya menunggu saat ini kerana saya ingin bertanyakan pelbagai soalan tentang Nabila kepada doktor.
1) Tentang serangan sawan..
Dua jenis serangan yang saya kenalpasti selepas temujanji sebelum ini. Yang pertama di sini. Dan kali kedua di entry ini . Malangnya dek kelam kabut kerana Nabila menangis saya terlupa untuk membawa handphone yang mengandungi video yang telah saya rakam sewaktu serangan itu berlaku. Serangan kedua tak sempat nak rakam sebab terlalu sekejap sangat. Dan langsung tak teringat untuk rakam saat-saat itu. Adoiyyaiii!!
Doktor mengatakan serangan pertama kemungkinan sawan berdasarkan apa yang telah saya ceritakan kepadanya. Manakala serangan kedua kemungkinan bukan. Memang serangan ini akan berlaku dalam pelbagai jenis dan anak-anak seperti Nabila ini memang punya potensi besar untuk diserang lagi. Yang itu memang saya akui..kerana doktor di NICU juga pernah menyatakan perkara yang sama sewaktu Nabila medapat serangan pertama di sana.
Cuma saya perlu lebih alert. Kata Dr. Victoria, sentiasa ingat untuk merekod setiap kelainan pada Nabila. Dan jika berlaku lagi dia menyuruh saya untuk terus membawa Nabila ke emergency. Namun menurutnya lagi, hanya kes-kes yang kritikal dan memerlukan pemantauan selanjutnya saja yang akan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Bagi kes Nabila, kemungkinan jika dilaporkan mengalami masalah itu, akan diberi pilihan sama ada mahu dibawa ke wad untuk pemeriksaan lanjut atau balik saja ke rumah. Dan saya telah menjangkakan apa yang doktor katakan kepada saya berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas sewaktu Nabila di serang sawan. Pastinya kami disuruh balik dan memantau keadaannya di rumah. Serangan hanya berlaku sekitar kurang 30 saat saja.
2) Tentang suntikan botox di mulut..
Puan Anida ada menyuarakan hal ini kepada saya sewaktu Nabila sedang menjalani sesi speech therapy nya. Dan saya cuba bertanya kalau-kalau di Sungai Buloh ianya ada dilakukan atau tidak. Dan jawapannya .. TIDAK!! Dan pastinya doktor juga tidak menggalakkan untuk Nabila mengambil suntikan tersebut. Cuma doktor terperanjat tatkala saya menyatakan tentang perkara tersebut. Andai ada pun, pastinya ia dilakukan di HKL.
Hurm..tak mengapalah..saya hanya bertanya saja..tapi saya nampak mimik muka kurang senang terpamer di wajah doktor tersebut. Adakah dia akan marah pada Puan Anida tentang perkara tersebut? Wallahualam...
3) Tentang doktor Rehab..
Sebenarnya sepanjang Nabila menjalani terapi-terapi di Sungai Buloh..Nabila LANGSUNG TAK PERNAH di rujuk kepada doktor Rehab. Saya tak pasti ianya perlu atau tidak..tapi memandangkan saya lihat Unit Cara Kerja macam tak nak jer buat splint baru untuk Nabila, so saya ambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan doktor rehab. Bukan nak menuding salah kepada sesiapa cuma saya nak tahu lebih lanjut tentang splint Nabila. Ini juga atas request dari Therapist Nabila di Tasputra yang mahukan saya menyuruh Unit Cara Kerja di Sungai Buloh untuk membuat splint baru untuk Nabila. Jika ada yang masih ingat entry ini , Nabila menangis tatkala saya memakaikan splint untuk Nabila. Nabila hanya bertahan 5 minit saja untuk pakai..dan Therapist di Tasputra pernah mengenakan splint tersebut di kaki Nabila dan kata mereka, timbul bekas merah di betis Nabila. Ketat barangkali....
Cuma saya mengharapkan mereka dapat melakukan sesuatu kali ini. Tadi sewaktu ingin menetapkan temujanji, kata Abg, mereka akan menghubungi kami kemudian. Saya tak pasti tentang perkara tersebut. Dan harapnya ia mereka lekas-lekas membuat temujanji nanti.
4) Tentang temujanji bersama Jabatan Dietetik...
Masih ingatkah kalian pada entry ini ? (entry kali ini banyak review dari entry lepas2..hehe..) . Marah betul bila diingatkan kembali. Dan tadi doktor masih lagi mahu saya ke sana untuk meminta nasihat mengenai pemakanan Nabila. Serius saya takde mood nak pegi. Tapi bila mengenangkan kata-kata doktor tadi...
Huh..kalau saya jumpa lagi perempuan tu..entah boleh berhadapan dengan dia ke tak..huhu.. Dan saya nak Abg datang sekali . Sama-sama dengar apa yang dietitian cakap..habis cerita!!
.............................................................................................
Tu yang saya ingin katakan pada doktor peads tadi. Cuma masa sampai-sampai saja tadi dia terus tanya bila appointment dengan Audio? Mungkin dia ternampak rekod dalam sistem tu kata Nabila ada repeat hearing test. Dia tanya kenapa repeat test? Hurm..tu test bila punya..masa Nabila umur 6 bulan..saya nak tau perkembangan hearing Nabila. Salah ke nak buat lagi? Kan bagus kalau tau semua...Lagipun serangan sawan banyak berlaku selepas Nabila melakukan test tersebut. Manalah tau ada effect apa-apa ke. Saya tak mengharapkan apa-apa yang buruk berlaku pada Nabila, cuma saya mahu bersedia dan berjaga-jaga. Itu saja...
Dan Dr. Victoria tu tanya bila nak buat test ENT. Saya kata dalam bulan ini juga. Sebab saya ada report Nabila tidur berdengkur..dan kadangkala dadanya berbunyi. Kata Puan Anida, anak-anak kecil tak elok tidur berdengkur. Pulak Nabila memang ada masalah menelan. Baik check je semua. Tak salah kan?
Dan sempat doktor memeriksa demam Nabila. Dia terkejut bila saya katakan Nabila dah seminggu demam dan kedua-dua ubat (demam dan antibiotik) dah habis tetapi demamnya masih tak kebah-kebah. Mujur juga kami ingat nak bawa kertas di dalam kotak ubat antibiotik Nabila. Nak sebut namanya tak reti. Huh! berbelit-belit..Dan terus saja Abg menghulurkan kertas yang berisi butiran ubat antibiotik Nabila itu. Dan doktor menyatakan akan memberikan ubat yang lain untuk Nabila.
Cuma tadi doktor mengambil air kencing Nabila kerana khuatiri ada kuman. Sebab kencing Nabila agak busuk sejak demam ini. Menangis meraung Nabila sewaktu nurse mengambil sampel air kencingnya. Saya terpaksa menanti di luar. Macam biasalah prosedur hospital.. tak bagi tengok apa yang dilakukan pada anak.
Result seminggu lagi baru keluar. Lambatnya? Macamana kalau demam Nabila masih lagi tak kebah-kebah? Adoiyaiii..kalau diam saja takpe..Ni menangis, merengek, meraung semua ada. Entahlah...

You pergi sekejap je..pergi 2-3 kali..dah tahu apa yang perlu dibuat..you tak payah datang lagi..yang penting you tau apa yang perlu untuk anak you. You sendiri tengok berat anak you macamana kan...Berat dia tak sesuai untuk umur dia...Yelah doktor..saya pergi...!!
Huh..kalau saya jumpa lagi perempuan tu..entah boleh berhadapan dengan dia ke tak..huhu.. Dan saya nak Abg datang sekali . Sama-sama dengar apa yang dietitian cakap..habis cerita!!
.............................................................................................
Tu yang saya ingin katakan pada doktor peads tadi. Cuma masa sampai-sampai saja tadi dia terus tanya bila appointment dengan Audio? Mungkin dia ternampak rekod dalam sistem tu kata Nabila ada repeat hearing test. Dia tanya kenapa repeat test? Hurm..tu test bila punya..masa Nabila umur 6 bulan..saya nak tau perkembangan hearing Nabila. Salah ke nak buat lagi? Kan bagus kalau tau semua...Lagipun serangan sawan banyak berlaku selepas Nabila melakukan test tersebut. Manalah tau ada effect apa-apa ke. Saya tak mengharapkan apa-apa yang buruk berlaku pada Nabila, cuma saya mahu bersedia dan berjaga-jaga. Itu saja...
Dan Dr. Victoria tu tanya bila nak buat test ENT. Saya kata dalam bulan ini juga. Sebab saya ada report Nabila tidur berdengkur..dan kadangkala dadanya berbunyi. Kata Puan Anida, anak-anak kecil tak elok tidur berdengkur. Pulak Nabila memang ada masalah menelan. Baik check je semua. Tak salah kan?
Dan sempat doktor memeriksa demam Nabila. Dia terkejut bila saya katakan Nabila dah seminggu demam dan kedua-dua ubat (demam dan antibiotik) dah habis tetapi demamnya masih tak kebah-kebah. Mujur juga kami ingat nak bawa kertas di dalam kotak ubat antibiotik Nabila. Nak sebut namanya tak reti. Huh! berbelit-belit..Dan terus saja Abg menghulurkan kertas yang berisi butiran ubat antibiotik Nabila itu. Dan doktor menyatakan akan memberikan ubat yang lain untuk Nabila.
Cuma tadi doktor mengambil air kencing Nabila kerana khuatiri ada kuman. Sebab kencing Nabila agak busuk sejak demam ini. Menangis meraung Nabila sewaktu nurse mengambil sampel air kencingnya. Saya terpaksa menanti di luar. Macam biasalah prosedur hospital.. tak bagi tengok apa yang dilakukan pada anak.
Result seminggu lagi baru keluar. Lambatnya? Macamana kalau demam Nabila masih lagi tak kebah-kebah? Adoiyaiii..kalau diam saja takpe..Ni menangis, merengek, meraung semua ada. Entahlah...
09 February 2011
Andai ibu tahu apa yang kamu tangisi....!!
Ya Allah..Saya dapat rasakan bahang tekanan perasaan hari ini. Kesabaran ini tercabar dengan kerenah Nabila. Bisikan syaitan senantiasa mahu saya memarahi anak itu..namun apakan daya Nabila..bukan kehendak dia untuk menangis begitu..!! Jauh di sudut hati semahunya saya tak mahu melihat air matanya jatuh...Setitik pun!
Seperti yang sedia maklum..Nabila demam sejak hari Khamis lepas. Demam yang sentiasa on off membuatkan saya sentiasa berjaga-jaga. Menjelang malam, badannya panas. Siang nampak elok, namun moodnya masih 'ribut taufan puting beliung'.
Dan semalam memang upacara kemuncaknya! Nabila menangis tanpa henti. Dan sepanjang jalan dari rumah mak ke Rawang dipenuhi dengan tangisan. Mujur juga jalan tak sesak, namun tangan dan mulut ini tak henti-henti memujuk anak yang hatinya sedang bergelora. Ya Allah, doa saya janganlah Nabila berkeadaan seperti dulu. Masih ingatkah kalian tentang entry ini ? Serius saya tak mahu ianya berlaku lagi. Ianya sangat menyesakkan dada!!
Dan malam tadi, Nabila mula menunjukkan taringnya. Tidur sedari jam 8 malam dan bangun pada jam 11 malam. Mata ini baru saja mahu lelap, sudah terdengar tengisan si kecil ini. Cuba memujuk, namun gagal.. Matanya sukar di lelapkan kembali..Lama-kelamaan Nabila senyap. Rupanya dia dah tidur kembali...
Dan pagi tadi Nabila bangun sewaktu ayahnya pulang dari kerja. Matanya bulat..Sepertinya dia pelik kerana dia masih belum siap dimandikan untuk ke sekolah. Hari ini Nabila ada appointment dengan doktor peadiatrik. Dan sewaktu saya menyiapkannya, Nabila menangis tanpa henti. Mungkin dia ingat saya menyiapkannya untuk ke sekolah. Berulang kali saya katakan pada Nabila yang dia akan berjumpa dengan doktor, bukan pergi sekolah....!!
Saya dan Abg sepertinya mula merasai tekanan itu. Mendengar Nabila menangis membuatkan hati kami berdegup laju. Sesak nafas ini. Banyak mata yang memandang sewaktu kaki ini melangkah ke ruang pendaftaran. Tangisannya memenuhi segenap ruang dalam klinik. Saya terus saja menolak Nabila keluar sementara menanti giliran dipanggil . Dan selesai di pendaftaran, masuk ke klinik..tangisan Nabila masih lagi tak berhenti. Saya dan Abg hanya berdiri di depan pintu masuk. Tak mahu ke dalam kerana risau mengganggu bayi lain dan perents yang ada di situ. Bukan gangguan apa pun..ganguan bunyi jer..huhu..
Tentang temujanji bersama pediatrik..bakal saya ceritakan pada entry seterusnya. Banyak perkara yang kami perkatakan tentang Nabila...
Berbalik pada perihal Nabila.. Sepanjang berada di hospital..tangisannya sememangnya sukar dihentikan. Sehinggakan saya berkata pada Nabila..
" Adik, sudahlah tu dik..tak penat ke memangis nih..ibu dengar pun penat tau..letih menangis nih..."
Dan laungan lebih kaut kedengaran. Sepertinya dia faham kata saya. Andai ada perkara yang akan berlaku pada Nabila selepas ini, saya terima. Saya tahu setiap kali Nabila 'buat perangai' pastinya sesuatu yang akan berlaku pada Nabila. Selalunya yang baik. Dan saya cuba untuk berfikir positif. Tak pe..sabar itu separuh dari iman. Saya harus sabar dengan apa yang telah Allah berikan pada saya kali ini. Saya tahu pasti ada manisnya setiap apa yang berlaku pada Nabila.
Dan ketika entry ini di taip, Nabila sedang tidur nyenyak.. dan sempat mengambil gambar ini..

07 February 2011
Menangis di sekolah...huwaaaaa!!!!!!!
Pagi ini seperti biasa saya pastinya menghantar Nabila ke sekolah. Badannya pagi tadi agak 'dedau'. Risau juga nak hantar..tapi bila memikirkan rumah mak pastinya tak ada orang yang akan menjaga Nabila (adik bongsu sekolah..mak gi dylisis) makanya nak tak nak terpaksalah saya menghantarnya ke sekolah.
Sampai di sekolah, Nabila masih lagi tidur. Penangan ubat demam dan antibiotik pagi tadi membuatkannya 'lalok' seketika. Saya meninggalkan Nabila tanpa sebarang ciuman di pipi kerana sudah terlewat ke pejabat. 8.15 pagi masih di Tasputra dan rasa-rasanya pasti saya sampai lewat nanti. Aduhai..!!!
Namun saya sempat berpesan kepada kak Zakiah, andai badan Nabila panas supaya terus saja menghubungi saya nanti. Saya tak membekalkan sebarang ubat demam pada Nabila. Kerna pernah dulu, bila dibekalkan ubat, habis ubatnya tertinggal di sekolah. Sudahlah malam itu Nabila masih demam, dan saya rasa serik untuk meninggalkan ubat di sekolah lagi.
Tak sampai tengahari, telefon saya berdering. Dan aku lihat nombor dari Tasputra..
"Ina, Yasmin menangis la.Tak henti-henti dia menangis ni. Risau pulak akak.." Suara Kak Zakiah kedengaran di hujung talian.
"Badan dia panas tak kak?"
"Tak panas pun. Tapi menangis je nih..Susu dah bagi dah.."
" Dia dah makan belum kak? Kalau tak makan lagi..akak bagi dia makan dulu.."
"Akak tak pasti la plak..nanti akak check dulu.."
Sayau tahu Nabila pastinya akan menangis sepanjang hari ini kerana sudah seminggu lebih tidak ke sekolah. Sedap berada di rumah. Tapi katakanlah kalau seronok di rumah pun, Nabila masih tetap menangis di rumah bila bersama dengan saya. Makan sudah diberi, minum sudah dibagi. Apa lagi nak wahai anak..!!
Saya cuba menelefon semula. Dan panggilan saya dijawab pula oleh Grace. Dan Grace juga menyatakan Nabila menangis tak henti-henti sedari pukul 9 tadi.
Dia juga bertanya adakah Nabila bersikap demikian di rumah. Dan saya mmengakuinya. Kadangkala begitu sukar saya memahami kehendak si kecil ini.
Dan saya terus memecut laju menuju ke Ampang. Nasib baik jugaklah keje tak banyak pagi tadi. Dan rakan-rakan pejabat semua dah memahami keadaan Nabila. Bukan pertama kali Nabila buat perangai begini...sudah banyak kali!!
Sampai saja di sekolah, Nabila sedang berbuai di Gym. Diam pula ketika itu. Sedang melayan perasaan! Dan seorang staff sedang menemaninya. Therapist Nabila, Siti pun mengatakan perkara yang sama. Terapi tak dapat dilakukan langsung kerana amukan Nabila maha dahsyat. Semua orang takut untuk memegang Nabila. Mood angin puting beliung!
Dan saya tak ambil peduli dengan tangisan Nabila. Kerna saya tahu ianya lakonan semata-mata. Saya tahu Nabila sudah pandai. Tak mahu buat terapi. Lagaknya seperti anak bijak yang mahu mengelat lari dari exercise.
"Nak balik ke kak.." tanya Siti.
Hurm..exercise dulu!" Tegas saya.
Rugi betul kalau ambil Nabila balik tanpa sebarang terapi. Nak tak nak, saya temankan dia sewaktu Siti memegang Nabila untuk exercise. Meraung dan meraung..dan makin lama makin senyap. Rupanya matanya dah lelap! Kata Siti, kalau budak tidur mata separuh terbuka tu tandanya budak bijak. Hurm..memang bijak Nabila nih..dan bijak mengelat..hehe..
Dan selesai urusan di sekolah, saya mengambil Nabila pulang dan terus membawanya ke rumah neneknya.
Ya, saya harus kuatkan semangat. Tangisan Nabila itu sangat kecil jika dibandingkan perkembangannya yang lebih penting dari segalanya. Nabila, tiada apa yang dapat ibu berikan padamu melainkan pendidikan dan terapi yang akan membantumu kelak. Moga diri ini terus kuat dan kuat lagi untuk Nabila...
06 February 2011
Sawan & Demam? Obatnya jalan-jalan....
Semalam aku tak sempat mencoret apa-apa di dalam blog tentang Nabila. mahu bercerita lanjut tentang kisahnya semalam..namun terbantut kerana sibuk memantau suhu badannya...
Dan aku tepekkan semalam status ini di facebook..
"Pelik dengan Nabila hari ini. Asik tido..dan nampak badan dia lemah skali..Tadi rasanya dah 5-6 kali mulutnya kuarkan buih..mata tu celik..tapi mcm separuh sedar..Sawankah?Ya Allah..takutnya..Ni baru lepas muntah..pastu tidur lagi..Makan minum pun tak nak..napa ni dik...??"
Risau..Memang risau..Pada mulanya aku tak perasan Nabila sedang demam.Sebab badannya tidak menunjukkan tanda-tanda demam. Cuma Nabila nampak lemah sekali. Tak mahu bermain seperti sediakala. Dan aku pada awalnya membiarkan Nabila tidur. Dan dalam fikiranku, mungkin Nabila tak puas tidur malam itu.
Dan kemudian, Nabila seakan tersedar dari tidurnya. Matanya celik, namun air liurnya berbuih. Dia seakan tegang dan cuba untuk mengawal air liurnya..Puas aku tepuk Nabila supaya sedar..dan hampir 30 saat, Nabila sedar kembali, dan kemudian melelapkan matanya semula. Dan kejadian ini berlaku berulang kali sedari tengahari sehinggalah jam 6 petang.
Hatiku risau usah ceritalah..Dan berat hati ini mengatakan ianya serangan sawan. Tak silap aku ianya pernah berlaku dulu..namun dek kerna ceteknya akal ini, aku tak mengambil berat akan hal itu.
Dan setelah ianya terjadi hampir 5-6 kali..dan bila Yani Mama Sofea menyuruh aku memeriksa suhu badannya, barulah hati ini tergerak untuk ambil jangkasuhu..Dan..MasyaAllah..Suhu badan Nabila menginjak ke 39 darjah. Serius..Badan Nabila memang tak panas sangat time tu..Dan terus aku dan Abg membawanya ke klinik..
Bila sampai di klinik, aku menceritakan pada doktor tentang Nabila. Dan katanya..
"Hurm..biasalah budak macam ni memang slalu kena sawan..."
Aduhai tuan doktor yang sangat BUDIMAN! Kalau kau cakap perlahan pun aku dengar ok! Huh! Memanglah budak brain injured cam Nabila ni memang biasa kena sawan..tapi boleh tak kau jangan jawab gitu. Aku dah la tengah susah hati..Bleh pulak kau layan acuh tak acuh jer.Huh! Mana perginya tanggungjawab kau sebagai doktor. Aku rasa doktor kat Malaysia memang patut kena pegi kursus cara melayan pesakit dan penjaga. Bagilah ayat yang menyenangkan sikit..Ni ayat nak buat orang sakit hati lagi adalah!
Serius! Aku tension tentang hal itu..Dan malas nak fikir panjang..terus saja aku melangkah keluar..!
Dan malamnya, suhu badan Nabila masih belum turun..Panas namun Nabila tak merengek. Baik benar dia malam itu. Tidur pun nampak tenang. Cuma jam 4 pagi, setelah terasa dirinya sudah kembali sihat, mulalah mengajak ibunya bermain pagi-pagi buta nih. Huhu..layankan saja..Kejap kat tingkat atas..kejap kat tingkat bawah..dan sudahnya, Ayah Nabila mengejutkan aku subuh pagi itu. Aku terlena di ruang tamu, manakala Nabila di dalam buaian.
Dan paginya, sepertinya Nabila sudah kembali pulih. Dan sempat mengambil gambarnya bermain di tengah rumah tadi...

~tengah tengok TV..cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah..hehe~
Dan ini pula..sewaktu tengahari tadi..
~main tepuk amai-amai~
~main kayu kayan nih..konon-konon macam kusyuk jer..lain yang disuruh..lain yang dibuatnya..~
~Huh..mengamuk sudah!! Ibu adik nak susu!!~

Petang..Nabila mula menunjukkan taringnya. Serba tak kena dibuatnya..Berbuai la kami berdua di luar rumah..Huh!! Bila nampak langit..senyap! Nampak sangat la si kecik ni nak jalan.
Start kereta, terus gerak jalan. Ingat nak bawak Nabila ke KLCC..Nak try bawa dia ke taman permainan di situ. Alamak aiiii.. hujan la plak. Terus menuju ke Subang Jaya.. (sebenarnya dah tak tau nak kemana..)
Dan inilah lagaknya...

~senyum sengih minah Bella nih~
Dan sempat gak la merasa Nabila main kat sini..
Bila melihat anak orang lain sedang seronok berlari sana-sini..tiba-tiba hati ni sayu. Andai Nabila sihat..pastinya dia juga sama seperti anak-anak itu. Takpelah dik..dah rezeki kita begini..Ibu terima dengan hati yang terbuka. Akan ibu bagi apa yang patut Nabila rasa sama seperti anak-anak normal yang lain..
Kami menyinggah ke satu kedai ini. Sedang mencari baju untuk Nabila..sales girl datang dan bertanyakan umur Nabila..
"Umur berapa bulan ek?"
Abg yang tolong jawabkan..
"3 tahun.."
Kata Abg, dia nampak budak itu dengan muka terkejutnya. Dan mata budak itu asyik memandang Nabila sehinggalah kami keluar kedai. Perasaan aku? Huh! Tak heran dah! Dah selalu kena ayat dan pandangan mata itu..so tak rasa apa dah..
Hurm..Jangan ingat anak semua sihat ok! Anak special sekarang ni pun dah banyak berjalan-jalan kat shopping complex tau. Dan banyak parents yang punya anak special dah tak simpan atau sorok anak mereka lagi..So, kalau rasa-rasa nampak budak tu lain dari anak-anak tipikal, janganlah renung sampai nak terkeluar bijik mata tu. Hurm..budak tu pun tak senang orang dok asyik pandang dia je.
p/s: Hurm..Nabila tewas untuk contest babymanja. Ala yang kedai Manjaku tuh. Huhu..takde rezeki lah adik..Tapi apapun terima kasih pada semua yang vote Nabila..Ramai gak yang vote..Dan rasanya dah tentu Nabila sorang saja anak special yang masuk contest tuh..huhu..Yang menang semuanya anak tipikal. Comel gak anak-anak kecil yang menang tuh.... :)

02 February 2011
Tepuk amai-amai...
" Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Tepuk Nabila pandai siang malam upah susu
Susu lemak manis santan kelapa muda
Nabila jangan menangis ibu nak buat kerja.."
Lagu yang sering kunyayikan untuk Nabila. Sangat klasik!!
Sedari dulu aku mengajar Nabila bertepuk tangan. Pada awalnya keras bila kedua tangannya disatukan. Namun, bak kata orang, latihan berulang kali untuk anak brain injured ini pasti akan membuahkan hasil. Cuma kesabaran dalam diri ini perlu ditingkatkan lagi.
Sememangnya aku bukanlah penyabar orangnya. Namun, bila memikirkan kondisi Nabila itu, membuatkan aku cuba menguatkan diri. Dan sentiasa ingat hasil usaha sahabat ini. Jiey Mama Rayyan selalu menjadi sumber inspirasi aku. Aku selalu mengingati setiap keazamannya demi Rayyan.
Kebelakangan ini aku menyedari tangan Nabila sentiasa berpegangan antara satu sama lain. Dan pabila aku menyanyikan lagu tepuk amai-amai, Nabila cuba memegang tangan kanan dan kirinya seolah-olah seperti mahu bertepuk tangan. Dan semalam, ianya lebih nampak ketara. Mak juga perasan tentang perkara itu.
Tanpa aku sedar, air mata ini bergenang bila melihatkan telatahnya itu. Sayu namun aku gembira. Sekurang-kurangnya Nabila cuba melakukan sesuatu yang telah ku ajari dulu. Biarpun orang kata ianya hanyalah pencapaian kecil..namun aku gembira sangat. Bukan mudah untuk seorang anak brain injured melakukan perkara sedemikan rupa.
Alhamdulillah..Dan semalam, aku mencari sesuatu untuk Nabila. Aku cuba mencari toys yang boleh membantu dari segi skill motor halus. Dan sampai saja di rumah aku terus mencuba permainan tersebut untuk Nabila. Pada mulanya tangan keras dan agak sukar untuk membantunya memegang bola-bola tersebut. Dan berulang kali kucuba, akhirnya tangannya sudah mahu mengikut rentak permainan tersebut.
Permainan yang mudah. Bola-bola dipegang dan diletakkan di dalam bekas yang disediakan. Dan selesai bermain, puji-pujian ku berikan padanya sambil bertepuk tangan. Mulanya mulutnya muncung panjang, dan setelah 2-3 kali dipuji, Nabila tersenyum lebar. Anak ini sudah pandai!, bisik hatiku.
Dan hati ini akan cuba dan cuba lagi berusaha untuk anak ini. Moga perjalanan anak ini dipermudahkan. InsyaAllah..Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)