Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 July 2011

Antara gadjet yang mahal atau berbaring saja di tilam..?



Ya, saya rasa perkara ini banyak difikirkan olehh ibu bapa yang inginkan yang terbaik buat anak. Lebih-lebih lagi khas untuk anak-anak istimewa.

Saya tak terkecuali dalam hal ini. Ada yang bertanyakan kepada saya apa yang harus dibeli untuk anak mereka. Supaya nampak lebih selesa dan  membentuk postur yang betul.

Saya tak mencadangkan apa-apa jenama yang sesuai walaupun saya sendiri suka pada jenama-jenama tertentu. Namun sejak kebelakangan ini, saya merasakan adalah lebih baik andai saya tidak mengajar Nabila dengan apa jua jenis barangan yang dijual di Malaysia ini.

Kenapa?

Untuk anak istimewa, adalah lebih baik diletakkan di bawah, ditempat yang rata agar mudah untuk mereka 'explore' perkara disekeliling mereka. Seperti contoh, buaian atau rocker. Dulu, saya beria-ria mahu Nabila berada dalam rocker. Dan saya gembira bila nampak Nabila selesa dan mudah untuk dia melelapkan matanya. Namun, apa sudah jadi pada Nabila? Memusingkan badan dan meniarap adalah perkara paling sukar untuk dia lakukan sehingga dia berumur 2 tahun.

Agak menyesal juga saya bila difikirkan hal sedemikian. Agaknyalah, kalau saya tak ajar rocker padanya, mungkin Nabila boleh berpusing dan mengesot lebih awal bukan? Sebab saya pernah nampak Nabila meniarap sendiri sewaktu dia bayi (walaupun sekali dua) dan cuba untuk mengangkat kepalanya tinggi ketika meniarap.

Begitu juga dengan buaian. Sejak diajar buai, Nabila sering menangis di sekolah kerana mahukan buaiannya untuk bermain (Nabila nih buainya di buat main..bukan untuk tido..hehe). Dan agak runsing juga bagaimanakah caranya untuk memberhentikan tabiat berbuai ini. Dan akhirnya saya tekad, bilamana Nabila bersekolah di tempat baru, saya berhentikan buaianya. Dan kini sudah hampir 2 minggu Nabila tidak berbuai, dan nampak Nabila makin baik. Tidak suka mengamuk-ngamuk seperti dulu. Dan tidurnya juga mudah. :)

Pernah dulu ada kawan saya bercerita tentang semua gadjet-gadjet ini. Kawan saya pernah ke satu centre di mana tempat tersebut tidak mengalakkan penggunaan buai dan sebagainya. Untuk anak-anak istimewa, biarlah berada di bawah. Diletakkan di atas tilam yang nipis bagi memudahkan dia untuk berpusing sendiri. Walaupun anak itu masih belum boleh berpusing sendiri, tapi bila lama-lama pasti dia akan cuba menggerakkan tubuhnya. Ini berdasarkan pengalaman saya menjaga Nabila. Tak pasti pula kalau ada yang lain.

Mungkin juga ada segelintir anak-anak yang memang mahukan buai untuk tidur dan sebagainya. Tidur tak lena kalau takde buai katanya. Ok je bagi saya. takde masalah pun. Cuma kalau boleh janganlah dibiarkan selalu di dalam buai itu. Kadang-kadang nak juga mereka berbaring di lantai atau dudukkan di kerusi. Macam Nabila pun, saya sendalkan bantal-bantal di sekelilingnya atau duduk saja di bumbo chairnya.. :) Cuma sejak tak berbuai ni, Nabila lebih suka duduk di Doomoo chairnya.. :) Selesa.. :) Saya pun kadang-kadang tumpang baring kat situ..hehe..

Itu hanya pendapat saya. Maaf kalau pendapat saya berbeza dengan pendapat orang lain. Kerana semua ini hanyalah berdasarkan apa yang saya alami bersama Nabila sepanjang 3 tahun ini.. :)

7 comments:

produk ococ said...

Anak kan ibarat kain putih...kita yang mencorakkannya..

Bicara hati ibu aisya said...

Itu ayu setuju.Dan ayu juga telah dinasihatkan oleh pakar fisioterapi aisya dulu.Adalah lebih baik anak-anak diletakkan hanya diatas tilam nipis.Supaya mereka belajar berpusing sendiri untuk meniarap (aisya pun xmeniarap, xmerangkak dulu).Kalau di dalam buaian atau rocker, bagaimana mereka nak berpusing kan?

Anonymous said...

yes ina..100% agree with u...jgn digalakkan anak2 istimewa diletak di atas rocker, buai atau walker(yg utk baby normal belajar berjalan)...that will limit their movement...floor is the best place for them...maksud floor nie, bukan simen sejuk2 nie...hehehe...macam ayu ckp, letak kat atas tilam nipis dan rata...let them explore...dan kalau boleh sekali sekala, kalau utk budak yang belum boleh roll over tuh, digalakkan utk letakkan anak itu dlm keadaan prone position, walaupun anak tu belum kuat angkat kepala...bila kita bubuh dlm keadaan prone position, akan ade sentuhan antara tangan, kaki dgn lantai...bila bersentuhan, pergerakan kaki tgn dgn lantai dpt stimulate dia utk bergerak,merayap(crawling) dan seterusnya...Kalau kita letak anak tu terlentang jer...pergerakan kaki tgn dia yang tergapai2 akan sia2...ini yang yati bace dlm glen doman nyer buku...hehehhe...ade logiknya kan...;)
-haryati yaacob-

Pnut said...

Ina-anak-anak akak, mmg tak diajar tido buai..jadi budak-budak ni boleh tido di mana saja.. kat kedai makan, kat rumah dalam keter sorong.. belasah je... mmg mudah budak tak tido buai ni bawa diri..ehehehe

ieda said...

bukan anak2 istimewa ja.anak2 biasa pun sama.ramai org suka guna walker tp mengikut kata seorang lecturer akak dulu walker tu tak elok, in which,melambatkan perkembangan bayi.lebih elok letak kat lantai & biar dia develope semua skill sendiri.

p/s..akak masa kecik2 dulu suka tidur dlm buaian...hehe

Unknown said...

Ina kalo de mase sket ce caik gadjet yg 2nd hand ke..rase2 kalo anak2 normal ni pon kite nak beli gadjet2 mahal,takot xberbaloi..ce tgk2 kalo ade org yg nak jual..mebi die leh kasik murah2 sket ke..

Tika said...

Pada saya pula, istimewa atau tidak anak itu.. memang tak berapa bagus diletakkan di rocker, bouncer, walker dan sebagainya.. Perkembangannya menjadi tidak secara semulajadi dan kalau anak istimewa pula, melambatkan lagi perkembangan bila asyik 'dibantu' untuk duduk, berdiri, etc.

;)