Tipu saya katakan saya tak cemburu dengan anak itu. Kadangkala saya terfikir, mengapa Nabila dipilih untuk hidup dengan cara begini?
Saya sering membayangkan andai kehidupan Nabila adalah sebaliknya. Iaitu menjadi seorang yang normal. Pastinya kini saya sedang sibuk melayan keranahnya yang mahukan itu dan ini, dan juga pastinya mulutnya riuh bercerita apa yang ada disekelilingnya.
Mungkin juga kehidupan saya dan abang berubah.
Mungkin Nabila sudah punya adik di bawahnya.
Mungkin saya tidak akan duduk di rumah mak dan sentiasa bersama abang.
Mungkin saya tak perlu susah payah untuk menghantar Nabila ke sekolah lagi.
Mungkin Nabila tidak duduk bersama neneknya sedari kecil. Hantar ke nursery barangkali..
Mungkin Nabila tidak perlu melalui sesi terapi yang menyakitkan dan juga beratus-ratus temujanji yang sedia menanti sejak dari lahir lagi..
Segala itu hanya kemungkinan dan hanya angan-angan saya saja. Takkan ianya terjadi..
Bila saya kembali ke dunia realiti, Nabila masih dalam dukungan saya. Masih lagi dalam pelukan saya. Masih lagi perlukan saya untuk makan, minum dan mandi.
Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Biarpun ianya sulit bagi mereka yang di duga, namun pasti ada manisnya di sebalik segala yang berlaku itu.
Andai Nabila sihat seperti anak-anak lain, pastinya saya tidak akan puas menjaga dirinya seperti anak kecil. Dan pastinya juga kasih sayang dan pengorbanan saya tidak sehebat sekarang ini. Sanggup lakukan apa saja demi mencari yang terbaik buat si kecil ini.
Saya syukur kerana terpilih menjadi ibu kepada Yasmin Nabilah. Kerananya, saya belajar menjadi extraordinary. Luar biasa dari biasa. Dan pastinya sifat sabar saya lebih teruji dengan kehadiran anak ini.
Terima kasih Allah kerana memberikan kehidupan ini kepada hamba-Mu ini. Aku syukur kerana Kau masih memberi peluang padaku untuk hidup sempurna biarpun di mata lain tidak sesempurna mereka.
11 comments:
semuga ina dan keluarga di berikan ketabahan dan kesabaran dalam menjaga dan mendidik nabila yg comel ni.....akak pon merasa keperitan yg sedang ina lalui ini dan masih lagi mengharungi....semuga kegembiraan sentiasa bersama anak2 comel kita ini...
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya.. :)
insyaallah...wani pun slalu fikirkan apa yg ina tulis...mcm wani, slalu bayangkan kalau adik isya sama macam kakak aina...tentu waktu ni dia dah nak bertatih...tapi apakan daya kita, Tuhan dan tentukan apa yg terbaik buat kita...kitalah insan yg terpilih memegang amanahNya yg tak ternilai ini...moga Dia akan terus memberikan kita kekuatan...
salam perkenalan.
kita amat bertuah kerana dikurniakan anak istimewa ini yang menjadikan kita juga begitu istimewa. Betapa indahnya semua pengalaman yang kita lalui menjadikan kita insan yang lebih menghargai segala kurniaan Ilahi. InsyaAllah.
saya juga mempunyai anak seperti Nabila. Mungkin banyak yang kita boleh kongsi bersama selepas ini...
You're gifted my dear...proud ngan u..ape yg u buat hanye terbaik tuk nabila...at least we have anak yg akn doakan kite di sane nanti...hug n kisses to nabila...
soalan dan jawapan yang sama sering menerjah benak suatu ketika. Kadang sampai sayu melihat anak orang yang sebaya, dah pandai macam2... sedangkan Aimy??? cian Aimy...
Tapi tu laa... dulu pernah rasa Adani cepat sangat membesar, cepat rasa dah tiada baby... sebab dia segalanya cepat. Allah bagi Aimy, utkku merasa puas menjaga dan membelai 'baby' semahunya.. syukur Alhamdulillah.. nikmat Allah yang kita tak tahu..
Moga nabila dipermudahkan urusannyer dalam segala hal...mama tz doakan yang terbaik untuk nabila..
saba yer...skurangnye nabila pergi school...ank sy nk msuk umur 4 taun pn sy lom yakin n xtau ke school mne hrus di hala kn...
sabar ye..n sma2 la kte brdoa moga kte diberi kesihatan yg sihat jugak kekuatan tuk tempuh sumer ini..amin
;) Kekuatan dan semangat itulah yang ayu pernah pinjam dulu!
Hidup perlu diteruskan walaupun penuh onak ranjau.Kehadiran anak-anak ini sebenarnya banyak mengajar kita pengalaman hidup berguna yang xsemua ibubapa lain mampu melaluinya.Kita bertuah memilikinya!
semoga ina terus kuat..
how i admire u sis!!
Post a Comment