Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 July 2011

Kaki oh kaki...

Saya ada bercerita tentang mimpi saya pada entry lepas bukan? Mimpi saya melihat Nabila berjalan.

Sebenarnya tadi di PDK saya dan cikgu banyak bercerita tentang kaki Nabila. Dan kebetulan ada seorang akak yang mempunyai anak berusia 16 tahun. Disahkan Cerebral Palsy akibat jatuh dari buai sewaktu berusia 7 bulan. Sayu saya bila mendengar kisahnya. Anak itu sihat semasa kelahirannya dan pabila perkara itu terjadi, semuanya bagai direntap..

Katanya, sepanjang usia 16 tahun, sudah berulang kali anak itu menjalani pembedahan. Doktor mengesan tulang pada kaki sebelah kiri agak pendek berbanding kaki kanan. Dan banyak kali pembedahan di bahagian lutut dan juga bahagian buku lali. Katanya kakinya tegak, lurus dan ketat.

Saya terfikir tentang Nabila. Kakinya juga keras bila saat saya berdirikannya. Jika dulu tapak kakinya boleh diluruskan. Namun kini agak sukar.

Hati mana tak gusar bila melihatkan keadaannya begitu. Tadi, saya cuba berdirikan Nabila di katil (sebab standing frame Nabila tak boleh guna dah..). Kaedahnya? Saya sandarkan Nabila ada kaki katil. Saya tekan punggung rapat pada katil dan juga tapak kakinya rapat ke lantai. Nabila cuba untuk melawan. Ya, saya gunakan sehabis daya saya untuk membantunya meluruskan kakinya. Keras!!

Saya takut. Saya takut lihat kaki Nabila. Sungguh saya rasa bersalah. Kerana membiarkan kakinya sehingga jadi begitu.

Saya berkata pada Nabila...

"Dik, jangan keraskan kaki tu. Adik kata adik nak jalan kan. Adik suka berdiri kan. Kalau kaki keras, camner adik nak jalan sendiri. Adik kena jalan sendiri tau. Nanti takde sapa nak dukung adik..."

Respon Nabila..?

Hanya memandang tepat pada arah saya sambil senyum.. :)

(senyum-senyum gak adik oii..Ibu takut nih.. )

Saya tak mahu Nabila sampai ke tahap untuk menyuntik botox atau menjalani pembedahan. Cukuplah apa yang saya rasa dulu. Sakit Nabila, pedih saya. Saya tak mahu melihat kesakitan si kecil ini. CUKUPLAH!!

Jauh di sudut hati saya, selagi nyawa dikandung badan, saya cuba untuk usahakan segalanya yang saya rasa baik untuk Nabila. Itu janji saya pada Nabila. Biarlah susah saya, sakit saya, saya rela. Demi Nabila.......


 ~kaki yang pernah cedera satu ketika dulu akibat kecuaian saya..aduh..pedih..!!!

p/s: Akak yang anak dia umur 16 tahun tu, sampai sekarang takde anak lain selain anaknya nan satu itu. Mungkin niatnya tidak mahu ada anak lagi. Mahu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat anaknya tercinta. Kasih ibu... :(

Terfikir nak mohon standing frame untuk Nabila. Saya mahu mohon alat bantuan itu. Tapi saya tak tahu bagaimanakah caranya. Saya mahu gunakan kemudahan yang telah diberi sebagai penjawat awam. Ada sesiapa tahu caranya? boleh email kat saya di antu_suci83@yahoo.com atau leh saja komen kat bawah entry ni...Manalah tau komen tu boleh bantu yang lain juga...terima kasih.. :)

4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Ina, dulu masa aisya wat fisio ayu pernah tanya tentang permohonan nak dapatkan standing frame nih.Ina suruh pihak hospital buatkan surat sokongan dan uruskan prosesnya.Insyaallah leh dapat.Trylah.

Mommy Ummar said...

salam...

dun regret ya dear...rasanya bukan you cuai, you dah cuba yg terbaik utk nabila kan..jgn sedih2 ok..
*huuugs*

Unknown said...

salam ina...caranya ina mintak quotation dgn pakar terapi nabila kat hospital...quotation tu ina kena lampirkan dalam borang memohon bantuan alatan perubatan...borang tu blh ambik kat jabatan...kerani akan submit borang tuh...dan hantar ke JPA..tunggu proses yg makan masa hampir 6 bulan...tapi mcm pegawai pendidikan prosesnya lain...akak kena beli sendiri dulu alat tuh...dapatkan juga quotatin dan resit...baru isi borang...kerani akan submit ke JPA...kelulusan dihantar ke Pejabat plajaran Daerah...baru claim lulus...proses claim lebih cepat...tapi kena ada duit dulu...cuba tanya Jumajihah...blog Nuyin-nuyinku...dia tau kat mana supplier standing frame tuh...rasanya kat Cheras, dia pun mohon guna SBP jugak...

MommaNazrin said...

sba yer ina...xpe kte bssh payah asalkn ank kte dpt yg trbaek...ank sy dlu umur 2taun baru brjalan...mmg isau ble ank kte lmbat bjalan...ina cba la ape jua cara ye...tpi yg pnting sba & brdoa...