Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

16 July 2011

Nabila dan aktiviti sekolahnya...

Petang tadi, saya ambil Nabila agak awal dari kebiasaan. Dan bila saya bertanyakan pada teacher Nabila apa yang sedang dia lakukan, dia sedang duduk bersama Aimy di dalam stroller sementara menantikan saya menjemputnya pulang. Alisya pula tidak kelihatan, dan kata mereka Alisya tak datang. Aimy terlelap di dalam stroller sambil mulutnya sedang minum air kosong dalam botol. :) Comel saja budak berdua ini. Dan bila terdengar suara saya, terus saja Aimy tersedar dari tidurnya. Ibu bising yek sayang..

Teacher Nabila sibuk menunjukkan kepada saya apa yang dilakukan Nabila sepanjang hari ini. Rupanya mereka mengambil gambar Nabila.. :) Hurm..bila difikirkan itulah jauhnya perbezaan sekolah lama Nabila dan sekolah sekarang ini. Teacher yang sangat peramah dan tak takut untuk berhadapan dngan parents. Ini bila jumpa parents semua takut-takut. Macamlah semua parents nak marah-marah.

Saya tepekkan gambar Nabila sepanjang minggu ini..


~aktiviti di pagi hari..hehe..nampak muka Nabila takut-takut..kaki tu keras..susah betul nak tegakkan tapak kaki.. :( ~


~Antara pic feveret ibu.. Aktiviti yang selalu saya lakukan di rumah bersama Nabila. Tapi dah lama tak buat..huhu..~


~aktiviti yang buat saya kagum.. Nabila melukis dengan bantuan teacher nya..hehe..boleh la kan..dari asyik terbaring je..huhu. Kusyuk betul si Nabila nih.. Entah apa la yang difikirkan Nabila agaknya bila teacher pegang tangan dan lukis.. :)


~Hamboi..!!sampai terlena bila teacher suh buat kerja sekolah. Dasat Nabila nih..~


~ sekolah main-main yek Nabila..kemain lagi gelaknya..sure mengekek ketawa nih..hehe~

Bila melihat semua ini saya bersyukur. Serius saya katakan banyak perbezaan antara sekolah lama dan baru. Pada saya aktiviti inilah yang saya mahukan untuk Nabila selain dari fisioterapi. Kerana perkara-perkara inilah yang akan mengajar Nabila untuk berdikari sendiri. Ya, saya tahu walaupun sudah terlambat untuk budak 3 tahun memasukkan blok-blok mainan ke dalam sebuah bakul, namun dari situ dia kan belajar pelbagai perkara. Memegang, mengangkat, dan meletakkan sesuatu benda di tempat yang sepatutnya. Semua itu basic kehidupan harian bukan?

Agak menyesal kerana terlambat memasukkan Nabila ke sini. Tapi better late than never, right? hehe..




~on the way nak balik rumah. Entah apa yang dia suka saya tak pasti. tapi serius macam Nabila sedang berkomunikasi dengan saya. Terutama bila saya cakap saya nampak kereta besar mewah di hadapan saya. :) Dan bila saya nyanyi, dia dah tahu itu lagu feveret dia. Lagu klasik tepuk amai-amai.. Hurm..abaikan je suara saya yang sumbang mambang itu ok. Fokus saja pada Nabila yang ketawa mengekek tu..hehe...Hurm babak akhir pun sama. Tetiba polis dok ushar ibu..kelam kabut simpan hp..hehe~

6 comments:

Mamanurin said...

alhamdulillah...nampak nabilapun happy kat sana

ak yuyunz said...

yaAllah.. terharunya tgk nabila.. ina mmg ibu yg kuat..

Unknown said...

Alhamdulillah...ina dah buat satu keputusan yg tepat...nabila nampak happy betul.........

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..ina, ayu tumpang gembira dengan perkembangan terbaru nabila.Seronok tgk dia ketawa gembira.
Hug n kiss tuk nabila..

MaMa ArIaNa.. said...

Alhamdulilah...dh byk perubahan nabila...gelak besar dia...happy tgk nabila...muahhhh

Tika said...

wah ada gambar ke?? nak gakkk!!! hahaha.. Sebenarnya saya juga selalu tertanya².. apa aktiviti mereka, nak ke Aimy ikuti..

Kadang curiga dan fikiran negatif terlintas juga.. haha. Tapi bila lihat Aimy setiap pagi sampai di hujung jalan sekolah pun dah menegakkan badan dalam car seatnya bagai tak sabar nak keluar.. Kemudian sampai depan pagar, dah tersenyum melihat ke dalam pagar.. Tak sabar nak keluar, nampak teacher dah menggeletek kaki tangan dan ketawa.. Menandakan?? Ya Menandakan dia gembira di sekolah kan! Syukur Alhamdulillah.. Tak aci ni, nak minta gambar gak ler.. Tu nampak muka Aimy sipi² jer tu.. hahahhaa.

Aimy memang mudah terjaga kalau tidur siang ;)