Ya..Memang good girl dia hari ini. Tersenyum saya melihat telatahnya tadi..
Hari ini Nabila tidak ke IMC. Dan seperti biasalah, khamis adalah hari di PDK nya. Sampai di PDK, matanya agak layu. Kerana 'mabok' ubat selsema dan antibiotik *aduhai..selsema masih degil tak mahu hilang lagi dari hidung Nabila*.
Di PDK pun takde orang lain di Kelas Cerdas selain Nabila. Kata Cikgu Gayah, ramai yang datang hari Rabu semalam. Takpelah.. Ok saja takde orang pun. :)
Pagi tadi seperti biasa sesi urut dimulakan. Menggeletek suka bila Cikgu Gayah mengurut badannya. Penggeli Nabila ni sebenarnya. Pantang orang usik belakang dan tengkuk..sure ketawa kegelian..hehe. Dan aksi mengamuk tak berlangsung hari ini. Mood baik.. :) Mata pun kuyu je..agaknya sedap badan kena urut.. :)
Lepas urut..terus masuk bilik spa. Macam biasalah. Cuma saya perasan Nabila nampak lebih kerap memandang tepat ke arah saya bila dia berada di dalam tub. Nabila memandang saya kah? Saya tak pasti. Tapi tadi kerap betul. Kejap-kejap dia pandang saya. Adakah dia benar-benar melihat saya? Wallahulam..
Lepas mandi, saya bawa ke bilik snoozelen pula. Hurm..bila pasang je lagu-lagu bunyi ombak dan burung, ditambah pulak dengan suasana malap-malap cahaya lampu..terlena dia di dalam bilik itu. Hurm..Sudahnya sesi terapi saya tamatkan sendiri. Dah selamat tidur..nak tunggu pun nak buat apa kan.Kemas-kemas terus balik lah! hehe..
Cikgu Gayah terkejut bila saya cerita Nabila dulunya tak boleh berpusing mengiring sendiri dan mengangkat badan untuk bangun. Tadi sewaktu Cikgu Gayah sibuk urut badan, Nabila cuba mengangkat kepala untuk bangun. Nampak kuat sedikit banding dulu. Agaknya sesi di sekolah banyak membantu badan Nabila terus kuat dibahagian pinggang dan tulang belakangnya. Ya..perlu usaha lagi. Dan tak lupa juga doa terus-menerus semua pembaca blog Nabila. Alhamdulillah..terima kasih atas doa kalian buat Nabila saya.. :)
2 comments:
Nabila comel...ramai yg jatuh kasih padanya...moga nabila terus maju dan maju........
wah perkembangan yg amat positif.. syukur Alhamdulillah. TErharu rasanya.. Saya pun suka sangat melihat perkembangan Aimy.. Syukur Alhamdulillah.. Nikmat Allah tiada nilainya..
Moga anak2 kita terus berkembang maju, sihat dan sentiasa beroleh kejayaan
Post a Comment