Ya tentang cermin mata..
Saya sememangnya memakai cermin mata. Cuma saya pakai sewaktu memandu sahaja. Waktu-waktu lain saya membiarkan mata saya tanpa rasa rimas dengan bercermin mata.
Serius..saya sangat rimas. Saya mengesan kerabunan saya sewaktu saya berada di tingkatan 2. Saya masih ingat lagi, saya duduk paling belakang. Tepi pintu. Pada waktu itu saya tidak tahu mengapa mata saya kabur bila saya memandang papan tulis. Saya seringkali meniru apa yang rakan sebelah saya tulis. Tiru nota je ok..bukan tiru time peksa..hehe..
Dan di tingkatan 3, saya duduk paling hadapan. Konon-konon nak score banyak A dalam PMR. Nak tumpuan lebih la konon..Walhal mata tu memang dah tak nampak..
Ayah pula belikan cermin mata yang besar. Tak comel saya..huhu..Muka ala-ala skema jer..Pakwe pun tak nak dekat.. :(
Oleh kerana itu saya tak suka memakai cermin mata. Dan sehinggalah kini. Power mata saya takdelah tinggi sangat. Sebelah kanan dalam 200++ dan sebelah kiri 150++ . Tapi tu cermin lama. Tak taulah power sekarang berapa. Sebab power saya ini sama saja seperti masa sekolah dulu..
Cuma tadi, selepas habis kursus, saya tertinggal cermin mata saya di bilik komputer PNM. Dah sampai kereta baru perasan. Nak naik balik ke PNM malas. Saya tawakal saja untuk memandu ke USJ. Bila melihatkan waktu yang masih cerah lagi, saya yakin saya nampak jalanraya. Jangan memandu waktu malam. Sure tak nampak punya...huhu..
Tadi pun sewaktu sampai di sekolah Nabila, teacher kata Nabila demam. Lemah saja saya melihat tubuh badannya. Teacher kata dia tuamkan badan Nabila dan beri ubat demam. Kesian Nabila. Demam sentiasa on off. Malam tadi pun sama. Jam 4 pagi bangun kerana tak sedap badan. Saya beri ubat dan Nabila kembali tidur dengan tenang.
Dalam perjalanan tadi, saya tak putus-putus doa agar perjalanan saya baik-baik saja. Namun, sampai saja di highway NPE, Nabila muntah. Penuh habis bajunya. Kereta dan penuh bau muntah. Saya buka tingkap sebab naik pening bau muntahnya. Saya cuba mencari tempat untuk berhenti dan sudahnya saya berhenti di tepi pintu utama Angkasapuri. Saya mencari baju Nabila, rupanya habis. Teacher sekolahnya menggunakan semua baju yang saya bekalkan pagi tadi.
Alamak, macamana ni? Baju dah kotor. Sudahnya saya tanggalkan juga bajunya dan Nabila hanya berseluar saja. Saya selimutkan dadanya takut dia sejuk.
Sampai rumah, nenek Nabila pelik. Apa pasal pula cucunya tak berbaju? Huhu..
Dan sekarang ini, Nabila nampak lemah. Saya sudahpun memberikan ubat padanya. Dan esok saya terpaksa ponteng sekolah Nabila gara-gara tak dapat memandu di waktu subuh hari kerana tertinggal cermin mata. Adoi..Tapi ada hikmahnya cermin mata tu tertinggal. Nabila pun tak berapa sihat. Kesian pula kalau dia bersekolah. Mujur neneknya tak dylisis esok..huhu..
1 comment:
huhu Nabila demam teruk tu sampai muntah... ciannya dia.. Aimy pun demam tetiba gak rabu tu.. Yang bestnya, dari hari pertama gi IMC saya bekal ubat demam. Pagi Rabu tu SENGAJA tinggalkan sebab ntah nape tak muat bag hahaha. Tapi nak jadi cerita demam laks dia.. huhu. Teacher Aimy terpaksa ambil ubat demam Nabila sket bagi Aimy dan sponge badan dia. Terima kasih banyak² ek Ina.. Tak sempat nak ucap terima kasih ubat Nabila.. Tapi tak tau la teacher mrk cakap ke tak kat ina.. hehe. Lepas ni memang demam ke tak demam, sentiasa bekal 3 ubat.. demam, selsema dan batuk hehe.
Post a Comment