22 March 2011

Nabila tetap maintain 'slim'..

Cerita bab makan lagik... :) hehe...

Sejak kebelakangan ini, saya nampak Nabila begitu berselera untuk makan. Cuma kadangkala barangkali kenyang, dia cuba menolak dengan tangannya, tanda tidak mahu makanan atau susu di suap ke mulutnya.. :) Comel!! Sudah pandai menepis bila tidak mahu sesuatu dan terus cuba untuk bangun dari ribaan saya!

Walaupun banyak mana Nabila makan, badannya tetap kurus. Malah nampak panjang dan tinggi. Dan pastinya mengikut gen atuk-atuknya yang tinggi lampai.. :) Saya dan Abg sememangnya 'kementot'. Tak cukup ketinggian!

Namun, bila dipandang ibunya, ibunya yang naik berat berkilo-kilo. Entahlah. Mungkin juga kesan dari pemakaian alat perancang menyebabkan hormon saya berubah mendadak. Terlalu obes! Saya risau dengan kesihatan saya kini. Saya dapat rasakan gaya hidup saya sudah berubah. Dan penampilan saya..MasyaAllah..buruk sangat!!

Tapi bila saya pandang Nabila, mungkin juga Nabila tidak akan mengikut jejak langkah saya. Pastinya dia kurus dan tinggi. Dan saya tidak kisah andai berat Nabila tidak naik. Sebab saya tahu, Nabila mungkin memahami saya. Jika beratnya yang melampau, bagaimanakah agaknya untuk saya mendukungnya? Meribanya bila memberinya susu dan makan? Saya berfikiran disudut positif. Tidak mahu perkara negatif tentang berat Nabila membebani fikiran saya.

Tapi saya tidak mahu pula orang berfikir bahawa hanya saya sahaja yang makan. Bukan Nabila. Aduhai.. Bukan saya pinta untuk bertubuh begini. Nabila pun bukannya saya tak bagi makan langsung sampai dia kurus kering begitu. Mungkin perutnya kecil. Dan mungkin juga mengikut perangai ayahnya yang makan suka tidak menambah. Makan hanya sedikit saja. Jika begitu, apa lagi yang perlu saya katakan.. Aduhai !!

Apapun, anak dara saya tetap comel di mata saya, walaupun beratnya hanya 8kg je.. :)

3 comments:

Yana@Noni said...

Ina sama mcm adik akak...ms zmn anak dara dulu die cekeding tul tp bile dh kawin..mungkin kesan dr pengambilan perancang..berat badannya naik mendadak kalah Ina tau...xperlah badan berisi janji jgn sampai tahap obesiti melampau & yg paling penting kesihatan mesti dijaga...:-) lg 1 janji cik abang semakin sayang:-)

Mama Q said...

Ina..kelakar plak n3 kali ni..pasal berat bdn...tp mmg betul la ina...saya selalu terkena bilamana org tgk anak..pah tu tgk saya..mesti dia org ckp..."naper Sofea kurus sgt?..ni mesti mama dia yg makan"..nak kata sedih x jugak..nak kata kelakar pun x jugak...hmm..obes obes...pergi la ko obes!
Dan sememangnye Nabila mmg comel di mata saya juga

Kerikil Kehidupan said...

hehe...akak pun macam tu ina...dulu makan pil perancang...berat naik 4kg sbln...pernah mencecah 80kg...tukar IUCD pulak...berat badan taklah naik mendadak...masalah lain pulak yg datang...period terlalu lama...dan skrg tak makan apa-apa..berat badan still mantain...hehe macam mana tu...

Tak per...yang penting kita sihat...dan Nabila pun sihat....

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...