Assalamualaikum wahai anakku Nabila sayang..
Warkah ini ibu tujukan khas buat anak ibu..sempena hari kelahiran Nabila yang akan tiba tidak lama lagi.andainya Nabila dapat membaca warkah ini..hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Nabila..Jam 4 pagi nanti..Nabila telah mula beri isyarat pada ibu yang Nabila akan lahir ke dunia ini..pada waktu itu..ibu keseorangan..kerana ayah Nabila kerja pada malam itu..Ibu masih ingat lagi..ibu sedang nyenyak tidur..tiba-tiba tanda darah turun..dah ibu pada waktu itu gugup..takut..gembira..dan macam-macam perasaan yang melanda dalam diri ibu ini..
Ibu telefon ayah.Dan menyuruh ayah Nabila segera pulang.Ayah yang kelam kabut dan terkejut ketika itu, terus bergegas pulang ke rumah.Risaukan ibu yang keseorangan di rumah.Dan selepas itu ibu terus bersiap-siap.Memakai baju mengandung warna biru (baju kegemaran ibu) dan tudung serta di tangan ibu,ibu menjinjit beg pakaian Nabila dan barang-barang keperluan yang lain.Ibu buka dan periksa sekali lagi kandungan di dalam beg itu sama ada mencukupi atau tidak.Hati ibu berdebar.Tapi ibu tangkis semua benda-benda itu dengan harapan dan doa agar Nabila dan Ibu selamat nanti.Dan 10 minit kemudian ayah Nabila sampai.
Ibu berpesan pada ayah,jangan kelam kabut.Sebab ibu tak rasa sakit lagi.Jadi ayah dengan tenangnya membawa kereta dan ibu dapat rasakan ayah Nabila berdebar-debar ketika ini.Begitu juga dengan ibu.Ibu tak dapat membayangkan macamana perjuangan kita nanti.
Tibanya di hospital, ibu terus ke kaunter pendaftaran.Kebetulan ada jururawat dan seorang pesakit di kaunter.Ibu menunggu pesakit itu selesaikan urusannya.Dan selepas itu, jururawat itu bertanya pada ibu.Dan ibu menceritakan padanya apa yang telah terjadi di rumah sebentar tadi.Jururawat itu menyuruh ibu masuk untuk dibuat pemeriksaan.Ibu meninggalkan ayah keseorangan di luar sementara menunggu ibu untuk diperiksa.
Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan ibu.Takutnya ibu pabila mendengar rintihan kawan-kawan ibu di atas katil mengerang kesakitan.Ketika itu ibu masih lagi belum terasa sakit.Dan ibu tertanya-tanya dalam hati, "Sakit sangat mereka?Bagaimana sakitnya?Bolehkah aku bertahan?".Dan jururawat tadi masih lagi mencari-cari katil kosong untuk ibu baring dan di buat pemeriksaan.Sebenarnya ibu pernah masuk ke ruang menunggu untuk ke bilik bersalin.Masa itu Nabila berusia5 bulan dalam rahim ibu.Sebab Nabila hampir-hampir keguguran sewaktu Nabila berusia 3 bulan.Dan pada umur Nabila 5 bulan,ibu dikehendaki datang ke Sg.Buloh untuk pemeriksaan lanjut.Melihat keadaan Nabila sama ada sihat atau tidak.
Tidak lama selepas itu, ada satu katil kosong dan jururawat itu menyuruh ibu baring di situ.berhadapan dengan ibu ada 3 orang pesakit dan yang ibu pasti ada seorang India di hadapan ibu.menjerit-jerit mengerang kesakitan yang amat.Ibu hanya mendiamkan diri kerana ibu masih lagi tidak merasa apa-apa kesakitan.Ibu diberi alat untuk mengesan degupan jantung Nabila dan dikehendaki baring dalam keadaan diam.Ibu keresahan kerana ibu ingin beritahu pada ayah Nabila yang Ibu mungkin lama lagi di dalam.Kasihan ayah Nabila.Dan ibu tak keluar-keluar dari ruang itu sehingga jam 8.00 pagi.
Ibu akan sambung lagi kisah Nabila.Dan selepas ini ibu akan ceritakan bagaimana Nabila dilahirkan..Salam sayang dari ibu buat anakku tersayang..Yasmin Nabilah..
Yang benar,
(Noina Ali)
2 comments:
ala br nak amik feel..sambung lak..huhuhuhu
asalamualkaikum. semoga anda suami isteri tabah menghadapi dugaan drpd Allah. Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. kekurangan yang dimiliki hanya dr sudut mata manusia tetapi tidak pada hati seorang ayah atau ibu juga ketentuan Allah. Semoga anakmu Yasmin Nabila menjadi seorang anak yg taat kepada perintah orang tuanya dan suruhan allah. Amin.
carilah beberapa maklumat tentang pengurusan anak-anak istimewa dr pakar atau buku. mereka juga boleh berjaya. jgn putus asa.
Post a Comment