Assalamualaikum..sebenarnya entry kali nih dah lama aku nak ceritakan pada bloggers yang lain..tapi memandangkan aku asyik terlupa jer..makanya tak tercatit la dlm blog Yasmin Nabilah ni..
Cerita pada bulan yang sama tahun lepas!..sebelum aku lahirkan Nabila aku penah bermimpi tentang Nabila..tak silap aku masa tuh dah nak dekat bersalin..dan ia mungkin aku anggap petanda yang aku akan di timpa kesusahan waktu nak bersalin nanti..aku ingat lagi..aku balik gombak waktu tuh..masa tu keadaan aku dlm mimpi sama dengan keadaan aku masa aku berjaga(maksudnya realiti)..keadaan perutnya..muka aku yang sembab nyer..dan waktu aku balik gombak tu aku keseorangan..abg takde masa tuh..yang aku ingat bila aku sampai jer kat umah aku terasa mcm nak bersalin..nasib baik kebetulan dlm mimpi tuh ayah aku ada..dan kami terkocoh2nya nak ke hospital..dan aku tak nak bersalin kat HKL..takut..tapi ayah mcm nak bawak gak..dan aku pujuk ayah..dan ayah setuju nak bawak aku ke Hospital Sg. Buloh. Aku, mak dan ayah jer yang ada waktu tuh dan tiba2 kami mcm TAK BERGEGAS nk ke hospital..tak sampai 5 minit dlm kereta..mcm ada halangan untuk aku ke hospital..aku tak pasti apa(tak ingat) dan yang aku ingat ayah turun dari kete..aku dah rasa gelisah..dan tiba2 aku terjaga..
Aku terus tak boleh tido lepas tu..memikirkan apa yang akan berlaku..aku cuba pejam semula mata aku..tapi tak dapat..kononnya nak sambung mimpi la..tapi takat itu jer yang aku dapat..dan esoknya aku terus cerita kat abg..dan abg kata cuma mainan tido..tapi hatiku tetap rasa tak enak..tapi malas nak pikir bukan2 jadi aku biarkan saja mimpi itu..sehinggalah aku melahirkan Nabila..dan bila perkara2 yang berlaku masa sebelum kelahiran(di katil menunggu untuk ke labour room)..dari semasa kelahiran..dan selepas kelahiran..aku langsung tak terpikir yang ITU ADALAH PETANDA YANG AKU AKAN SUSAH DLM MELAHIRKAN NABILA..KIRANYA ALLAH TELAH MEMBERI AKU 'SIGNAL' CUMA AKU SAJA YANG TAK PERASAN..betul ker? tahlah..dan itulah hakikatnya..disebabkan ayah berenti dan tak boleh antar aku ke hospital dlm mimpi maka aku susah melahirkan Nabila pada realitinya..entahlah..ni semua telah ditentukan..!KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA2NYA...
Dan aku rasa mcm susah lak nak lupakan mimpi tuh..Nape siap ada petanda ye?kawan2 mcmana?betul ker ini petanda?
6 comments:
mungkin juga satu petanda atau igauan semata2. yg penting banyakkan beristighfar...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. jika tidak esok, mungkin satu hari nanti, hikmah itu akan muncul. bukan semua insan bertuah mendapat cubaan dari Allah SWT...Wallahualam.ingatan utk diri saya sendiri juga.
terima kasih bonda safia..ina mmg dah lama terpikir2 ttg mimpi tu..lagi2 lepas lahirkan Nabila..rasanya mgkin petanda..dan mgkindia nak kita ingat Dia selalu...
kadang2 ALLAH bagi petanda dalam mimpi..walaupun ada yang kata mimpi itu mainan tidor..tp tu semua ujian dariNYA..moga tabah nghadapinya..naura kalau tgk muka nabila jd sayu sangat..teringat kat DAMIA..
Naura..yelah sebab anak kita pun lebih kurang jer sebayanya..terima kasih naura atas support..
kadang2 mimpi tu tafsir pada hidup kita dan kadang2 kebetulan.Moga Allah mudahkan urusan ibunabila menjaga nabila yea..
my dear..
semua sudah tertulis...dr azali..
kesilapan atau punca ianya terjadi hanyalah untuk dijadikan penyebab....yg tertulis pasti terjadi...jgn salahkan diri sendiri...
Post a Comment