Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 April 2009

Warkah buat Nabila...(3)

Assalamualaikum Yasmin Nabilah sayang,

Selamat Ulang Tahun yang Pertama.Ibu sangat-sangat bersyukur Nabila diberi kesihatan yang baik sepanjang setahun yang lalu.Alhamdulillah.Dan doa ibu tak akan putus mendoakan kesejahteraan kamu sayang.

Ibu telah melahirkan Nabila pada jam 4.45 petang setelah ibu tewas dalam melahirkan Nabila secara normal.Ibu mula meneran untuk melahirkan kamu sejak dari jam 2 petang lagi.Sejam berlalu,dari seorang sahaja nurse yang menjaga ibu sehingga ramai yang memenuhi bilik ibu, Nabila masih lagi belum menjengah keluar.Ya Allah, tak dapat ibu bayangkan keadaan ibu pada waktu itu.Dan kesemua nurse dan doktor memberi sokongan pada ibu untuk melahirkan kamu.Pelbagai cara digunakan.Dan setelah sejam berlalu, Doktor Sarah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Nabila dengan kaedah 'Vakum'. Namun setelah 2 kali kepala Nabila 'divakum',Doktor Sarra terus mengambil keputusan untuk membedah ibu.Ibu yang ketakutan pada waktu itu dan Doktor memberitahu yang dia terpaksa menolak kepala Nabila ke dalam semula untuk memudahkannya untuk proses pembedahan.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pabila doktor menolak kepala kamu kedalam semula.Dan ibu menjerit sekuat hati ibu!

Nurse dan pembantunya beramai-ramai mengalihkan ibu dari katil ke katil yang beroda.Disitu ibu ternampak darah penuh membasahi tilam yang ibu baring tadi.Sangat mengerikan dan ibu terus mengerang kesakitan kerana kontraksi.Ibu terus di tolak ke bilik bedah.Dan ibu marah pada nurse yang menolak ibu kerana lambat.Kasihan mereka.Namun apakan daya ibu yang menanggung sakitnya.

Di bilik bedah, Pakar bius mengambil masa hampir setengah jam untuk memberi ibu ubat tahan sakit.Dan doktor itu sempat berpesan supaya menguruskan badan apabila mengandung untuk kali yang kedua.Ibu sebenarnya dah tak larat mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu.Setelah selesai semuanya ibu tertidur kerana keletihan.Ibu cuba membuka mata dan ibu ternampak bayang-bayang peralatan-peralatan besi yang bakal menusuk ke perut ibu nanti.Dan akhirnya ibu tertidur juga.

Selepas selesainya ibu tersedar.Ibu cuba memegang perut ibu tapi tak berdaya.Dan terdengar bahawa doktor sarah ingin menolak kaki ibu untuk menjahit bahagian 'bawah' yang telah digunting sewaktu vakum tadi.Anak ibu dah keluarkah?Ibu bertanya namun tiada seorang nurse pun menjawab soalan ibu.Selesai semuanya,Ibu ditolak ke ward.Ibu sempat mengucapkan terima kasih pada nurse yang bertungkus lumus menyelamatkan ibu dan Nabila.

Kemudian setelah ibu dialihkan ke katil,Ayah Nabila tiba dan memberikan beg pakaian pada ibu.Dan ayah berkata yang nenek akan masuk sebentar lagi untuk berjumpa dengan ibu.

Pada waktu itu, ibu seperti berada di kayangan.Mungkin kerna ubat pelali yang diberikan dan ibu tak merasa apa2 pada tubuh ibu.Ayah menceritakan keadaan kamu lepas dilahirkan.Ibu tak menyangka yang kamu telah lemas akibat tertelan air dan najis sewaktu dalam proses kelahiran.Hati ibu bagai tersayat pabila mendengar Ayah berkata yang kamu berada di NICU.Dan ibu terus berdoa agar kamu tidak apa-apa di sana.

Dan nenek datang menjengah ibu walaupun pada waktu itu adalah bukan waktu pelawat.Pengawal keselamatan telah memberi kebenaran untuk masuk namun itu hanyalah sekejap sahaja.Dan apabila nenek dan ayah Nabila pulang, ibu terus tidur dalam keletihan.

Esoknya pabila ibu bangun, Ibu rasakan kepala ibu pening sangat-sangat.Dan apabila ibu bangun, ibu muntah.Nurse mengejutkan ibu supaya bangun dan membersihkan diri.Pada mulanya ibu memang tak berdaya.Mungkin kesan ubat yang terlalu kuat.Dan Ibu terpaksa gagahkan diri juga apabila nurse mengatakan doktor akan datang memeriksa nanti.Nurse itu memegang ibu untuk ke tandas.Mujurlah tandas hanya bersebelahan dengan katil.

Kawan ibu yang berada dikatil sebelah ibu juga baru bangun.Dia juga seperti tidak berdaya.Dan rupanya dia juga menjalani pembedahan kerana anaknya songsang.Nurse terus membantu ibu membersihkan diri dan menukar baju ibu.Ibu sangat berhati-hati kerana takut luka pembedahan terbuka atau berdarah lagi.Dan Tidak lama selepas itu, Doktor datang membuat pemeriksaan.

Doktor memberitahu yang Nabila telah dimasukkan ke NICU kerana lemas ketika dilahirkan.Dan tangisan Nabila pada ketika itu tidak kedengaran dan seperti orang lemas.Dan tidak lama selepas itu, Nabila diserang sawan.Ibu ketakutan mendengar penerangan doktor.Dan Doktor memberi kebenaran pada ibu untuk melihat Nabila jika ibu benar-benar pulih dari pening dan beg kencing ibu di keluarkan.Ibu menjadi bersemangat semula dan terus mengajak ayah menjenguk Nabila ke NICU.

Kisah selanjutnya akan ibu ceritakan keadaan Nabila di hospital pada warkah selanjutnya.Salam sayang dan rindu ibu buat anakku Yasmin Nabilah.

Yang benar,

(Noina binti Ali)

11 comments:

FirZie83 said...

selamat hari lahir yg pertama buat nabila yg disayangi.semoga nabila sihat dan gembira selalu di samping ibu dan ayah yg menyayanginya.aminnnn

Puteri Satu said...

akak pernah merasai saat getir yang pernah noina lalui ini...saat belum hilang bius pada badan...doktor menyampaikan khabar yang Aqilah dimasukkan ke NICU kerana dikhuatiri tertelan najis...kebetulan beberapa saat dilahirkan..nafas Aqilah terhenti dalam 1 ke 2 saat...rasa tak berpijak dibumi mendengar perkhabaran itu...tapi alhamdulillah...Aqilah membesar dengan sihat dan bijak....semua kekuasaan allah s.w.t.....kita sebagai manusia hanya berusaha....

Jiey^Mien said...

Selamat hari ulang tahun puteriku.. Semoga segala yang terbaik akan menjadi milikmu.. =)

Nur Syazwani Mustafa said...

masyaAllah....smpai mcm tu ye kak proses kelahiran nabila ...sayu ati mmbca,apatah lg akak yg menempuh...sbr je la doc tolak nbila msuk blk...xdpt d byg kes cmtu pd org lain yg alami bnda yg sma....tp nsb kedua bya slmt..syukur..

ibu_Arifa said...

selamat ulangtahun yg pertama ya NABILA.. saya pun nak doakan juga agar Nabila sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH sentiasa. kiss..kiss utk Nabila.. kami semua sayang Nabila..

p/s:dah setahun ni..kena rajin2 makan tau..

Leen Die said...

Selamat ulangtahun Nabila..Doa autie semoga nabila cepat sembuh yer..Leen pernah alami macam ona rasa..leen p hospital kul 8 lebih ke hospital then kul 9 dorang cek bukaan dah 4cm then dorang pecahkan air ketuban..dlam kul 3 lebih mmg dah rs constraction..doktor suh leen push tapi takder tenaga sebab ambik epidural.then doktor kata awak kena teran jugak klu tak awak kena operate..semua bg semngt n alhamdulillah kul 4.54 rayyan lahir..tapi kepala dia ada kesan vaccum n doktor pun pk cam rayyan dah tertelan air ketuban than nurse ckp bb kena nangis dlm pas lahir..masa bawak ke ayahnya bb tak nangis tp bila abahnya pas azan bb dah nangis..doktor pakar ckp gud boy tp kena tahan kat NICU pasal kes tadiklah then alhamdulillah ujian pendengaran pertama rayyan lulus ngan..ujian kedua 24/5 nie akan menyusul..harap semuanya selamat..knp sampai 2 jam bru doktor nak operate?kenapa dorang ambik ms lama?bersalin kat mana?

Azrine Razak said...

Happy Birthday Nabila! Semoga semangatmu sentiasa membara untuk meneruskan kehidupan ini.

Yasmin Nabilah.. said...

Terima kasih yek acik2 semua..Nabila akan cuba yang terbaik untuk tahun ni..diakan Nabila sentiasa bersemangat dan sentiasa sihat..

AiYa said...

Selamat Hari Lahir kakak Nabila, Najwa dan ibu sentiasa doakan agar kakak sentiasa sihat dan kuat semangat. nanti boleh la kita main sama2 ya.

Anonymous said...

Selamat hari jadi Nabila sayang! Aunty doakan Nabila sentiasa dilindungi & dirahmati Allah selalu...Aunty juga doakan semoga kebahagiaan sentiasa mengelilingi hidupmu sayang..AMIN

Yasmin Nabilah.. said...

to mama aiya dan anonymous : terima kasih doakan untuk Nabila...biar Nabila aminkan yek acik..Amin....