Ya..saya juga tersenyum lebar bila mana saya cuba untuk menaip entry ini. Manakan tidak, saya teringat kejadian semalam tentang Nabila. Sungguh saya rasa seronok!!
Semalam, Nabila menunjukkan satu perubahan lagi. Selepas Nabila pulang dari sekolah, mak memberinya makan. Dan kemudian adik lelaki saya gatal pula nak beri Nabila minum air teh. Saya kata hati-hati takut tersedak. Bukan menggunakan botol, tapi menggunakan cawan. Bukan cawan kanak-kanak, cawan orang dewasa..
:)
'Bercepak-cepuk' mulut Nabila minum. Amboi..sejak bila pula tahu nak minum guna cawan ni. Jika dulu saya bagi, habis di geleng dan dilarikan kepalanya tanda tidak mahu. Kali ini, tanpa paksaan, Nabila membuka mulut dan minum sendiri. Adakah dia belajar semua ini dari sekolah? Saya tak pasti tentang itu. Sebetulnya pagi tadi tak sempat bertanyakan sekolah Nabila sama ada mereka mengajar Nabila minum menggunakan cawan atau tidak. Tapi dari pengamatan saya, saya lihat Nabila semakin bijak. Lebih-lebih lagi bermula sesi persekolahan di tempat baru dan tidak lagi menggunakan buai untuk tidur.. :)
Saya sempat bertanya pada pengasuh sekolah sama ada Nabila mengamuk lagi atau tidak di sekolah. Katanya tidak seperti hari pertama persekolahan. Dan saya sudah tahu puncanya. Tiada buai sepanjang 6 hari, dan saya yakin Nabila sudah melupakan tempat mainannya itu.. :) Dan mereka juga menyatakan Nabila baik bila melakukan fisio. Hurm..saya tahu anak dara saya sudah pandai. Lebih-lebih lagi sentiasa bertemankan Alisya. Rupanya dia memang nak ada kawan sama-sama rasa sakit bila fisio.. :) Tambah lagi ada seorang adik baru. Aimy Sofia baru baru masuk di sekolah itu juga. Nampaknya mereka bertiga boleh berkawan baik nanti.. :)
Saya juga rasa agak tenang sejak Nabila bersekolah baru. Biarpun rasa susah berulang-alik dari pejabat ke USJ, tapi bila melihatkan pengasuh di situ yang sentiasa tersenyum sewaktu mengambil dan menghantar Nabila pulang membuatkan saya rasa mereka memang kakitangan yang baik. Jika tidak, bagaimana pula saya dapat lihat senyuman Nabila sewaktu pulang dari sekolah dan nampak Nabila happy sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Agaknya benarlah firasat saya, Nabila gembira di situ.
Moga Nabila terus happy di situ. InsyaAllah... :)
p/s: semalam ummi Alisya nampak Nabila, katanya Nabila tengah duduk kat kerusi sambil termenung berkhayal..hehe..Hurm..siang pun dah jarang tidur..sebab ibu dah pesan, sekolah IMC tak sama macam Tasputra. Tasputra asyik tidur je..IMC kena buat aktiviti. Nampak macam Nabila faham..Bila selalu cakap dengan Nabila begitu, saya yakin Nabila pasti faham dengan situasi di sekolah barunya.. :)
5 comments:
Seronok dgr nya ina.. Smoga dipermudahkb agalanya bt nabila.. Amin!!!
alhamdulilah.. Nabila makin bijak dah... lagi2 ada kawan sama2 kat sekolah.. mesti Nabila semnagat bangun pagi nak g skool..
alhamdulilah....happy :)
Alhamdulillah..gembira bila nabila dgn ibu gembira, moga lagi byk yg nabila dpt dr sekolah tu
haha.. memang mereka bertiga ceria jer kata teacher dia.. ngan seorang lagi budak apa ek namanya.. lupa laks. Kata Mrs Sunny, Aimy gelak ngekek.. abis si nabila dan alisya senyum jer...riang ria mereka. Syukur alhamdulillah.. harap mereka bebetul ikhlas mengajar dan menjaga anak2 kita kan.. Saya pun suka keriangan masa datang dan balik yang ditunjukkan olh teacher2 mereka.. positive aura gitu hehe.
Memang aktiviti dari 9 pagi sampai 4 petang.. dapat chance tido tengahari jer tak salah.. mana tak Aimy charge bateri awal sejak sekolah di IMC hahaha.
Post a Comment