Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

27 April 2009

Impian aku pada Nabila tahun ini!

Rasanya kalau berkisah tentang impian..sudah tentu semuanya yang indah belaka..terutama buat anakku..Nabila..besar harapan aku bila umurnya sudah menginjak 1 tahun ini..



Bagi mereka yang mempunyai anak yang sihat dan normal..pasti ada hajat yang sudah tercapai..seperti melihat anak sendiri meniarap..merangkak..dan yang paling jelas adalah berjalan..Dapatkah aku nanti melihat semua itu pada suatu hari?atau sekadar hanya angan-angan aku yang masih kabur..





Tenangnya wajah ini..Tak sanggup rasanya untuk memaksa insan ini untuk penuhi impian aku..Baginya terhad segala pergerakan..segala perilaku..Tidak seperti insan biasa..Dia dah mencuba..Namun apakan daya..ini sahaja yang termampu..

Pada kawan-kawan Nabila yang senasib dengannya..besar juga harapan ibu dan bapa..sama seperti harapan dan impian aku juga..Kami akan cuba berikhtiar sedaya upaya dan berikan kasih sayang secukupnya pada kalian..

Tadi aku lihat Nabila cuba mengangkat kepala saat dia berbaring di 'rocker'.Lama sungguh perkara itu tidak dibuatnya..Aku ingatkan dia sudah lupa..Nabila sedaya upaya untuk tidak baring..apakan daya tenaga dan kekuatannya hanya terhad..Ibu rasanya ingin berlari ke kedai Robinson kat The Garden..nak beli kerusi Nabila (acik ita cakap kat situ ada jual kerusi tu kat situ)..Nak suruh Nabila duduk di kerusi tu..kerusi apa?mcm kerusi Ian..anak Jiey..anak aku juga..

Nabila..kalau Nabila dapat baca semua ini..setiap bulan..ibu mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku..Ibu tak kira apa pun..yang pasti semuanya yang baik-baik belaka..Namun bulan ini..Ibu tak akan lagi buat perkara yang sama..Ibu terima sahaja apa yang mampu Nabila lakukan dan ibu yakin dalam hati kecil ibu..tiada insan yang sehebat dan sekuat Nabila..Dan ibu yakin Nabila boleh buat lebih dari apa yang ibu jangkakan.Nenek Nabila juga berkata begitu..Yakin yang Nabila takkan jadi 'sayur' atau apa sahaja gelaran yang LEMBIK!..

* Ibu bukanlah seorang yang kuat atau tabah..mungkin ibu menumpang kekuatan dan ketabahan Nabila untuk hidup di dunia ini..yang sememangnya penuh dengan dugaan..Air mata yang mengalir mungkin tidak boleh mengembalikan Nabila yang dulunya kuat dan sihat dalam kandungan ibu..Namun..air mata ini tetap akan mengalir kerna di situ timbulnya NALURI SEORANG IBU!Tangisan sahaja yang boleh membunuh segala kekusutan dalam diri ini..Maaf kerana entry yang aku rasakan syahdu..Hidup tidak selalunya indah!

12 comments:

Nur Syazwani Mustafa said...

akak jgn ckp cmtu tau...wni xblh tahan rsa sedih ni...tp setiap apa yg wni baca ttg smgt akak n smgt nabila,ia mengajar wni jgk utk pupuk kesbrn dlm membesar kan ank wni...wni di kurnia kan ank yg normal...tp wni mcm kdg2 lupa nk didik dia dgn btl...wni x setabah n sekuat akak dlm membesar kan nabila...tu bila baca je psl nabila,wni nk cuba jgk wat yg terbaik utk besar kan ank...setiap ibu bapa yg dikurnia kan ank,ada lebih kurg nya dgn apa yg sempurna or x sempurna yg di berikn olehNYA.....nabila beruntung dpt ibu yg setabah akak.....jnji nabila sihat je akak...yg lain kita kena redha...kalo itu yg kita kena terima...btl x akak....nabila...i luvvvv u sooooooooo muchhhhhhhh!!!!!!!!!mmuahhhhhhhhhhh

Jiey^Mien said...

Nabila, Mama Jiey tahu, Nabila akan dapat buat semua yang ibu Nabila impikan.. InsyaAllah.. Yang penting, Nabila mesti terus kuat untuk ibu dan ayah Nabila yea.. Nanti Nabila nak main kejar2 dgn Ian kat taman.. =)

Kita jumpa masa birthday Nabila nanti yea.. Pki lawa2 tau.. Ian suka tgk pretty girl.. :P

Eta LaZiM said...

Dik Noina..

BERSABAR lah.. KEAJAIBAN tak akan berlaku dalam SESAAT!! InsyaAllah.. kalau di Izinkan ALLAH, Nabila akan berjaya juga bangun & bertatih.. Sama2lah kita DOAkan..

Send MY KISS utk Nabila!!

p/s: MaMa tak SETABAH NoiNa.. I Do RESPECT U!!

Yasmin Nabilah.. said...

Wani : Akak mungkin harap perkara yang elok berlaku pada Nabila dan akak..tapi tu lah..Redha dengan apa yang telah tersurat olehNya.Dah..wani jgn sedih lak..akak meluahkan je apa yang akak rasa arinih..jgn nenangis tau..kang banjir umah..dan apa yang baik tentang Nabila dan akak..wani amik..yang buru tu toksah la ye..

jiey : Thanks jiey for the support..Nabila baca mesti berkobar2 nak buat..Besday nanti mesti cantik nyer..Nanti Ian siap pening nak pilih mana Nabila mana Sarra..hehe..

MaMaqaypo : Betul..sabar itulah kekuatan yang sebenar..terima kasih kak..ina dah send kiss dah..Nabila cakap dia pun sayang kat mama gak..
Tentang tabah..kdg2 air mata ni menunjukkan kita tidaklah sekuat mana sebenarnya..

Norly a.k.a MamaLeana said...

kak, sabar lah... Allah menguji hanya pd hamba-Nya yg kuat & sabar...
walopon sy tak kenal akak, sy tahu akak mampu hadapi setiap dugaannya...
Akak beruntung punya anak yg comel cam Nabila...
moga Allah akn terus beri kekuatan pd akak & suami...

Unknown said...

sm0ge nabila diberi kekuatan sikit demi sikit..
amin..

Puteri Satu said...

akak sentiasa doakan untuk nabila....anak noina anak akak jugak...akak doakan nabila akan membesar dengan sihat dan bijak...ye nak....

bergenang airmata akak tengok nabila tidur...semuanya kekuasaan yang maha esa...

Leen Die said...

sila jawap tag yer

MelissAziezul said...

Seat yg macam Ian-Jiey tuh la 'BUMBO'...hopefully leh jadik seat yg baru tuk Nabila...
Nabila anak yg kuat & tabah...Semoga kamu mendapat kebahagian d dunia & d akhirat...InsyaAllah...

Liana Manjaku said...

InsyaAllah...apa yg kita harapkan pada anak akan termakbul.
Kak kalo tak sempat nak ke robinson to... try beli online bumbo babysitter seat itu kat link nie :
http://mybbstore.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=18

Beli kat sini ok lah. Harga sama juga kat kedai... :)

afdni said...

semoga noina akan senantiasa kuat menghadapi semua dugaanNYA..

Lightnur said...

Assalamualaikum Noina

Terima kasih kerana berkongsi impian Noina bersama. Berbanggalah kerana Allah memilih Noina untuk menjadi ibu Nabila, kerana Dia tahu Noina dapat memberi yang terbaik buat Nabila.

Semoga Allah membukakan hati kita untuk bersedia menerima seadanya keadaan mereka, anak2 istimewa, dengan hati yang reda dan terbuka.

Dan semoga semua ibu2 kepada anak2 istemewa dikurniakan Allah tempat yang tertinggi di syurga nanti, Ameen.

Salam sayang
lightnur